Pages

Monday, June 2, 2014

KOMPOM TIADA DNA BABI DALAM COKLAT CADBURY, KATA JAMIL KHIR

ISNIN, 02 JUNE 2014
(Gambar Ikhsan dari beritasemasa.com.my)
TERIMA KASIH lah pada JAKIM yang bertindak segera bagi menyelesaikan keresahan jutaan rakyat Malaysia yang beragama Islam akan status coklat Cadbury yang heboh diperkatakan baru-baru ini akan penemuan DNA babi di dalam 2 jenis coklat terkemuka di negara ini iaitu coklat Cadbury. Walaupun telah diumumkan oleh Menteri yang bertanggunjawab akan kesohenan bahawa tiada DNA babi ditemui dalam dua sampel ciklat Cadbury, tapi kebimbangan dan rasa was-was masih terpehat di hati orang-orang Islam di negara ini. Bagi IBM, sebagai seorang penulis blog hanya sekadar menendahkan di blog ini  akan apa yang berlaku, dan bukan menulis untuk menyunding jari mencari salah mana-mana pihak. Kini terpulang pada para pengguna untuk membuat keputusan kerana pihak Jakim dan Menteri yang bertanggungjawab telah terangkan seperti dibawah ini :

BANGI : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan pemeriksaan mendapati tiada DNA babi dalam dua sampel coklat Cadbury yang diambil dari kilang produk tenusu itu, minggu lalu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sampel yang dianalisa Kementerian Kesihatan sebelum ini didapati tercemar. Sampel sebelum ini tidak diambil terus dari kilang berkenaan dan ia tercemar, katanya. Beliau mengumumkan keputusan analisa itu pada sidang media di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, pagi Isnin. Jamil Khir juga menolak dakwaan bahawa kerajaan cuba melindungi syarikat berkenaan, Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd. Kerajaan tidak berhasrat melindungi syarikat berkenaan kerana ia adalah tanggungjawab Jakim untuk menyakinkan umat Islam, katanya. 

Sebelum ini, dua produk Syarikat terbabit dikesan mengandungi DNA babi iaitu coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam. Jakim juga dilaporkan menggantung sijil halal terhadap dua produk coklat susu keluaran Cadbury Dairy Milk yang dikeluarkan Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd, berkuat kuasa serta-merta ekoran penemuan DNA babi dalam produknya. Jamil Khir berkata, kedua-dua produk yang dianalisis itu adalah daripada kelompok yang sama dengan produk yang disahkan mengandungi DNA babi sebelum ini, tetapi sampel kali ini diambil terus dari kilang pengeluar produk itu di Shah Alam. Menurutnya, sampel yang diambil Jakim pada 26 Mei lalu untuk dianalisis oleh Jabatan Kimia itu ialah jenis Roast Almond dengan nombor kelompok (batch no) 221013 N01RI1 dan jenis Hazelnut dengan nombor kelompok 200813 M01HI2. 

Selain itu Jakim turut mengambil empat produk lain dalam aliran pemprosesan yang sama dan lima jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan, katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin. Sehubungan itu beliau berharap keputusan berkenaan akan meredakan kerisauan umat Islam berhubung status coklat itu, memandangkan makmal yang menganalisis sampel itu diperakui Jakim untuk mengesan DNA babi. Kementerian Kesihatan sebelum ini dilaporkan mengesan dua sampel coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel dan coklat susu dengan buah badam mengandungi DNA babi atau porsin. Kalau masih was-was, jangan beli dan lupakan coklat yang berjenama Cadbury. Selesai masalah. Wasallam ~ IBM  Ikhsan Dari : mstar

No comments:

Post a Comment