Pages

Monday, June 2, 2014

PECAT KEAHLIAN? YUMMY SAMAT KATA TERPULANG PADA MT UMNO

ISNIN, 02 JUNE 2014
MEMANG pengkhianat pun. IBM setuju dengan pandangan dan desakan dari beberapa pemimpin-pemimpin Umno dan juga sekumpulan blogger Umno termasuk IBM sendiri supaya perempuan yang tak tahu diuntung ini nyah dan keluar dari Umno. Segala kemudahan dan kesenangan yang dia dapat selama ini adalah hasil pertolongan Umno. Jadi, apa dia nak lagi? Dan...kenapa dia harus membantu berkempen untuk anak dia calon dari DAPigs? Cuba tanya dia, apa dia dapat dari DAPigs selama ini? Inilah yang dikatakan 'duri dalam daging'...menanah kita dibuatnya. IBM setuju dengan kenyataan di bawah ini. Keluarkan dia dari Umno :

YAMMY SAMAT, ibu kepada calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, tidak kisah dengan kenyataan gabungan penulis blog Umno yang hari ini sekali lagi mendesak supaya beliau dipecat daripada Umno. Gabungan itu kecewa dengan Yammy, yang merupakan seorang ahli Umno, kerana berkempen untuk anak perempuannya itu yang mewakili DAP bertanding dalam pilihan raya kecil Teluk Intan menentang BN. Itu terpulang kepada Majlis Tertinggi Umno tentukan kedudukan saya. Terpulang pada mereka, katanya kepada MalaysiakiniYammy mengulangi pendirian bahawa beliau akan kekal dalam Umno. Tetapi jika Majlis Tertinggi Umno tidak mahu saya lagi, maka tiada apa lagi yang boleh saya buat, katanya. Exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz (Gambar atas kanan) hari ini menggesa supaya Yammu dipecat, dua hari selepas BN berjaya menawan semula kerusi Parlimen Teluk Intan. 

Tun Faisal, yang merupakan seorang penulis blog utama Umno, mengeluarkan satu kenyataan yang disokong oleh 44 penulis blog yang pro-BN yang menuduh Yammy sebagai "pengkhianat". Mengenai kekalahan Dyana, Yammy berkata, beliau tidak tahu mengapa anaknya kalah pilihan raya kecil itu, tetapi menegaskan bahawa beliau hanya menemani anaknya berkempen. Saya tidak tahu mengapa orang India dan Cina tidak menyokong anak saya. Saya hanya temani anak saya berkempen. Saya menemaninya sebagai seorang ibu, katanya. Ditanya mengenai anaknya itu, Yammy berkata: 'Saya percaya anak saya adalah seorang yang kuat. Jadi, kalau ko dah rasa kuat, nyah dari Umno dan masuk DAPigs. Bagi kami tiada hal. Kalau ko ada dalam Umno pun, buat menyemak je. Wasallam ~ IBM  SUMBER - Celok dari Pembangkang

No comments:

Post a Comment