Pages

Wednesday, June 4, 2014

NAJIB AKAN BUAT ROMBAKAN KABINET?

RABU, 04 JUNE 2014

ROMBAKAN UNTUK KEBAIKAN SEMUA.

MEMANG
telah lama kedengaran desas-desus bahawa kabinet akan dirombak. Cuma masa dan ketikanya sahaja. Semalam, IBM mendapat berita yang boleh diambil pakai bahawa rombakan Kabinet akan dilakukan sebelum bermulanya bulan puasa, yang mana kita akan melihat dua Menteri baharu dan memberi kesan kepada sehingga tiga menteri yang sedang berkhidmat ketika ini. Sumber dari Putrajaya berkata, Perdana Menteri yang kembali semula selepas kejayaan lawatan beliau ke China, sedang meneliti butiran lebih terperinci mengenai perubahan itu yang pastinya akan melibatkan Presiden MCA dan Gerakan. 
Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan yang akan diberikan kerusi dalam Kabinet. Dengan sambutan yang begitu baik diterima beliau sewaktu di China, dan potensi yang luas bagi perdagangan antara Malaysia dan China juga ada keperluan untuk mewujudkan perwakilan Cina dalam Kabinet. Diberitakan Najib juga dijangka akan mengisikan tiga jawatan Timbalan Menteri 'yang masih kosong' sejak pilihan raya umum lalu. Jawatan berkenaan adalah Kementerian Kewangan, Kementerian Pelancongan dan Jabatan Perdana Menteri. 
Menurut sumber Putrajaya yang sama mencadangkan bahawa seramai tiga Menteri yang sedang berkhidmat ketika ini, dua daripada mereka adalah senior, mungkin terjejas di dalam rombakan itu. Menteri-Menteri tersebut dari Umno tetapi sebarang rombakan yang melibatkan mereka tidak akan menjejaskan kuota Umno dalam Kabinet. Apapun, kita terima hakikat bahawa rombakan yang akan dibuat oleh Perdana Menteri adalah satu langkah bagi menambah baik serta mempertingkatkan lagi prestasi Menteri-Menteri kita demi untuk negara. Kita tunggu dan lihat siapa yang keluar dan siapa yang masuk. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment