Pages

Tuesday, June 3, 2014

BN TERBUKTI MAMPU URUS NEGARA. BN BOLEH!!

SELASA, 03 JUNE 2014
ITU kata-kata hikmat dari pemimpin no 1 negara. Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya membuktikan kemampuan memimpin dengan cemerlang berdasarkan pencapaian dalam menjaga kestabilan politik, sosial dan pembangunan di negara ini. Perdana Menteri berkata, rakyat negara ini wajar bersyukur kerana kerajaan di bawah pimpinan parti tersebut telah mencapai begitu banyak kejayaan. Katanya, kejayaan pertama adalah apabila dapat mengekalkan kestabilan politik ketika negara lain sedang huru-hara dan bergolak. Terdapat negara yang tidak berapa jauh dari kita hari ini, menerima bahang apabila politik dan negara tersebut tidak stabil. Namun di bawah pemerintahan BN, kita dapat menjamin keharmonian sosial dapat dikekalkan iaitu hidup dalam keadaan rukun, aman dan damai walaupun kita terdiri daripada pelbagai kaum, kumpulan etnik dan subetnik, katanya. 

Beliau berucap dalam majlis sambutan Perayaan Hari Gawai Dayak Malaysia 2014 di Rumah Jarek anak Klambu, Lambir di sini hari ini. Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat dan beberapa Menteri Kabinet negeri serta kira-kira 2,000 penduduk tempatan daripada pelbagai kaum. Tahniah kepada rakyat di Sarawak kerana dapat menjalinkan sailaiturahim diantara kaum sehingga kini. Negara makmur, rakyat mewah dan hidup dalam kegembiraan dibawah naungan BN. Amin!. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment