Pages

Monday, June 2, 2014

PERKASA NI BERKIBLATKAN MANA?

ISNIN, 02 JUNE 2014
Lu sokong mana?
APA masalah dengan Perkasa ni?. Statement apa yang SU depa buat ni. Sebagai NGO yang berpayungkan dan penyokong tegar BN, mereka tak sepatutnya mengeluarkan statement sebegitu rupa. Mereka seolah-oleh memperkecil dan memperlekehkan akan kemenangan calon BN di PRK Teluk Intan. Perkasa mengatakan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan hanyalah bernasib baik kerana peratusan keluar mengundi yang rendah. Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hasan Syed Ali turut berkata, calon DAP di kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud seharusnya lebih banyak "memaki hamun" Perkasa untuk menang di kerusi tersebut. 
Apa punya statement ni? Katanya lagi, kemenangan BN lebih bernasib baik kerana masyarakat Teluk Intan belum boleh terima calon muda yang jelas masih mentah dalam politik dan belum cukup matang untuk perjuangkan nasib rakyat. IBM tak nak buat komen banyak-banyak. Memang kenyataan dari SU ini amat mengecewakan dan melukai hati pemimpin-pemimpin BN yang lain. Kenyataan SU Perkasa ini juga seolah-olah ingin memenangkan calon muda Melayu DAP itu. Pak Him, lu fikirlah sendiri. Kemana arah kiblat Perkasa yang sebenar-benarnya?  Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment