Pages

Monday, June 2, 2014

PROMASI TAHUN MELAWAT M'SIA DI CINA AKAN DITERUS....

ISNIN, 02 JUNE 2014
MEMANG ada desas-desus mengatakan ada sesetengah pihak cuba membusuk-busukan nama Malaysia di negeri China ekoran tragedi kehilangan MH370. Mereka (tak payah sebut nama) cuba mengagalkan kempen/promosi tahun melawat Malaysia 2014 dan cuba melaga-laga dan memburukkan nama negara supaya rakyat China bencikan Malaysia sekali gus membatalkan hasrat mereka untuk datang melancung ke Malaysia. busuknya hati mereka-mereka ini. Tapi...bila baca kenyataan di bawah ini, lega rasa hati ini :

PROGRAM promosi jelajah Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 di China akan disambung semula selepas ditangguh sejak Mac lalu ekoran tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata promosi itu akan diadakan dalam masa terdekat hasil reaksi positif lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke negara itu bersempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia-China. Lawatan Perdana Menteri ke China sedikit sebanyak meredakan keadaan dan beri reaksi positif, tambahan pula kita memang mempunyai hubungan baik dengan China sehingga mereka bersedia pinjamkan dua ekor panda gergasi.

Beliau dimaklumkan bahawa ada perjanjian persefahaman ditandatangani antara Malaysia dengan China dalam sektor pelancongan meskipun saya tidak hadir kerana menziarahi Almarhum Sultan Azlan Shah, katanya pada sidang media berkaitan kerjasama Tourism Malaysia dengan Persatuan Teksi Sango, Jepun di ibunegara semalam. Dalam perkembangan lain, beliau berterima kasih dan bersyukur dengan pembebasan wanita warga China iaitu Gao Hua Yuan, 29, dan Marcy Dayawan, 40, dari Filipina pada Jumaat setelah diculik sejak 2 April lepas. Sebagai rakyat biasa, kita juga harus mempromosikan tahun melawat Malaysia 2014 walau dengan cara apa sekali pun. Berkorban demi negara beb. Wasallam ~ IBM  SUMBER - Bernama

No comments:

Post a Comment