FELDA UNITED mencatat sejarah melangkah ke perlawanan akhir Piala FA selepas menumpaskan penyandang juara, Kelantan pada separuh akhir di Stadium Shah Alam, sebentar tadi. Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 2-2 dan kedua-dua pasukan terikat menerusi agregat 5-5, namun Felda menempah pertemuan dengan Pahang menerusi peraturan gol di tempat lawan. Felda mendahului 1-0 pada minit ke-20 menerusi pemain veteran, Indra Putra Mahayuddin, namun Mohd. Izuan Rosli menyamakan kedudukan 1-1, sembilan minit kemudian.
Penyokong Kelantan gembira seketika selepas penyerang import, Francis Forkey Doe meletakkan mereka di depan pada minit ke-34, namun kegembiraan Red Warriors tidak bertahan lama apabila Edward Junior memastikan kejayaan Felda menerusi gol penyamaan minit ke-45. Selamat maju jaya kepada kedua-dua finalist ini. Siapa main baik, dia jadi juara. Majulah sukan untuk negara. Wasallam IBM. SUMBER : UTUSAN ONLINE