Pages

Thursday, July 17, 2014

APA MASALAH ZAHID DAN IGP NI??

KHAMIS, 17 JULAI 2014

PENCEROBOHAN DAN PENCULIKAN DI PULAU MABUL..
APA masalah kedua-kedua orang penting negara ni? Kenapa bercanggah membuat laporan penculikan seorang anggota Polis oleh sekumpulan bersenjata di Pulau Mabul? Yang mana satu harus kita dengar? Di pihak Zahid selaku Menteri Dalam Negeri melaporkan dan mengesahkan bahawa kumpulan yang menculik Konstabel Zakiah Aliep, menuntut wang tebusan RM10 juta. Manakala di pihak Ketua Polis Negara pula, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan oleh sebuah akhbar hari ini mengenai tuntutan wang tebusan bagi membebaskan anggota polis yang diculik itu. Mana satu yang betul ni?


Tahu tak akbiat memberi berita atau penjelasan yang berbeza? Pertama ianya mengelirukan orang ramai dan juga keluarga mangsa yang kena culik. Rakyat membaca, mendengar. Tapi harus diingat, pembangkang juga membaca, mendengar. Mereka akan gunakan isu tidak kesefahaman kedua-kedua orang penting negara dan akan memutar-belitkan kenyataan tersebut. Lebih teruk lagi putar-belit pembangkang itu akan diterima bulat-bulat oleh rakyat. Jadi, siapa yang susah? Oleh itu, kedua-dua nya di sarankan agar duduk bersama dan betulkan keadaan. 
Mana silapnya ni?
Lagi yang tak sedap di dengar, apabila Ketua Polis Negara seolah-olah memberi amaran supaya laporan itu dihentikan kerana ianya merupakan khabar angin semata-mata dan ia membahayakan keselamatan anggota pasukan tersebut. Begitu juga dengan kenyataan Datuk Seri Hamidi yang mengatakan ada menerima panggilan telefon daripada kumpulan penculik yang mendakwa melarikan Zakiah dan meminta wang tebusan bernilai 10 juta? Jadi, bagaimana jika tuntutan tersebut tidak dilayan seperti apa yang disuarakan oleh DS Zahid sendiri? Bagimana dengan nyawa anggota tersebut, tidakkah ianya terancam?

Maka, IBM merasakan rundingan kedua-dua pemimpin ini harus disegerakan bagi meredakan keadaan agar ianya dapat diselesaikan dengan segera. Jangan sampai pembangkang menggunakan isu ini sebagai bahan modal politik mereka untuk mengentam kerajaan. Perlu diingat, kumpulan penculik tersebut adalah musuh kita, tapi pembangkang juga adalah musuh kita, musuh dalam selimut. Amat-amat merbahaya. Fikir-fikirkan demi untuk kebaikkan semua. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment