Pages

Thursday, July 17, 2014

TERKINI! KIKI #CDM25 DALAM TAHAN POLIS

KHAMIS, 17 JULAI 2014

AKIBAT MENJADI PEMBULI..
JANGAN permain dan pelekehkan undang-undang yang sedia ada. Dan, buangkan segala tabiat degli, pemarah dan keras kepala. buruk akibatnya. Tujuan IBM berkata demekian setelah mengambil iktibar akan apa yang telah berlaku kepada gadis yang bernama Kiki diatas kebiadapan dan membuli seorang warga emas yang tak sengaja melanggar kereta beliau. Walaupun Kiki telah meminta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga kepada warga emas tersebut melalui Radio Era pagi tadi, tapi, undang-undang tidak kenal siapa. Yang bersalah akan didakwa.

Berita terkini, dilaporkan Polis telah menahan wanita tersebut bagi membantu kes kemalangan dan juga buli jalan raya yang dilakukan oleh Kiki terhadap warga emas yang juga di kenali sebagai Uncle Sim. Mengikut kata Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten  Komisioner Abdul Aziz Saleh, tempoh penahanan Siti Fairrah Asykin Kamaruddin, bergantung kepada hasil siasatan Polis. Kiki ditahan berhubung tindakkannya merosakkan harta benda mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. Mengikut sumber, setakat ini Kiki telah memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang keterangannya diambil dan Polis juga berkemungkinan akan memanggil beberapa saksi lain bagi membantu siasatan.

Berapa lama Kiki akan ditahan? atau Kiki akan bersahor di dalam lokap malam ini. Sama-sama kita tunggu akan kesudahan episod buli jalan raya ini. Harap-harap lepas ini tidak lagi berlaku insiden seperti ini. Bukan sahaja menyusahkan orang ramai malah  diri kita sendiri. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment