Pages

Monday, July 14, 2014

KESIAN! KHALID GAGAP IBARAT KERA SUMBANG DALAM PAKATAN RAKYAT!

ISNIN, 14 JULAI 2014

Sumber : Dari Blog apa yang tersirat :
Apa kah Tan Sri Khalid Ibrahim telah menjadi kera sumbang dalam Pakatan Rakyat? Khalid dalam situasi yang serba salah, terutama sejak timbulnya Kajang Move, yang pada awalnya gerakan itu adalah untuk menggantikan MB itu dengan Ketua Umum PKR- Dato Seri Anwar Ibrahim. Namun, gerakan itu terbantut, atas sebab Anwar hilang kelayakan bertanding atas sebab dijatuhkan hukuman 5 tahun penjara kerana perbuatan meliwat. Atas sebab Anwar gagal bertanding, maka kedudukan Khalid untuk sementara kekal sebagai Menteri Besar negeri terkaya di Malaysia itu - Selangor. Namun usaha untuk menggantikan Khalid bukannya diberhentikan; sebaliknya desakan semakin kuat malah secara terang-terangan, malah para pemimpin PKR sendiri yang dahulunya menyokong Khalid, kini bukan sahaja menjauhi beliau, malah mendesaknya meletakan jawatan. 

Kedudukan Khalid semakin terancam, apabila gagal mempertahankan kedudukan dalam parti; keadaan itu dipergunakan oleh mereka yang berniat daripada awal-awal terutama dalam gerakan Kajang untuk mendesak Menteri Besar itu melepaskan jawatan, atas sebab akar umbi parti pun tidak lagi menyokong beliau. Khalid selepas PRU-13, dianggap sebagai hero Pakatan Rakyat, atas sebab bukan sahaja mampu mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, malah mampu menang dengan kuasa 2/3. Namun, sambutan pada beliau itu tidak berkekalan, individu yang senantiasa mengintai kedudukannya- Azmin Ali senantiasa membuat gerakan agar Khalid digantikan. Dalam mengadun strategi menggantikan Khalid, timbullah gerakan Kajang Move. Kajang Move menurut penganalisis politik tanah air merupakan punca semua kemelut dalam Pakatan Rakyat di Selengor terutama melibatkan parti PKR.

Kini, Khalid dalam situasi serba salah, terutama usaha mendesaknya meletakan jawatan termasuk penyebaran berita-berita palsu. Khalid kelihatan seperti kera sumbang dalam kumpulan Pakatan Rakyat; atas sebab untuk julung kali, MB Selangor itu hadir pada majlis berbuka puasa anjuran Barisan Nasional yang dihadiri Perdana Menteri. Kehadiran Khalid itu, akan menambah lagi desakan daripada pemimpin Pakatan Rakyat untuk beliau meletakan jawatan. Apa kah Khalid dapat bertahan dengan cengkaman para penyokong Azmin yang secara terang-terangan mahu beliau meletakkan jawatan. sama-sama kita tunggu. Atau, adakah Khalid akan keluar dari PKR dan akan menyertai PAS? Maka, jawatan Menteri Besar akan kekal jadi milik beliau. Sama-sama kita tunggu. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment