Lagi Cerita pasal Khalid gagap....
KEMELUT DALAMAN PKR DAN PAKATAN BERTERUSAN
BERDEBAR-DEBAR dada ku. Itulah yang sedang dialami oleh Menteri Besar Selangor apabila mengenangkan masa depannya samada akan terus kekal menerajui negeri Selangor. Diberitakan, masa depan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dijangka diputuskan menjelang sambutan Aidilfitri, hujung bulan ini. Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat bagi mencapai kata putus mengenai kemelut kepimpinan Abdul Khalid. Isu mengenai Tan Sri Abdul Khalid hanya akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden yang dijangka diadakan sebelum hari raya, katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat PKR di sini, Isnin.
Ditanya sama ada Majlis Setiausaha Agung Pakatan Rakyat turut membuat pendirian mengenai krisis politik di Selangor, Mustafa bagaimanapun menolak mengenainya. Kita tak bincang mengenai isu ini, kita serah ke peringkat lebih tinggi, katanya. Apapun, kemelut dalaman PKR juga di dalam Pakatan Rakyat jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin mereka lebih mementingkan jawatan di dalam parti, bukan betul-betul ingin membela nasib rakyat. Segala janji-janji manis mereka adalah paslu belaka. Nasib baiklah tuhan itu kaya dengan tidak mengizinkan Pakatan Rakyat memenangi PRU sekali gus memerintah negara. Bayangkan jika PR menjadi kerajaan. apa akan jadi pada nasib rakyat dan negara kita? Korang fikirlah sendiri. Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment