Pages

Thursday, August 21, 2014

AZMIN PERTAHAN KERUSI TIMBALAN PRESIDEN PKR. MENANG PUN KERANA MAIN KOTOR...

KHAMIS, 21 0G0S 2014
SETELAH ada yang pecah kepala, baling kerusi, peti undi dipecah, kiraan undi dalam bilik Hotel bajet, beli undi dan bermacam-macam perkara yang tak senonoh berlaku semasa pemilihan Parti Pakatan rakyat (PKR), maka barulah diumumkan keputusan pemilihan tersebut. Pemilihan tersebut di lihat sebagai pemilihan parti yang paling kotor dalam sejarah politik tanah air sehingga ada yang mempertikaikan mengapa ianya begitu lama untuk diumumkan mengalahkan keputusan pilihanraya Presiden Indonesia (telah pun diumumkan)? Seperti dijangka, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali berjaya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti itu kali ini. 
Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul pada sidang media di Ibu Pejabat PKR pagi ini hari Khamis. Azmin disahkan memenangi jawatan nombor dua itu selepas memperoleh 22,562 undi, menewaskan pencabarnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dengan 10,743 undi. Bagi jawatan Naib Presiden, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua mengekalkan jawatan yang disandang. Nurul Izzah mendapat  29,712 undi manakala Tian Chua dengan  22, 324 undi. Dua muka baru bagi jawatan Naib Presiden ialah Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Rafizi Ramli. Shamsul yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil memperoleh 19,839 manakala Rafizi dengan 18,887 undi. Bagi jawatan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Latheefa Beebi Koya mendahului 20 senarai yang dilantik mengisi jawatan tersebut selepas memenangi 23,163 undi. 
Selain Latheefa, 19 lagi yang terpilih adalah Hee Loy Sian, Christina Liew, Fariz Musa, Elizabeth Wong, Keat Peng, Ali Biju, Dr Yaakob Sapari, Shuhaimi Shafei dan S. Manikavasagam, Azmizam Zaman Huri,Siti Aishah Shaik Ismail, Abdul Yunus Jamahri, William Zakaria, Zakaria Abdul Hamid, Dr Roland Chia Ming Shen, Khalid Jaafar, G. Manivanan, M. Ravi, Abdullah Sani Abdul Hamid dan Gooi Hsiao Lung. Terdahulu, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden PKR. Keputusan rasmi bagi pemilihan PKR sejak Mac lalu diumumkan pada Khamis selepas ditangguhkan beberapa kali. Persoalannya, adalah mereka-mereka ini akan membawa kejayaan kepada PKR atau PKR akan terus lingkup serta ditolak oleh rakyat setelah kemelut dalaman mereka masih tidak selesai. 
Diberitakan dah ramai ahli-ahli parti meninggalkan PKR. Mereka dah jemu, jelak dengan permainan kotor yang diacukan oleh parti anak-beranak ini. Lingkupkah PKR pada PRU akan datang? Sama-sama kita tunggu. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment