SUMBER :
Apakah yang akan dihasilkan jika masing-masing bercakap untuk menyejukkan pimpinan dan menyorokkan perasaan sebenar yang ada di dalam benak masing-masing? Kedua-dua pihak mempunyai nilai dan budaya yang sama, untuk memberikan ‘amusements’ terhadap pimpinan puak masing-masing. Setelah Dr Mahathir membuat gerakan untuk meminta Najib dipersoalkan semua tindakan dan kelemahan beliau, maka ramai di antara Menteri-Menteri lantikan beliau (Najib) memberikan kenyataan dan memberikan berbagai-bagai alasan kenapa mereka mempertahankan Najib itu. Dan semuanya mengakui yang Dr Mahathir mempunyai niat yang baik untuk memberikan teguran itu.Di sebelah pembangkang pula kenyataan ini boleh kita fahami dengan berlakunya kekecuhan di Selangor yang berkait dengan isu mengganti Menteri Besar dengan Wan Azizah. PAS yang begiru hebat dipandang rakyat, telah menjadi parti yang dipersoalkan ramai tentang kewibawaannya setelah berpusing ‘U’ selepas mesyuarat khas parti itu pada 17hb Ogos yang lalu.
Pas Khianat Amanah Allah_Pejuang Ketum
Akhirnya PAS seolah-olah menjadi seperti ‘pussy’ yang rupa-rupanya boleh diurut tengkoknya dan terlentuk-lentuk dalam keputusan mereka. Parti itu menjadi parti yang sangat manja dengan rakan kongsinya di atas nama persatuan dan kesatuan, saling ‘asih mengasih’ diantara satu dengan lain diantara mereka yang menjadi ahli kepada kumpulan alternatif kepada kerajaan pimpinan BN sekarang ini. Ternyata apa yang dirasai oleh ahli-ahli PAS dan orang ramai yang merasakan dekat dengan perjuangan PAS selama ini merasakan PAS begitu lentuk dan tidak boleh diyakini membuat keputusan yang tegas dalam masa yang terdesak. Akhirnya dalam isu Menteri Besar Selangor sekarang ini, Khalid bukannya yang kalah, tetapi yang mendapat kekalahan teruk ialah parti PAS. Justeru itu, kita menyedari sekarang yang PAS secara tidak disedari oleh parti itu sendiri, pimpinan mereka bukan lagi bertuankan kepada pucuk pimpinan PAS, disebaliknya ramai diantara pemimpin PAS rupa-rupanya lebih memberikan ‘allegiance’ Anwar dan betul lah tuduhan setengah pihak yang PAS dipenuhi dengan apa yang dikatakan sebagai ‘Anwaris’ di dalamnya.
PAS PARTI AJARAN SESAT...PAS PARTI AJARAN SESAT
Itulah sebabnya selalu blog ini menyatakan yang jangan sekali-kali kita mengambil dengan cepat apa yang dilihat sebagai cantik dan molek, kerana mungkin ada kecelakaan di sebaliknya. Begitu juga jangan kita mencampakkannya dengan cepat apa yang kita lihat buruk dan berduri, kerana di sebaliknya mungkin mempunyai hikmah yang besar. Maka ramai yang mempersoalkan samada mereka di dalam PAS itu yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan mereka itu, benar-benar terlandas di atas agama suci kita ini? ATAU mereka hanya sekadar ‘worshippers of God’ dan bukannya ‘servants of God’? Jika mereka hanya setakat menjadi ‘worshippers’ maka PAS bukanlah ada perbezaannya dengan parti-parti lain dalam negara ini, dan mereka hanya bermain politik dan menggunakan nama Islam untuk kepentingan mereka. Dalam isu di Selangor sangat jelas kelihatan yang PAS juga bermain politik yang mengikut resmi air, ‘dimana lekuk di situ berhenti’. Terkepit sedikit terus tidak dapat hendak ‘menguet’.
Rupa-rupanya terlalu ramai didalam barisan pimpinan parti itu adalah pada hakikatnya ahli-ahli kepada PKR yang terlalu rakus untuk jawatan MB di Selangor sambil sanggup menghina pemimpin yang baru sahaja dipuji ramai itu. Sekarang segala usaha ditumpukan untuk mencari kesalahan seperti orang mencari 'kutu dalam rambut'. Sekarang PAS yang mengakui sebagai parti Islam itu perlu melakukan usaha untuk mengembalikan keyakinan rakyat yang mereka bukan setakat ‘worshippers of God’ tetapi sesungguhnya mereka adalah ‘the servants of God’ dan melaksanakan Islam itu sebagai cara hidup atau yang disebut sebagai ‘addin’ itu. Sesungguhnya menjinjing nama Islam itu adalah satu kerja yang amat berat kerana kesucian agama dan perjuangannya. Islam itu maha suci dan sememangnya jalan ke arah syurga itu penuh dengan duri dan onak, sedangkan menempuh jalan ke neraka itu adalah penuh dengan roti dan keju yang enak-enak. Sesungguhnya PAS perlu ‘restart and redefine’ perjuangan mereka semula. Setakat ini perjuangan mereka telah ‘terhempas sebelum berlepas’.
P/S ~ PAS harus kembali kepada perjuangan asalnya yang mana mereka melaungkan-laungkan bahawa parti mereka (PAS) adalah parti yang memperjuangkan Islam. Tapi, itu tidak lagi kedengaran setelah mereka di perguna dan diperkudakan oleh rakan sekutunya dalam Pakatan haram, PKR dan DAPig. PAS sudah jadi parti pak turut. Takut bersuara dan tak ada telo. Kesian PAS. Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment