Pages

Friday, August 1, 2014

DISEBALIK KERAS KEPALANYA, KHALID MASIH PERLUKAN MANDAT PKR. KHALID MAIN YOYO KE APA NI?

JUMAAT, 01 OGOS 2014

KEMELUT JAWATAN MB SELANGOR...

WALAUPUN Khalid mendapat sokong luar supaya mengekalkan jawatan Menteri Besarnya, tapi, sedikit cuak tersentap di dalam hati Khalid. Boleh percaya ke mereka-mereka tu? atau sekadar gimik politik dan menyedapakan hatinya sahaja. Apatah lagi dengan sokongan PAS yang tak konsisten, kadang-kadang ia dan diakhir episod tunduk dengan kehendak rakan-rakan kongsinya dalam Pakatan. Ini yang mengusarkan Khalid dan beliau masih mengharapkan mandat dari ahli partinya sendiri iaitu PKR.

Dengan percaturan yang dikenali sebagai 'Langkah Kajang' kini dilihat semakin meruncing, rundingan sedang giat dilakukan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. Menurut Setiausaha Politik Khalid, Azman Abidin, usaha sedang dimulakan untuk membawa Khalid dan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail ke meja rundingan. Rundingan untuk mempertemukan mereka diatur sebelum Hari Raya tetapi ditangguhkan kerana cuti perayaan. Harap harap perbincangan ini akan diteruskan semula dalam masa terdekat, kata Azman.


KIta semua tahu, PKR mahu Khalid menyerahkan jawatanya kepada Wan Azizah. DAP setuju, tetapi pemimpin PAS tidak setuju dengan cadangan tersebut. Oleh kerana rasa tertekan, Khalid di beritakan berjumpa dengan Mursyidul am PAS, Nik Aziz Nik Mat untuk mendapatkann nasihat dn pandangan. tapi, bila cuba di korek oleh wartawan, Khalid berkata kunjungan itu hanyalah kunjungan sempena Hari Raya. Persoalnya, apakah apabila Khalid bertemu dengan Nik Aziz, beliau mendapat suntikan dan semangat baru bagi terus kekal sebagai Menteri Bersar Selangor walau apapun yang akan berlaku?

Dari segi pengertian IBM, Khalid masih merasakan tak selamat dan masih ingin mendapatkan mandat dari kalangan ahli-ahli parti PKR. tapi, dari segi mana? Masih kuatkah lagi pengaruh Khalid dalam PKR Selangor buat masa ini? Jadi, tidak boleh salahkan Khalid sekiranya beliau membuat keputusan membubarkan sahaja DUN negeri Selangor. Biar semua melepas dan bila pilihanraya negeri (PRN) diadakan, berkemungkinan Pakatan akan tumbang dan BN kembali menerajui Selangor. Insyallah. Khalid, teruskan permainan YoYo kau tu. Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. Ayat paling power khalid luahkan dlm waktu terdekat ini, "jangan paksa aku lepas jawatan, nanti aku jumpa sultan dapatkan perkenan utk bubar dun, mampos korang semua melepas. Daripada aku sorang hilang kuasa korang juga patut dpt bahananya. Ada berani?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam dan salam aidilfitri usin,
      Memang ayat itu yg kita tunggu2kan..biar dia org semua dalam Pakatan melopong...

      Delete