Pages

Saturday, August 2, 2014

PENGAJARAN PENEROKA YANG SAMAN FELDA

SABTU, 02 OGOS 2014

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abdul Muttalib (gambar bawah) mempertahankan keputusan Felda untuk tidak membayar dividen dan sagu hati raya dari Felda Global Venture (FGV) kepada peneroka yang menyaman Felda. MP Maran itu menegaskan, Felda mengambil langkah yang betul, rasional dan menepati kehendak majoriti peneroka di seluruh negara, lapor Utusan Malaysia hari ini. Tindakan Felda tidak membayar dividen akhir FGV dan wang sagu hati raya tahun ini kepada peneroka yang menyaman Felda adalah satu tindakan rasional dan menepati kehendak majoriti peneroka seluruh negara.

Perkara ini diharap memberi pengajaran kepada peneroka Felda supaya jangan mudah terpedaya dengan mainan politik pembangkang yang berterusan mencipta isu membabitkan Felda, katanya pada satu majlis di Maran semalam, lapor Utusan. Beliau turut menggesa Felda menyemak semula senarai peneroka yang menyaman Felda kerana ada di antara mereka yang tidak berbuat demikian tapi namanya tersenarai sebagai penyaman Felda. Akhbar sama melaporkan peneroka yang tidak menyaman Felda menerima dividen FGV sebanyak RM647 dan insentif produktiviti sebanyak RM300.

P/S ~ Padan muka korang. Ikut sangat dan termakan hasutan dari orang yang tak bertanggungjawab tu. Akhirnya siapa yang rugi? Korang juga kan,kan. Ada otak taruh kat lutut. Apa punya oranglah....Sendiri mahu fikirlah. Wasallam ~ IBM

5 comments:

  1. Yg saman felda dan menang dapat apa? Yg dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Dengar cerita peneroka yang saman felda tu kena kencing pulak oleh peguam mereka. Duit yang mereka dapat daripada felda kena sapu habis oleh peguam. Nak bagi lagi haru, felda saman balik peneroka tersebut atas isu lain. Nak kata apa, balasan kepada peneroks yang tak reti bersyukur dikurniakan rezeki tanah yang bertanam getah@sawit, sedangkan bukan semua rakyat mendapat kurniaan yang sama. Bukanlah bermaksud bersyukur kepada felda, semua tu kurniaan Allah, felda sebagai perantaraannya. Peneroka yang saman felda ini ibarat melepaskan anjing tersepit. Daripada menggigit felda, patutnya gigit sahaja mazlan aliman si raja pembohong peneroka. Bila peneroka yang saman felda jadi susah, kemana mazlan aliman menyorok? Inilah contoh terbaik bagi pimpinan hipokrit dan tidak bertanggungjawab. Malangnya masih ada lagi peneroka tetap percayakan mazlan aliman, kesian sungguh...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam usin,
      Depa termakan hasutan org luar. Bagus le tu. Padan muka diorg...Bodoh punya peneroka. Tak reti di untung...

      Delete
  2. PADAN MUKA TAK SEDAR DIRI MUAH MUAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tarantula,

      Memang depa tak sedar diri. Kini, melopong..Hehehehe....padan muka!

      Delete
  3. peneroka felda modal air liur je dpt tanah kebun 10 ekar dan rumah bila dah senang sikit lupa usul asal.datang dari kampung dgn serba kedaifan bila dah maju sikit mula patah kan tongkat

    ReplyDelete