SUMBER :
Senyuman yang penuh bermakna dari ketiga-tiga pemimpin politik tanah air
Tan Sri Khalid Ibrahim bakal menjadi calon Menteri Besar Barisan Nasional jika Dewan Negeri Selangor dibubarkan oleh Tuanku Sultan Selangor. Sumber dalaman Barisan Nasional memberitahu bahawa pucuk pimpinan parti sedang mempertimbangkan secara serius Khalid sebagai calon Menteri Besar berikutan kajian yang menunjukkan kaum Cina lebih selesa dengan pentadbiran Khalid Ibrahim yang tidak begitu bersifat Melayu dan Islamik. Khalid setakat ini dilihat positif terhadap cadangan tersebut namun ingin melihat terlebih dahulu sama ada DUN akan dibuabarkan atau tidak. Di sebalik tindakan-tindakan membakar jambatan dengan PKR, Khalid dilihat masih bermain tarik tali dalam isu ini. Ini menjadikan senario politik Selangor beberapa minggu ini akan berada dalam keadaan sangat tegang dan kontroversi. Bagaimanapun, sumber dalaman juga menyatakan perbincangan sulit ini membabitkan kepimpinan tertinggi BN Pusat tanpa kehadiran atau pengetahuan BN Selangor.
Happy mood nampaknya Khalid dan Najib. Ada apa-apa ke?
Pencalonan Khalid sungguhpun mungkin menjejaskan maruah BN Selangor terutamanya UMNO Selangor, namun ia merupakan jalan terbaik pada masa ini untuk merampas semula Selangor. Semalam kami melaporkan kemungkinan Tuanku Sultan Selangor membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor sekiranya krisis politik negeri tersebut gagal diselesaikan sehingga hujung minggu ini. Menteri Besar ‘dalam buangan’, Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka menghadap Sultan petang ini bagi memaklumkan bahawa beliau telah hilang sokongan majoriti berikutan tindakan Pas menukar sokongan kepada Pakatan Rakyat. Bagaimanapun krisis ini dijangka berlarutan kerana calon tunggal Pakatan Rakyat dari PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tidak mempunyai 30 akuan bersumpah (SD) dari ADUN yang menyokong beliau seperti mana yang beliau dakwa sebelum ini. Selain itu, kemungkinan bubar juga boleh berlaku jika Tuanku tidak berpuas hati dengan calon yang dikemukakan kepada baginda.
P/S ~ Tidak mustahil perkara seperti itu berlaku. Dalam dunia politik, macam-macam boleh berlaku. Dulu lawan, kini kawan. Apapun ianya terpulang kepada sesuatu parti samada ianya boleh di lakukan kerana jika menjuruskan kepada kebaikkan untuk rakyat kenapa tidak ianya dilakukan. Kenapa kita harus terlalu fanatik dalam politik? Harap isu MB ini akan selesai sebentar lagi. Kita tunggu apa keputusannya dari Istana. Dah tentu pembangkang berdebar-debar menanti keputusan yang akan dibuat oleh Sultan Selangor, dan rakyat pun mengharap yang terbaik. Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment