Pages

Tuesday, August 26, 2014

"TRAUMA" INSIDEN #MH370 & #MH17, HAMPIR 200 KRU MAS LETAK JAWATAN...

SELASA, 26 OGOS 2014

SUMBER : 
Hampir 200 kru penerbangan Malaysia Airline System Bhd (MAS) meletakkan jawatan terutamanya selepas tragedi berganda melibatkan MH17 dan MH370. Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja MAS (MASEU) Abdul Malek Arif berkata, kini hanya tinggal kira-kira 3,000 kakitangan kru penerbangan yang tinggal. “Sebahagiannya takut untuk terbang. Tiada apa yang boleh kita lakukan ekoran perkara ini. "Mereka jadi semakin takut dan kami berharap apabila masa berlaku mereka akan kembali normal,” katanya.

Dalam kenyataannya kepada The Edge Financial Daily, MAS berkata, jumlah keseluruhan peletakan jawatan daripada Januari hingga Julai tahun ini sebanyak 186 dan bukannya 500 seperti didakwa. “Ekoran insiden MH17, terjadi peletakan jawatan mendadak anak kapal, tetapi bilangannya kini menurun ke tahap rutin dijangkakan.” “Ramai menyebut mereka meletakkan jawatan kerana tekanan keluarga ekoran tragedi MH17 dan MH370. “Setakat ini, kadar peletakan jawatan di MAS kurang 5 peratus, yang mana bawah norma industri,” menurutnya kenyataan itu lagi. - Reuters

P/S ~ Kalau itulah pilihan mereka, apakan daya. MAS tidak boleh berbuat apa-apa. Itu hak mereka untuk berhenti kerja dik 'trauma' di atas kejadian yg menimpa MH370 & MH17. Ucapan selamat maju jaya untuk mereka yang akan mencari pekerjaan lain. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment