Pages

Wednesday, August 20, 2014

PAS AKHIRNYA MELUTUT PADA ANWAR.

RABU, 20 OGOS 2014
TINDAKAN PAS  Pusat mencalonkan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunjukkan parti itu akhirnya melutut mengikut arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, keputusan PAS itu sebenarnya hanya mahu menutup aib mereka dengan memberi alasan Abdul Khalid telah dipecat sebagai ahli PKR.

PAS hanya menggunakan alasan ini dan mengatakan mereka tidak melanggar pendirian Majlis Syura Ulama, walhal sebenarnya tindakan mereka seperti cuba mempersendakan umat Islam. Malahan, dalam percaturan krisis Menteri Besar Selangor ini memperlihatkan Anwar boleh memintas kedangkalan pemimpin PAS manakala DAP pula berjaya menggunakan Anwar demi kepentingan politik masing-masing, katanya dalam kenyataan semalam, Selasa.

Jadi, tak salahlah kalau PAS di gelar 'Parti Ajaran Sesat' dik kerana perjuangan asal parti itu sudah jauh melencung dan pemimpin-pemimpin mereka senang-senang di permainkan demi untuk meneruskan perjuangan mereka yang sia-sia. Bila PAS akan berubah?...ehmmm..tak tahulah. Nampaknya sampai kiamat mereka (PAS) akan dipermain dan dipekudakan oleh DAPig dan PKR. Lantak koranglah. Wasallam ~ IBM

2 comments: