Pages

Wednesday, August 20, 2014

ROS JAWAB ADUAN KHALID. PKR KENA PERJELASANKAN KENAPA SINGKIR KHALID?

RABU, 20 OGOS 2014
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan PKR membuat penjelasan berhubung tindakan lembaga disiplin parti itu, dipercayai berhubung penyingkiran Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari parti. Pengerusi lembaga disiplin PKR Datuk Tan Kee Kwong mengesahkan beliau menerima surat dari ROS yang meminta beliau hadir ke ibu pejabat ROS di Putrajaya untuk memberi penjelasan. Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan secara khusus mengenai pemecatan Khalid daripada parti itu pada 9 Ogos lalu. 

ROS memanggil parti itu berhubung dakwaan salahlaku lembaga disiplin dan pimpinan pusat, katanya. Tambahnya, mesyuarat itu akan berlangsung pada jam 10 pagi esok di Putrajaya. Khalid dalam aduannya kepada ROS selepas pemecatan dari parti mendakwa tindakan itu melanggar perlembagaan parti. Persoalannya, jika terdapat PKR melanggar peraturan parti dengan menyingkir Khalid sebagai ahli parti, apakah tindakan ROS? dan bolehkah Khalid diterima kembali menjadi ahli parti?.

Memang sukar untuk di jawab kerana senario kemelut dalam PKR ini sudah sampai ketahap yang meruncing. Kini, didalam PKR terdapat dua kem yang mana sebahagiannya menyokong Khalid masih berada di dalam PKR. Adakah mereka (penyokong Khalid) akan menjadi 'duri dalam daging' kepada PKR?. IBM rasa sudah tentu, kerana boss mereka telah di singkir. Apapun kita tunggu perkembangan seterusnya dari ROS akan nasib PKR, 'Parti Kelentung Rakyat'. Wasallam  ~ IBM

No comments:

Post a Comment