Pages

Tuesday, September 30, 2014

APA ALASAN WAN AZIZAH & SAIFUDDIN PECAT KHALID BILA MENGADAP ROS ESOK?

ISNIN, 30 SEPT 2014

SUMBER....
ESOK dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dipanggil oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menjelaskan isu berhubung pemecatan Tan Sri Abdul Khalid daripada parti itu. Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung parti, Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan memberi keterangan di ROS, Putrajaya pada Rabu. Apa le agaknya alasan yang mereka akan beri? Menurut sumber, kedua-duanya akan ditemani peguam, Ragunath Kesavan di mana temujanji ROS dengan Saifuddin ditetapkan pada pukul 2 petang, manakala Dr Wan Azizah pula pada pukul 2.30 petang. Ragunath ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu dan memaklumkan tarikh dan waktu berkenaan dipersetujui pihak terbabit. Ini,  sudah tentu arahan dari Anwar Ibrahim. Surat ROS memanggil kedua-dua pemimpin PKR itu diterima lebih awal, tapi,  atas kesibukan masing-masing tarikhnya dipinda dan akhirnya dipersetuji untuk diadakan esok (Rabu), katanya. 

Sebelum ini, ada aduan dikemukakan terhadap Lembaga Disiplin dan Majlis Pimpinan Pusat Keadilan berhubung keputusan memecat bekas Menteri Besar Selangor itu. Bulan lalu, Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dipanggil ROS untuk menyediakan laporan mengenai tarikh Khalid dipecat, komposisi Lembaga Disiplin parti itu dan buku kehadiran ahli jawatankuasa pusat PKR yang hadir semasa keputusan pemecatan dibuat. Apa juga keputusan yang akan dibuat oleh ROS, kita sama-sama tunggu. IBM percaya, Wan Azizah & Saifuddin telah bersedia untuk menjawab apa sahaja soalan yang akan ROS tanya, kerana segala-galanya telah diatur oleh penguam mereka. Terbelakah Khalid Ibrahim, dan sekiranya ROS dapati PKR menyalah gunakan kuasa memecat Khalid, adakah Khalid akan kembali ke pangkuan PKR? Jawapanya ada pada Khalid. Wasallam ~ IBM

PKR MASIH BERDENDAM DENGAN KHALID. MAHU KHALID DIKENAKAN TINDAKAN. BUSUK HATI PKR NI YE!!

SELASA, 30 SEPT 2014

SUMBER....
KITA semua sudah ketahui dan menjadi saksi betapa jahat dan  rakusnya politik  yang diamalkan oleh PKR. Apabila melihat seseorang pemimpinnya begitu degil dan tidak mendengar cakap mereka, maka, terimalah akibatnya. Walaupun semasa di dalam parti dan menjalankan tugas denga baik, tapi, jika kehendak mereka tidak di turuti, maka . 'out' you go. Bukan setakat itu, setelah dipecat, dan dipaksa letak jawatan, kini mereka mencari silap dan minta di kenakan tindakan. Itulah nasib yang menimpa bekas Menteri Besar Selangor yang selama ini begitu setia bersama PKR. Tapi, kini menjadi buruan PKR untuk diambil tindakan. Dalam hal ini, penganalisis politik, Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed (gambar bawah kanan) menyifatkan tindakan PKR yang terus mencari kesalahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah sesuatu yang tidak wajar. Ini kerana menurut beliau, PKR tidak akan berpuas hati sehingga Khalid dikenakan tindakan undang-undang, meskipun beliau telah dipecat daripada parti dan 'dipaksa' untuk meletakkan jawatan. 

Beliau melihat sebenarnya tindakan yang dilakukan oleh kepimpinan PKR ini lebih menunjukkan bahawa mereka masih tidak berpuas hati dengan Tan Sri Khalid Ibrahim. Jadi sebab itulah antara tindakan yang cuba dibuat adalah mengkaji semula keputusan-keputusan yang dibuat beliau (Khalid) dan cuba membongkar apa juga kerjasama dan perjanjian yang dibuat terutama bagi melihat adakah berlakunya unsur-unsur salah laku, katanya. Kepimpinan parti itu terutama sekali Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat kerap kali mahu menyegerakan pendedahan semua kandungan perjanjian pembangunan yang dibuat oleh Khalid sebelum meninggalkan legasinya. Ia termasuklah perjanjian air dengan kerajaan persekutuan yang melibatkan operasi rawatan dan pengedaran dalam industri bernilai RM30 bilion, pembinaan loji rawatan air Langat 2 RM3.6 juta dan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex). Sehubungan itu, Martadha menasihatkan agar PKR terus maju ke hadapan dan menumpukan pembangunan negeri Selangor tanpa membuang masa untuk mempertikaikan kepimpinan sebelum ini. 

PKR turut disifatkannya parti yang tidak menunjukkan contoh yang baik kepada barisan ahlinya dengan melakukan tindakan seperti itu yang hanya 'politik dendam' semata-mata. Ini menunjukkan satu tindakan yang tidak profesional dan bagi saya tidak wajar terutama bagi saya mengambil kira sumbangan Khalid yang mentadbir negeri Selangor dalam keadaan yang kita lihat cukup baik sebelum ini. Mereka perlu lebih profesional dalam apa-apa tindakan pun. Kerana tindakan sebegini akan menjadi contoh kepada kepimpinan yang lain, jelasnya. Tapi, PKR dan rakannya dalam Pakatan tidak mengamalkan (profesional), malah mereka lebih kepada mengamalkan sikap 'gengster' dan 'kuku besi'. Siapa tak dengar cakap, ditamatkan riwayat politik mereka. Kejam kan? Wasallam ~ IBM

KESIAN NIK ABDUH. KENA 'SOUND' DENGAN PEMUDA PAS. HUHUHU!!

SELASA, 30 SEPT 2014

SUMBER....
NAMPAKNYA pergeselan dalam PAS berterusan. PAS kini tidak lagi dihormati oleh sayapnya, Pemuda. Semalam, Ketua Pemuda PAS Kota Baru Dr Rosli Abdul Kadir  (gambar bawah kanan) menasihati Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz supaya menjaga emosi apabila mengkritik rakan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu PKR dan DAP. Mesej tersebut seolah-olah Pemuda lebih gah dan cerdik dari parti induknya. Rosli menegur Nik Abduh selaku Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat sewajarnya bersuara dengan lebih positif, lebih membina dan lebih membawa perpaduan, bukan ke arah membawa perpecahan. Memberi contoh, PAS adalah abang tua kepada PKR dan DAP. Selaku abang tua, pimpinan PAS perlulah lebih bijaksana mengawal emosi. Tidak perlulah kita melayan semua kenyataan yang dibuat oleh adik-adik kita, yang perlu dilayan oleh kita hanyalah kenyataan rasmi yang dibuat oleh mereka sahaja, katanya dalam kenyataan hari ini. Ini berikutan kenyataan anak Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dalam tulisannya di media sosial Facebook semalam mendakwa PAS kini menjadi mangsa buli PKR dan DAP sehingga dibenci oleh penyokong sendiri.
Menurut Nik Abduh, selain Umno, PKR dan DAP mula hendak buli PAS. Sehinggakan PAS kelihatannya sekarang seperti terpinga-pinga tidak tahu hendak sentuh yang mana satu. Semua macam tidak menjadi. katanya. Tulisan Nik Abduh itu dipercayai merujuk kepada pergeseran krisis Menteri Besar Selangor sehingga membawa kepada pemecatan ahli majlis Pulau Pinang daripada PAS minggu lalu. Rosli berkata, selaku Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat dan ahli Parlimen penggal pertama, Nik Abduh perlu menumpukan perhatian kepada tugasnya. Tugasan selaku AJK PAS Pusat ada medan utamanya, iaitu mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Tugasan selaku ahli Parlimen Pasir Mas ada medan utamanya, iaitu sidang Parlimen. Prestasi pimpinan dinilai berdasarkan kepada kerja buat mereka, bukan berdasarkan kepada kerja cakap atau kerja tulis mereka, katanya. Katanya, tidak guna jika Nik Abduh mengadu dalam media sosial mengenai PAS dibuli PKR dan DAP. 
Sebaliknya menegaskan, jika benar ada bukti PKR dan DAP melanggar syarat tahaluf siyasi (kerjasama) yang digariskan, maka Nik Abduh perlu mengemukakannya ke dalam mesyuarat AJK PAS Pusat. Beliau turut menyifatkan beberapa kritikan Nik Abduh terhadap DAP itu sebagai kurang bijak dan tidak berhemah. Tuan Guru Presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) baru sahaja menegaskan di dalam muktamar lalu bahawa PAS akan terus istiqamah dengan tahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat. Jika beliau tidak dapat membawa sebarang bukti, seharusnya beliau menjunjung tinggi penegasan Presiden itu. Bukanlah berhemah namanya. 'Jika tiba-tiba DAP jadi kawan Umno' sedangkan soal DAP mahu jadi kawan Umno atau tidak itu adalah soal DAP sendiri, bukan soal PAS, katanya. Maka disini, bolehlah kita mengambil kesimpulan bahawa suara Pemuda PAS perlu didengari dan suara dari PAS pusat mestilah berhemah. 
Maka, ianya bermakna, PAS pusat seakan-akan tidak lagi 'relevan' dan akan terus dipermainkan oleh rakan-rakan kongsinya seperti PKR & DAPigs, dan kini Pemudanya sendiri. Pemudanya sudah hilang hormat kepada PAS Pusat. Oleh itu, IBM cadangkan PAS tutup kedai dan pemimpin-pemimpin PAS disaran supaya berhenti dari 'berpolitik'. Huhuhu....Wasallam ~ IBM

Monday, September 29, 2014

KAJANG DILANDA BANJIR KILAT. MANA NENEK KIPAS? TAK TURUN PADANG KE?

ISNIN, 29 SEPT 2014

SUMBER....
ORANG Kajang tak bising ke dan bertanya, mana wakil rakyat pilihan dan kesayangan mereka? Kenapa tak nampak muka. Atau nenek kipas masih 'masuk angin' kerana tidak dilantik jadi MB Selangor yang baharu. Berita dari Kajang yang mana hujan lebat lebih sejam petang tadi menyebabkan beberapa kawasan termasuk pekan Kajang dan Kampung Sungai Kantan dilanda banjir kilat. Hujan lebat yang bermula kira-kira jam 4 petang itu mengakibatkan banjir berulang di kawasan sama selepas insiden berkenaan pernah berlaku 10 bulan lalu. Jurucakap Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) berkata, hujan lebat sejak 4 petang di sekitar Kajang menyebabkan paras air naik mendadak kira-kira satu meter dan menjejaskan pekan itu. Katanya, anggota penguat kuasa dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran Dan Kesihatan, MPKj dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Kajang dengan lapan anggotanya membuat kerja pemantauan dan pembersihan. 

Namun keadaan banjir kilat semakin reda pada kira-kira 6.45 petang ini selepas air mulai surut berikutan hujan renyai-renyai, katanya. Pada Disember tahun lalu, banjir kilat akibat hujan lebat menjejaskan pekan itu dengan peniaga dan orang awam mengalami kerugian apabila harta dan kenderaan mereka rosak ditenggelami air. Sehingga sumber yang IBM dapat ini, belum lagi ada berita atau nampak kelibat wakil rakyat Kajang iaitu Wan Azizah@nenek kipas turun padang datang melawat atau memberi bantuan kepada mangsa banjir kilat yang melanda ke atas DUN nya. Dah lupa janji untuk beri khidmat yang terbaik ke Kak Jijah oiii? Atau janji tinggal janji.  Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah. Wasallam ~ IBM

AMOI VIVIAN BEKAS TEMAN WANITA ALVIN TIDAK TERKEJUT ALVIN LARI DARI JAMINAN.

ISNIN, 29 SEPT 2014

SUMBER....
MENURUT Vivian Lee, bekas teman wanita penulis blog kontroversi Alvin Tan, beliau tidak terkejut sekiranya lelaki itu lari dari jaminan dan mendapatkan perlindungan di Amerika Syarikat (AS) kerana Alvin pernah mencadangkan idea tersebut sebelum ini. Menurut Vivian, Alvin pernah mencadangkan idea mencari suaka politik secara ringkas sebelum ini. Alvin tidak pernah membincangkan mengenai rancangannya dengan lebih lanjut kepada beliau. Dia boleh mengejar impiannya dan meneruskan kehidupan di AS, kata Lee dalam mesej Facebooknya hari ini, Isnin. Lee berkata, dia lega kerana mendapat tahu Alvin selamat. Sekarang dia berada di AS dengan selamat, beliau lega kerana mendapat tahu dia 'Ok'. Menurut Vivian lagi, beliau tidak kecewa dan tidak menyalahkannya. Malah, Vivian berharap dia (Alvin) dalam keadaan baik dan semoga berjaya, kata Vivian. Vivian berkata, walaupun dia menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dan e-mel kepada Alvin, bekas teman lelakinya itu tidak pernah memberikan sebarang respons. Katanya, dia hanya mendapat tahu bahawa Alvin selamat dan dimaklumkan mengenainya oleh rakan mereka. 

Vivian berkata, beliau menolak idea untuk melarikan diri daripada perbicaraan mereka di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur. Sebaliknya beliau tidak melihat matlamat untuk menjalani kehidupan sebagai pelarian. Kita masih ada kehidupan yang menanti pada masa hadapan dan hidup sebagai pelarian tidak sesuai dengan diri beliau. Beliau dibesarkan oleh ibu bapa, maka, untuk berhadapan dan menghadapi apa jua perkara yang mendatang dan melarikan diri daripada masalah bukan satu langkah bijak, kata gadis berusia 25 tahun itu. Seperti yang kita tahu, Alvin dan Vivian Lee didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers mengikut Akta Hasutan 1948. Mengikut pertuduhan, ia mengandungi gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan!!!)' yang mengandungi logo halal. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara 11 dan 12 Julai tahun lalu di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di sini. 

Perbuatan pasangan tersebut membuat seluruh umat Islam di negara ini jadi marah dan mahukan yang berwajib mengambil tindakan kepada kedua-dua pasangan tersebut. Perbuatan mereka itu ternyata menghina Islam. Bagaimana pun Alvin gagal untuk hadir ke mahkamah untuk sebutan semula kesnya pada bulan lalu. Tindakan itu menyebabkan mahkamah bersetuju untuk hanya melucutkan hak jaminan sebanyak RM20,000 daripada RM30,000. Alvin mengejutkan ramai pihak apabila memuat naik entri terbaharu di laman Facebooknya pada 26 September lalu dengan memaklumkan dia kini berada di Los Angeles, California. Apapun, kemana sekali pun Alwin lari, menyorok, pihak yang berwajib telah membuat kenyataan hari bahawa 'kelubang cacing' sekali pun Alvin akan dicari. Kali ini tiada maaf bagi mu Alvin. Bersiaplah kamu untuk ditangkap dan dibawa balik ke Malaysia untuk di adili dan dihukum. Barua seperti kamu hari diajar, selepas itu kamu akan jadi Red Beans Army (RBA) yang dilupakan dan bersedirian di dalam penjara. Adakah DAPigs akan menjadi penyelamat Alvin? tungguuuu!. Wasallam ~ IBM

AISHAH TIDAK SABAR NAK JUMPA IBU....

ISNIN, 29 SEPT 2014

SUMBER....
ANAK mana yang tak rasa hiba bercampur gembira apabila mendengar ibu mereka akan dibebaskan dari penjara.  Beliau teruja dan tidak sabar untuk berjumpa dengan ibu, kata Aishah Azizul Raheem (gambar atas kiri bersama 3 orang adiknya), anak sulung Shalwati Norshal yang dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna, Stockholm, Sweden. Aishah, 14, berkata, beliau bersyukur dan gembira apabila mengetahui ibunya akan dibebaskan dari penjara esok. Apa yang lebih menarik ialah kami semua akan dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama ibu, katanya kepada pemberita di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor di sini hari ini. Dia berkata, dia dan adiknya Ammar, 13, Adam, 12, dan Ariff, 8, akan membuat kad ucapan khusus untuk menyambut ketibaan ibu mereka selain akan memberikan jambangan bunga. Sementara itu bapa Shalwati, Norshal Nordin, 70, berkata beliau bersyukur kerana anaknya akan kembali ke Malaysia. Sekurang-kurangnya anak beliau dapat balik bertemu keluarganya dan beliau berharap beliau dapat membina kehidupan lebih baik selepas ini, katanya. 

Akhbar melaporkan Shalwati akan dibebaskan esok selepas selesai menjalani hukuman penjara dan dijangka pulang ke Malaysia pada Rabu. Seperti yang kita tahu, pada 29 Mac lepas, beliau dan suaminya Azizul Raheem, seorang Pegawai Tourism Malaysia dijatuhi hukuman penjara kerana mendera anak-anak mereka sejak September 2010. Azizul Raheem kemudiannya dibebaskan pada 9 Julai selepas menjalani hukuman penjara tiga bulan, manakala Shalwati seorang guru yang sedang bercuti tanpa gaji dijatuhi hukuman penjara 14 bulan. Bagaimanapun hukuman mereka dikurangkan dengan masing-masing hanya perlu menjalani satu pertiga daripada tempoh hukuman mereka. Syukur alhamdulillah. Bertemu dan bercantum kembali keluarga yang terpisah dik kerana kerena duniawe yang penuh dengan pancaroba. Moga keluarga ini dapat menjalani kehidupan yang baru dan hidup dengan aman damai. Wasallam ~ IBM

DAPIGS TUNJUK SIKAP (BELANG) SEBENAR APABILA MENYINGKIR ISZUREE....KESIANNN PAS!

ISNIN, 29 SEPT 2014

SUMBER....

DALAM hal ini, bukan UMNO nak menyibuk atau menjadi 'batu api'. Tapi, sekadar bersimpati dan menyedarkan PAS agar tidak dibuli oleh DAPigs dan rakan-rakanya didalam Pakatan. Ini kerana apabila tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Iszuree Ibrahim daripada semua Jawatankuasa Tetap MPPP jelas menunjukkan bahawa kebebasan menyuarakan pendapat tidak dapat diterima pakatan rakyat di negeri ini. Komen yang dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman (gambar atas) ada faktanya. Katanya, DAP dan kerajaan negeri Pulau Pinang telah mula menunjukkan sikap sebenar mereka yang tidak boleh menerima kritikan walaupun daripada sekutu politik sendiri. Tindakan drastik kerajaan Pulau Pinang menggugurkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa MPPP yang dianggotai beliau sebagai Ahli Majlis MPPP mewakili PAS Pulau Pinang Jumaat lalu tidak mengejutkan UMNO. DAP yang selama ini melaungkan mereka mendokong kebebasan bersuara telah mengambil pendekatan menutup mulut pengkritik sebagaimana yang dilakukan PAP Singapura terhadap pihak yang mengkritik mereka, katanya dalam satu kenyataan di George Town hari ini. 

Semalam, akhbar melaporkan tindakan menyingkirkan Iszuree (gambar kanan) berikutan ucapan dasar Bendahari Badan Perhubungan PAS Pulau Pinang itu pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor baru-baru ini menegur kerajaan negeri berhubung isu dasar perumahan. Iszuree dilaporkan berkata beliau menerima surat mengeluarkannya daripada MPPP, namun surat berkenaan tidak menyatakan alasan tindakan oleh pihak berkuasa tempatan itu biarpun Iszuree telah menjadi ahli majlis tersebut sejak 2010. Surat bertarikh 26 Sept itu memaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan pada 25 Sept telah memutuskan mengeluarkan Iszuree daripada semua Jawatankuasa Tetap, MPPP yang beliau merupakan seorang ahli dan membekukan semua peruntukan. Zainal Abidin berkata Iszuree dalam ucapan beliau di Muktamar PAS itu membangkitkan permasalahan orang Melayu Pulau Pinang serta pengusiran penduduk kampung tradisional untuk tujuan pembangunan yang banyak berlaku sejak 2008. 

Beliau berkata ucapan Iszuree mewakili PAS Pulau Pinang pada Muktamar PAS itu membuktikan bahawa kedua-dua isu berkenaan benar-benar berlaku di Pulau Pinang sejak DAP menjadi kerajaan negeri dan mereka dilihat tidak bersungguh-sungguh serta ikhlas dalam menangani isu tersebut. Ahli Majlis MPPP mewakili PAS itu digugurkan kerana mengkritik kerajaan Pulau Pinang dan kenapa mereka (kerajaan negeri) begitu marah dengan pendedahan yang dibuat oleh Iszuree dalam ucapannya di Muktamar PAS? Dalam dua pilihan raya umum lepas, anggota dan penyokong PAS Pulau Pinang turut bekerja keras untuk memenangkan calon-calon DAP dan PKR, bagaimanapun Adun tunggal PAS (Datuk Mohd Saleh Man) tidak juga dilantik menjadi Exco kerajaan Pulau Pinang. Inilah balasan untuk kesetiaan dan pengorbanan PAS di Pulau Pinang, katanya. Zainal Abidin berkata Umno Pulau Pinang turut bersimpati dengan layanan buruk yang diberikan oleh DAP kepada PAS, sama ada di Pulau Pinang mahupun di peringkat nasional. 

Beberapa hari lalu, DAP dalam satu kenyataan menerusi Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng telah menggelar empat orang ADUN PAS yang juga Exco kerajaan negeri Selangor sebagai 'pengkhianat'. Jadi, kami UMNO berpandangan dengan tindakan dan layanan buruk oleh DAP terhadap PAS, parti itu perlu mengkaji semula peranan mereka dalam Pakatan Rakyat, katanya. Jadi, sampai bila PAS mahu mengikut telunjuk dan di buli oleh DAPigs? Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM

ALVIN CELAKA AKAN DIBURU HINGGA KE 'LUBANG CACING'. MANA LU MAHU LARI ANAK GAMPANG?

ISNIN, 29 SEPT 2014

SUMBER.....
KEMANA lu mahu lari? Cina haram jadah dan kurang ajar ini akan terus dicari dan diburu walau kemana sekali pun dia lari dan bersembunyi. Kita akan cari dia hingga ke 'lubang cacing' sekalipun. Itu kata dan tegas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika diminta mengulas mengenai tindakan yang sedang dilakukan pihak polis terhadap penulis blog kontroversi, Alvin Tan yang semakin biadab memuat naik status dan gambar di laman sosial Facebook miliknya yang dilihat cuba memalukan beberapa pemimpin negara. Menurut Khalid, kenyataan berbaur menghina serta mencabar pihak berkuasa itu adalah suatu perbuatan yang tidak boleh dimaafkan. Dia (Alvin) ingat dia boleh lari. Bagaimanapun, setiap negara ada peraturan dan kita akan cari dia hingga ke lubang cacing, katanya ketika dihubungi oleh wartawan di sini hari ini. Alvin atau nama sebenarnya Tan Jye Yee yang kini berada di Los Angeles, California berdasarkan lokasi terkini yang dikemas kini di laman Facebooknya menghilangkan diri selepas Mahkamah Sesyen membenarkan penyerahan sementara pasportnya atas alasan ingin pergi ke Singapura bagi tujuan penggambaran sebuah dokumentari. 

Pada bulan lepas, sebahagian wang jaminannya turut dilucutkan berhubung tuduhan mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan bersama pasangannya Vivian Lee. Dia turut menghadapi pertuduhan mengikut Subseksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 2002 iaitu mempamerkan gambar-gambar yang didapati lucah di laman blognya di http://alviviswingers.tumblr.com/ tahun lepas. Tidak habis di situ, Alvin turut bertindak biadab dengan mengubah suai gambar hidung beberapa pemimpin negara dan Khalid sendiri dengan hidung seekor khinzir serta menuduhnya menyalahgunakan kuasa sebagai seorang pemimpin. Menurut khalid. siasatan terhadap kes tersebut telah dimulakan dan beliau turut memberi amaran keras kepada mereka yang menyalahgunakan media sosial untuk mengaibkan para pemimpin. 

Tiada maaf lagi kepada sesiapa yang menggunakan rangkaian media bagi menghina dan menghasut, katanya. Jadi, kepada Alvin, kalau ko anak jantan, balik ke Malaysia dan berhadapan dengan undang-undang yang sedia ada di negara ini. Jangan jadi bacol dan berani di tempat orang. Berapa lama kau boleh berlindung di negara orang? Kepada pihak yang berwajib, hapuskan pengikut-pengikut 'Reds Bean Army' kumpulan Cyber yang di taja oleh DAPigs yang telah banyak menghuru-harakan negara, termasuklah si Alvin ini kerana IBM mendapat maklumat Alvin adalah salah seorang daripada ahli kumpulan Reds Bean Army (RBA) yang diupah untuk membuat provokasi terhadap kerajaan. Ayuh rakan-rakan Cyber trooper pro kerajaan, kita berganding bahu, hapuskan pengkhianat negara seperti si Alvin ini. Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM

Sunday, September 28, 2014

PEMUDA PAS KECUT HABIS BILA DIGERTAK OLEH PKR & DAP. TELO TERSENTAP KE DALAM KE?

AHAD, 28 SEPT 2014

SUMBER....
BARU kena gertak macam tu pun Pemuda PAS dah gabra dan gelabah. Takut betul Pemuda PAS kepada PKR & DAPigs ye. Lantas, Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat mengubah cerita dan cuba memperbetulkan akan kenyataan serta menyifatkan kenyataan keluar Pakatan Rakyat oleh Timbalannya Mohd Khairil Nizam Khiruddin disalah faham selepas mendapat kritikan hebat daripada PKR dan DAP. Memang tak telo betul Pemuda PAS ni. Suhaizan sebaliknya mengatakan kenyataan tersebut bertujuan mengelakkan tekanan kepada PAS kerana pendirian yang berbeza. Niat beliau (Tim Pemuda PAS) yang sebenar untuk mengelakkan tekanan kepada PAS sehingga PAS bertukar fikiran. Keadaan ini akan menghampakan rakyat Malaysia, kata Suhaizan dalam satu kenyataan hari ini. Suhaizan juga menafikan kenyataan Timbalannya itu berkaitan dengan krisis yang berlaku di  Kenyataan ini tiada kaitan dengan krisis MB Selangor atau pelantikan exco kerajaan negeri Selangor. Beliau juga berkata sudah menghubungi ketua pemuda kedua-dua parti bagi menyelesaikan salah faham tersebut. Di samping itu, Suhaizan juga menggesa pimpinan PAS dan Pakatan mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang boleh meretakkan gabungan tersebut.
Beliau menasihatkan diri beliau dan pimpinan PAS serta PR agar mengelakkan memulakan atau bertindakbalas terhadap kenyataan yang boleh meretakkan hubungan dalam PR. Seperti kenyataan "cerai" bagi pasangan suami isteri. Walaupun hukumnya harus tetapi Allah tidak suka perkara tersebut, katanya. Susulan kenyataan Khairil Nizam, pihak DAP Sarawak berkata ia sebagai berakhirnya hubungan parti tersebut dengan PAS. Malah Naib Ketua Pemuda PKR Fahmi Fadzil berkata Khairil Nizam sepatutnya menyeru anggota parti komponen kembali mengukuhkan tahaluf siyasi, bukan terus-menerus mengeluarkan kenyataan mengugut. Kesimpulannya, Pemuda PAS saling tak tumpah dengan induknya, akan dibuli dan terus dibuli oleh PKR & DAP. Mampus le korang asyik kena buli dan bersendiwara le korang. Wasallam ~ IBM

PENYELEWENGAN SEMASA JADI MB SELANGOR? KHALID CABAR ANWAR BUAT LAPORAN SPRM? ADA BERANI?

AHAD, 28 SEPT 2014

SUMBER.....
Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat semua perjanjian yang diluluskan sepanjang tempoh beliau menjadi Menteri Besar Selangor. Beliau mengalu-alukan semua pihak termasuk SPRM untuk semak dan siasat semua perjanjian yang ditandatangai semasa beliau menjadi Menteri Besar. Ini termasuk perjanjian air Selangor dan perjanjian pembangunan di Canal City. Peguam beliau akan keluarkan kenyataan penuh berhubung hal ini, ujarnya di laman mikro Twitternya. Cabaran itu dibuat sebagai reaksi kepada kenyataan Anwar semalam kononnya beliau akan meminta Menteri Besar Selangor yang baru, Azmin Ali mendedahkan senarai syarikat dan individu yang mendapat manfaat jutaan ringgit daripada rundingan air yang ditandatangani Khalid. Anwar berkata demi ketelusan, rakyat Selangor patut tahu siapa yang mendapat manfaat daripada kontrak itu. 

Beliau tidak kisah jika orang ramai mendapat faedah dariapda rundingan itu tetapi siapa yang akan membayarnya? Rakyat Selangor, katanya ketika ditemui di ceramah menentang Akta Hasutan 1948 di Seberang Jaya, Pulau Pinang malam semalam yang hanya di hadiri seramai 300 orang lebih. Aduhai! Sedih dan malunya Anwar. Sumber dari Penang berkata, Anwar juga di boo oleh kalangan orang yang hadir pada malam itu. Jadi, bagi IBM Anwar gagal untuk membutakan rakyat si Sebarang Jaya dengan fitnahnya. Rakyat disana sudah bosan dengan kerenahnya. Anwar Penipu besar dan  penfitnah tersohor dan no 1 negara. Wasallam ~ IBM

PAS AKUI MEMANG PKR & DAPIGS PEMBULI...PAS BARU SEDAR KE??

AHAD, 28 SEPT 2014

SUMBER.....
BARU sekarang ke PAS sedar yang diri mereka selalu dibuli dalam Pakatan Rakyat?. Atau mereka sengaja diri mereka di buli kerana tiada trempat lagi untuk mereka bergantung dan mengadu. Kaalu mereka (PAS) bersendirian, mereka akan mampus dan berkubor. Maka, hendak tak hendak mereka terpaksa tanggung segala sengsara semasa mereka berada di dalam Pakatan. Ini bukan cerita rekaan dari IBM atau IBM sengaja menulis apa yang tidak benar. Tapi, tembalang bahawa PAS  dibuli kaw-kaw oleh PKR & DAPigs selama mereka bersama PakatanRakyat di luahkan oleh anak Mursyidul Am PAS sendiri. Nik Abduh Aziz mendakwa Parti Keadilan Rakyat dan DAP kini makin berubah dan lebih menonjol dengan sikap umpama Umno sebagai pembuli. Kenyataan dan rintihan beliau itu disiarkan menerusi laman Facebook pada hari ini,Ahad. Maknaya, itu bagai petanda wujudnya pergeseran yang semakin meruncing di kalangan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat. Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz itu mendakwa, ada di kalangan pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan bahawa PAS perlu dihukum kerana bertindak bertentangan dengan keputusan Pakatan Rakyat ketika krisis Menteri Besar di Selangor. 

Mereka berkata PAS akan mati dan ditanam di Selangor. Di Sarawak, mereka (PKR & DAPigs) mengumumkan tidak lagi mahu bersahabat dengan PAS. Kini mereka mahu menjadi umpama Umno, bersikap sombong apabila memiliki kuasa, katanya. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, DAP mula menonjolkan sikap buruknya ketika mendapat kuasa hanya sepenggal, tetapi PAS menjadi mangsa buli Umno ketika berkuasa di Kelantan dan Terengganu untuk tempoh lebih lama. Mereka sering mewar-warkan kegagalan kami, tetapi mereka lupa bahawa PAS juga ada cerita kejayaan tersendiri, katanya sambil menambah PKR juga tiada bezanya dengan DAP. PKR juga mahu membuli kami. Mereka mencuri sambil membuli. Sesuatu yang baik apabila PKR berhadapan masalah dalaman, jadi mereka tidak sekukuh DAP, malahan ada di kalangan mereka yang tidak sehaluan, jadi tindakan mereka membuli kami tidak begitu berkesan, katanya.

Perpecahan mula melanda Pakatan Rakyat sejak krisis Menteri Besar Selangor, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepemimpinan ulama parti itu memilih untuk menangani krisis itu dengan cara mereka. Ia berlarutan apabila empat bekas Exco Selangor yang dilabel sebagai pengkhianat apabila enggan meletak jawatan daripada pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai solidariti kepada pemecatan enam Exco PKR dan DAP. Sebaik dilantik, Menteri Besar yang baharu, Azmin Ali memutuskan untuk mengurangkan jumlah Exco di kalangan wakil rakyat PAS kepada tiga berbanding empat sebelum ini di mana ia dilihat sebagai hukuman kepada parti berkenaan. Nik Abdul juga berkata, walaupun menjadi mangsa, PAS masih mampu meneruskan perjuangan dan berjaya melaluinya. PAS berjaya dalam banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri. 

PAS juga melebarkan sayapnya di mana sahaja ia pergi, katanya. Beliau seterusnya turut menasihatkan DAP supaya tidak menjadi pembuli kerana ia akan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat, seolah-olah cuba 'membunuh' parti itu. DAP seharusnya tahu bahawa PAS tidak akan mati kerana ada jangka hayat yang panjang. Jika Umno tidak mati lagi, kenapa pula PAS yang harus mati. Jika PAS mati, siapa yang akan berjuang untuk Islam? Umno? PKR? DAP?, katanya sambil menegaskan bahawa Islam ada nadi parti itu yang memungkinkan ia terus subur. PAS akan hanya mati atau disisihkan jika ada pihak yang lebih baik untuk memperjuangkan Islam. Setakat ini, tiada yang seumpama itu muncul. Nik Abduh tidak fikir PasMA ada keupayaan untuk menggantikan PAS. 

Mereka boleh bermimpi di siang hari tetapi jangan jadi pembuli, katanya merujuk kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dibentuk beberapa kepemimpinan PAS. Apapun, IBM cuma nak perbetulkan akan kenyataan Nik Abduh bahawa UMNO bukan pembuli seperti kenyataan beliau diatas. Kalau PAS kena buli oleh PKR & DAPigs, itu bukan salah Umno, PAS sendiri yang cari penyakit. Jangan salahkan dan kaitkan orang lain dengan masalah dan musibah yang menimpa PAS. PAS sendiri yang cari penyakit. Fikir-fikirkan dan BERTAUBAT lah cepat-cepat wahai orang-orang PAS. Jangan jadi kaldai PKR & DAPigs seumur hidup. Wasallam ~ IBM

DAPIGS MALUKAN PAS LAGI! DUA MP MEREKA YANG DIKATAKAN 'PENGKHIANAT' DIANGGAP 'PENYELAMAT' PR...HUHUH!

AHAD, 28 SEPT 2014

SUMBER....

ADUHAI! Malunya PAS. Apa tidaknya, PAS mengelar pengkhianat kepada dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin, tapi diraikan dan mendapat sambutan sebagai seorang wira daripada penyokong Cina dalam majlis makan malam DAP malam semalam. Duduk bersebelahan pemimpin popular DAP Lit Siang, hadirin bangun memberi tepukan gemuruh dan beberapa pemimpin DAP menggelar mereka sebagai “penyelamat Pakatan Rakyat”. Kamu bukan pengkhianat, kamu wira rakyat, kata bekas exco Selangor Ronnie Liu di majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 700 orang di Petaling Jaya malam tadi. Sementara itu, ADUN Bukit Gasing R Rajiv berkata, mereka berdua harus menandatangani akuan berkanun (SD) bersama wakil PKR dan DAP bagi menghancurkan harapan kerjasama PAS-Umno. 

Jika tidak keraja mereka, kita sudah tentu akan lihat kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno, katanya. PAS, ada apa cerita lagi? Mana telo korang semua. Sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam, apatah lagi menabik dada bahawa PAS adalah seuah parti Islam, tapi, membisu seriu bahasa apabila rakan kongsinya seperti DAPigs menghina dan terus menghina mereka. Apapun, itu kehendak PAS. Mereka rela dihina, dicaci oleh DAPigs dan PKR, namun 'hati busuk' mereka tetap berdendam dan berdendam dengan UMNO. Kini, perjuangan mereka adalah untuk menjatuh dan menumpaskan UMNO. Sila..silakan wahai PAS. kita tengok siapa yang tak islammik dan siapa yang akan tersungkur ke tanah nanti. Wasallam ~ IBM

Friday, September 26, 2014

PKR-DAP DIBIDAS KAW-KAW OLEH SULTAN KERANA KAKI HASUT DAN FITNAH. PADAN MUKA...!

JUMAAT, 26 SEPT 2014

SUMBER....
PADAN muka PKR & DAPig. Kena kaw-kaw dari  Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang membidas pimpinan PKR yang tak ada kerja lain asyik “menghasut dan menyebar tohmahan” untuk memaksa Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan sebagai Menteri Besar Selangor, bulan lalu. Kemelut dan pergolakan dalam Pakatan Rakyat ini bermula daripada ….'Langkah Kajang' dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, titah baginda. Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Khalid supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor, titah Tuanku di Istiadat Pelantikan Exco Kerajaan Negeri Selangor di Istana Alam Shah di  sini. Perkara  hasut  menghasut  dan  melempar tohmahan-tohmahan  terhadap  Tan Sri Khalid berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan, dimana umat Islam sepatutnya membuat ibadah, titah baginda dalam mengupas krisis kepimpinan Selangor yang berlarutan sembilan bulan. Sultan Sharafudin berkata PKR tidak mengendahkan nasihat baginda supaya bulan Ramadan tidak dicemari dengan tohmahan sedemikian. 

PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadan dengan menghina dan mencaci sehingga berjaya dalam niat untuk menjatuhkan Khalid sebagai MB Selangor, titah baginda.  Titah Tuanku dilihat sebagai respon tegas terhadap teguran terbuka PKR ke atas pihak istana kerana tidak melantik Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar walaupun beliau dikatakan memperolehi sokongan majoriti ADUN Selangor. Selasa lalu, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR akur dengan keputusan Istana Selangor melantik timbalan presidennya Azmin Ali sebagai Menteri Besar namun menyifatkan bahawa ia tidak mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri. DAP memberi sokongan penuh kepada usaha PKR memecat Khalid untuk diganti dengan Wan Azizah. Hanya PAS bertegas menolak Wan Azizah dan sebaliknya mengemukakan Azmin sebagai salah seorang daripada calon MB untuk pertimbangan baginda Sultan.

Dalam titahnya, Sultan Sharafuddin membidas pemimpin yang mempertikaikan kuasa baginda dalam urusan pelantikan Menteri Besar sebagai jahil terhadap perlembagaan negeri. Baginda dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana Baginda yakin mereka mempunyai agenda yang lain. Baginda adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan Beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah dimeterikan pada tahun 1959,  titah Tuanku. PKR  memecat Khalid daripada parti itu setelah beliau enggan meletak jawatan untuk memberi laluan kepada Azizah. Malah parti itu menuduh Khalid sebagai tidak berwibawa kerana dikatakan terbabit dalam beberapa urusan yang mencurigakan namun tidak mengemukakan sebarang bukti kukuh. Khalid menafikan segala tuduhan itu dan mengambil tindakan mahkamah terhadap Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution. 

Sultan Sharafuddin menyifatkan Khalid sebagai Menteri Besar yang menjalankan tugas dengan jaya dan sempurna. Titah Sultan Selangor hari ini mencerminkan bertapa rapuhnya hubungan istana dengan PKR dan DAP. Ia juga memberi petanda misi sukar yang menanti Azmin selaku MB untuk memperbaiki hubungan dua parti itu dengan Istana Selangor . Dengan titah sebegitu rupa dari duli Tuanku Sultan,  adalah PKR & DAP masih ingin meneruskan agenda jahat mereka demi untuk memuaskan nafsu seorang pemimpin yang berjiwa besar sehingga ingin menjadikan isteri beliau yang tidak layak untuk dijadikan sebagai Menteri Besar? Siapa pemimpin yang IBM maksudkan itu? Hehehe....semua tahu siapa kan? Wasallam ~ IBM

PRK PENGKALAN KUBOR : PAS BAGI ALASAN KALAH KERANA MASALAH DALAME. HUHUHU!!

JUMAAT, 26 SEPT 2014

SUMBER....
SEPERTI biasa, PAS akan mencari seribu alasan di atas kekalahan calon mereka di PRK Pengkalan Kubor semalam. Sumer dari Kelantan memberi tahu bahawa Pengarah Jentera PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN PengkalaKubor Datuk Tuan Ibrahim memberi alasan faktoketidakhadiran pemimpin Pakatan Rakyat dan masaladalamaparti punca  kekalahan PAS.  Boleh terima ke alasan tu? Secara keseluruhan, ketidakhadiran pemimpin Pakatan terutama DAP menjadi tamparan hebat kepada PAS. Bukan faktor. Cuma ia hanya polemik dalaman tentang apa yang berlaku. Kalau kita tengok, semua orang pun turun (berkempen). Tapi, kalah jugak. Tuan Ibrahim reda dengan apa yang berlaku. Soal sedih memanglah, cuma hak kita ialah usaha, ikhtiar dan tawakal, katanya apabila ditanya oleh para wartawan semalam. Keputusan semalam, BN mendapat 9,961 undi manakala PAS mendapat 7,326 undi. Calon bebas pula mendapat 38 undi. Seramai 73 peratus daripada 23,929 pemilih berdaftar keluar mengundi, lebih rendah daripada kadar 80 peratus pada pilihan raya umum lepas. 

Di imbas kembali pada pilihan raya umum ke-13 pada Mei tahun lalu, bekas ADUN BN Datuk Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary. Selain itu, Tuan Ibrahim juga berkata, faktor bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada masyarakat miskin di kawasan itu juga menjadi salah satu punca kekalahan mereka. Malah, beliau juga berkata, kekalahan pilihan raya kecil kali ini juga mungkin disebabkan faktor pengundi luar yang tidak balik untuk mengundi. Satu lagi alasan lapuk dari PAS. Juga katanya, faktor pengundi luar yang menyokong PAS tak boleh balik juga antara punca kekalahan kerana pengundi luar ini cenderung pada PAS. Dan pengundi muda di kawasan ini juga di luar jangkaan kerana prestasi pengundi muda di kawasan ini seperti ada sesuatu yang tidak kena. 

Selain itu PAS menuduh bahawa sogokan kepada golongan miskin menjurus kekalahan PAS dan beliau harap akan buat post-mortem mengenai perkara ini, katanya lagi. Sementara itu, Wan Rosdi pula berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera dan turut reda dengan kekalahan tersebut. Beliau reda dan sebagai calon parti beliauucapkan terima kasih pada seluruh jentera parti dari seluruh kawasan dan negeri, katanya ringkas. Kepada PAS, kalau dah kalah tu, kalahlah, jangan mencari salah orang dan menuduh yang bukan-bukan. Ingat, tuhan tidak suka pada orang yang takur. PAS dan pemimpin-pemimpinya terlalu takbur, terutamanya si tua bangka, bekas Menteri Besar Kelantan dan juga Mulsyidur Am PAS yang tak mahu berubah asyik mendoakan yang buruk-buruk terhadap orang-orang UMNO. Sekarang tuhan telah tunjukkan. Makbul sangatkah doa Nik Aziz? Fikir-fikirkan. Wasallam ~ IBM