Pages

Tuesday, September 16, 2014

KJ INGATKAN RAKYAT SUPAYA PILIH PEMIMPIN BERWIBAWA DAN DIHORMATI, BUKAN MACAM ANWAR AL-JUB...!!

SELASA, 16 SEPT 2014


SUMBER :
INGATAN dan nasihat yang bernas dari seorang pemimpin muda yang mahu rakyat berfikir dan dan memilih pemimpin yang betul untuk terus membangunkan negara. IBM setuju apabila rakyat diingatkan untuk memilih pemimpin yang berwibawa kerana dia akan dihormati sepanjang masa. Itulah pesanan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin. Menteri Belia dan Sukan itu berkata, kesilapan rakyat dengan memilih pemimpin tidak berwibawa akan membawa kepada perpecahan sebagaimana yang berlaku di Selangor ketika ini. Andai ditakdirkan esok Datuk Seri Najib Tun Razak kata (suruh) 'KJ letak jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan', beliau akan letak jawatan kerana beliau hormatkan pemimpin beliau dalam UMNO sebagai orang yang berwibawa. Memberi contoh di Selangor umpanya, Tan Sri Khalid tak ikut cakap Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Anwar adalah orang yang tak berwibawa...dia tahu Anwar adalah pemimpin yang tak perlu kita ikut, katanya ketika berucap di Majlis Santai Bersama KJ di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Geting, malam semalam, Isnin. 
Beliau berkata demikian sebagai memberi penjelasan kepada salah seorang penduduk yang inginkan penjelasan mengenai kemelut di Selangor dalam sesi soal jawab yang diadakan secara terbuka pada majlis itu. Khairy memberitahu, berikutan krisis Menteri Besar yang berlaku di Selangor, ia membuktikan bahawa Anwar adalah pemimpin yang harus ditolak. Kalau di Selangor, Tan Sri Khalid tak nak ikut arahan Anwar yang jadi Ketua Pembangkang, takkanlah pengundi nak undi calon PAS yang mana Ketua Pembangkangnya adalah Anwar, katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Khairy turut membidas PAS yang mahu Akta Hasutan dihapuskan dan tidak mahu ia digantikan dengan akta baharu. Katanya, tuntutan PAS itu menunjukkan bahawa sesiapa sahaja boleh menghina agama, Raja dan bangsa tanpa dikenakan sebarang tindakan. 
Itu membuktikan bahawa PAS bukanlah sebuah parti Islam yang memperjuangkan agama, bangsa dan negara. PAS adalah parti sampah. Inilah pandangan peribadi dari IBM sendiri, bukannya dari KJ. Bagi IBM, PAS adalah musuh no 1 UMNO di dalam politik. Manakala Anwar dan PKR berserta rakan kongsinya DAPig adalah pengkhianat negara yang perlu dihapuskan. Wassallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment