Pages

Wednesday, September 17, 2014

MAT SABU@MAT SABUN DI MALUKAN PADA MUKTAMAR PEMUDA, BERTINDAK KELUAR BERAMAI-RAMAI TANDA PROTES. HUHUHU!!!

RABU, 17 SEPT 2014

SUMBER : 
 DEWAN HAMPIR KOSONG KETIKA MAT SABU BERUCAP UNTUK PERASMIAN

MALU besar Mat Sabu. Kali ini betul-betul kena dipemainkan oleh para pewakilan Pemuda PAS. Sumber dari Johor yang IBM dapat, sebahagian perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini bertindak keluar dewan sebaik sahaja Timbalan Presiden, Mohamad Sabu mahu memulakan ucapan perasmian muktamar tersebut, di sini. Dalam tindakan yang disifatkan satu sejarah bagi Pas sepanjang berlangsung muktamar parti itu, perwakilan yang dikatakan dari Terengganu, Pahang dan Selangor berbuat demikian sebagai tanda protes terhadap tindak tanduk Mohamad atau Mat Sabu yang dianggap tidak sehaluan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang khususnya dalam krisis jawatan Menteri Besar Selangor. Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4.45 petang itu menarik perhatian perwakilan lain dan pemerhati yang menghadiri majlis perasmian tersebut. 

Tindakan kumpulan yang turut memakai jaket berwarna hitam bertulis, 'Kami bersama Presiden dan Majlis Syura' itu juga dikatakan sebagai membantah kenyataan Mat Sabu kepada portal propembangkang, Malaysiakini yang menggesa kumpulan Islamik dalam parti itu untuk 'mereformasi' dan 'menaik taraf' diri mereka supaya kepimpinan ulama kekal relevan. Sementara itu, kenyataan Mat Sabu disanggah oleh Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang menyifatkan gesaan itu umpama 'ada sesuatu yang tidak kena'. Tindakan kumpulan tersebut menyebabkan kerusi di dalam dewan muktamar kelihatan kosong manakala ucapan Mat Sabu tidak mampu membangkitkan semangat perwakilan kerana dilihat lebih cenderung mempertahankan kerjasama Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. 

Salah seorang perwakilan yang enggan namanya disiarkan berkata, tindakan berkenaan sudah diduga kerana sebahagian besar ahli Pas sememangnya tidak berpuas hati dengan pendekatan politik Mat Sabu dalam berhadapan dengan beberapa isu sejak kebelakangan ini. Apa yang IBM perhatian sejak berlakunya kemelut /isu MB Selangor, Mat Sabu tidak dilihat bersama Abdul Hadi, sebaliknya beliau lebih banyak mahu menjaga hati pemimpin pakatan pembangkang termasuklah dalam isu Menteri Besar Selangor. Sepatutnya sebagai orang nombor dua dalam Pas, beliau perlu bersama Presiden Pas dan Majlis Syura Ulama," katanya. Ditanya tidakkah tindakan itu boleh menjejaskan imej Pas, perwakilan tersebut berkata, "mana-mana juga pemimpin perlu menjadikan ia sebagai isyarat untuk sentiasa mendengar suara akar umbi dan mengutamakan parti serta pendirian pemimpin sendiri bukannya orang luar." 

Sementara itu, Mat Sabu ketika ditanya mengenai tindakan tersebut menganggap perwakilan yang bertindak sedemikian keluar dewan untuk menunaikan solat asar dan ingin ke tandas. Itulah alasan beliau untuk menagkis malu besarnya.  Dalam pada itu, Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat hanya mengiakan jawapan Mat Sabu dan enggan mengulas lanjut, maklumlah nak cover lubang. Aduhai!! Malunya Mat Sabu kerana kali ini kena mandi tanpa 'sabun'....Huhuhu....Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment