Pages

Thursday, October 2, 2014

PENANGKAPAN PEGAWAI KASTAM & IMIGRESEN KERANA RASUAH. BAGAIMANA PULA DENGAN PENYUAPNYA..APA TINDAKAN SPRM?

KHAMIS, 02 OKT 2014


SUMBER.....
SERING kali kita dengar di akhbar-akhbar berita penangkapan pengawai-pegawai Kastam & Imegrisen dan juga pegawai-pegawai di jabatan yang lain terhadap rasuah. Tapi, seringkah kita dengar pihak yang menyuap ditahan dan didakwa? Apapun tahniah kepada SPRM yang berjaya mencegahnya. Tapi, satu persoalan yang ingin IBM timbulkan disini. Bagaimana pula dengan 'PENYUAPNYA'? Kerana kalau tidak ada penyuapnya masakan rasuah itu boleh berlaku. Contohnya, apabila jabatan Kastam membuat operasi dan mendapati terdapat sesebuah Syarikat memalsukan dokumen barang yang di import semata-mata untuk mengelakkan dari kena cukai. Maka, berlakulah pernahanan orang yang terbabit dan pegawai Kastam memulakan siasatan. Tapi, disebalik siasatan dijalankan, ada pihak yang ajak pegawi-pegawai tersebut berunding atau untuk diselesaikan diluar. Maka, berlakulah tawar-menawar oleh pihak yang terbabit dengan pegawai-pegawai tersebut. Oleh kerana tawaran dan rundingan tersebut agak lumayan, maka 'suapan' diterima oleh pegawai-pegawai tersebut tanpa memikir bahawa perbuatan itu salah. 

Memang itu perbuatan yang salah, rasuah namanya. Dalam hal ini, SPRM mendapat maklumat atau aduan tentang salah laku pegawai tersebut kerana menerima rasuah, bagaimana pulak yang 'merasuah', tidakkan SPRM juga mendapat maklumt si pemberi rasuah tersebut? dan...kenapa tidak diambil tindakan? Ini yang dipersoalkan sekarang ini.   Dan, dari segi maklumat berlakunya rasuah di kalangan pegawai-pegawai tersebut, siapa yang memberi maklumat dan siapakah yang membocorkanya? IBM bukan menentang hal ini, tapi biarlah ada 'check and balance.' Kita mahu penerima dan penyumbang kepoada berlakunya rasuah juga dikenakan hukuman yang setimpal. Tak adil kepada satu pihak sahaja, iaitu para pegawai kerajaan. Kalau nak membenters tu, biarlah dengan cara yang lebih tersusun. bukan IBM nak mengajar, tapi, demi untuk menjaga nama baik SPRM dan juga kerajaan. Ketelusan yang kita mahu, bukan sekadar buat operasi, tangkap dan dihukum. Kesian pada mereka yang tak bersalah atau terinaya. Membenteras rasuah adalah amalan semua orang. Jauhilah RASUAH. Negara aman tanpa rasuah. Wasallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment