SUMBER....
BILA lagi nak tunjuk taring dan kuasa atau nak balas dendam. Atau, ini adalah arahan dari Anwar Ibrahim yang telah dilantik semula jawatannya sebagai 'Punahsihat Ekonomi Selangor'. Diberitakan, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali telah membekukan saluran peruntukan kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang yang disandang bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Begitulah mengikut kata Faekah Husin (gambar bawah kanan), bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI). Faekah mendakwa, Bendahari Selangor mengeluarkan arahan pada 25 September lalu supaya membekukan akaun bank Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di dua kawasan terbabit. Faekah percaya ia dibuat atas arahan Azmin kerana 'remote control' mula berfongsi buat kali keduanya. Penyelaras DUN Pelabuhan Klang itu berkata, ternyata segala jasa Khalid selama lebih 6 tahun menerajui Selangor dilupakan begitu sahaja kerana politik dendam yang disemai oleh Azmin.
Azmin memulakan karier dengan langkah sumbang dan akan menghancurkan sifat hormat rakyat dan pegawai kerajaan kepada pemimpin negeri. Budaya ini amat berbeza di bawah pentadbiran Khalid yang menyemai budaya bekerja secara profesional tanpa dipengaruhi agenda politik .Faekah mendesak Azmin memberi penjelasan munasabah arahan ini bukan kerana politik balas dendam atau mahu menghukum Khalid. Beliau percaya barisan pimpinan negeri yang lain tidak bersetuju dengan tindakan ini kerana ia boleh membangkitkan kebencian yang berterusan terhadap Pakatan Rakyat (PR) yang lama berputik dan semakin merebak semenjak bermulanya ‘Langkah Kajang’, katanya. Faekah juga mendakwa tindakan itu seolah-olah jawapan atau reaksi kepada titah Sultan Selangor yang menasihatkan agar kepimpinan negeri yang baru mengenepikan sengketa dan membuka lembaran baru demi rakyat.
Nampaknya Menteri Besar baharu mahu menghukum bukan sahaja Khalid tetapi seluruh rakyat di Pelabuhan Klang dan Bandar Tun Razak. Pandangan IBM dalam hal ini, jika betul apa yang Azmin lakukan ini, ianya merupakan satu dendam yang tak pernah padam diantara pemimpin-pemimpin PKR yang mempunyai agenda tersendiri, tapi, bukan untuk rakyat. Dalam pada masa yang sama, orang yang terlalu gila dan tamakkan jawatan sehingga sanggup mengadai maruah isterinya untuk menjadi Menteri Besar, tapi...tidak kesampian kerana tuhan tidak izinkan sudah cuba memainkan jarumnya, remote controlnya agak menjadi buat masa ini, maka, IBM yakin, pergolakan dalam Pakatan Rakyat masih belum reda dan selesai. Dan, besar kemungkinan Azmin tidak akan kekal lama sebagi Menteri Besar Selangor. Kita tungguuuuuu!. Wasallam ~ IBM
No comments:
Post a Comment