HARAP-HARAP 10 Februari ini berakhirnya episod maksiat (kes liwat II) yang dilihat 'halal' oleh pembangkang ke atas ketua mereka (Anwar Al-Jub) yang dituduh meliwat bekas pembantu perbadinya, Saiful Bukhari, tapi menafikannya. Lepas ini kita tidak lagi melihat kelibat Anwar Ibrahim kerana akan disumbat ke Penjara Sungai Buloh. Tapi, belum tahu lagi, kerana apa-apa pun boleh berlaku di sebalik keputusan yang akan dibuat nanti oleh Hakim Mahkamah Persekutuan. Ekoran dari itu, pihak Polis membuat persedian yang rapi dari kawalan keselamatan, dan pihak Polis meminta penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, tidak mencetuskan kekecohan pada hari keputusan rayuan terakhir Ketua Pembangkang tersebut terhadap sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya itu.
Kepada kedua-dua penyokong itu yang ingin membuat perhimpunan, disaran membuat permohonan mengikut peruntukan yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman 2012. Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Datuk Muhammad Fuad Abu Zarim (gambar kiri) bagaimanapun berkata polis tetap bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan pada hari berkenaan. Mengenai perhimpunan ini, telah ada cubaan untuk menggerakkannya melalui laman sosial dan untuk itu kekuatan anggota bergantung kepada hasil risikan sama ada perhimpunan berskala besar atau kecil. Datuk Muhammad Fuad berharap perkara ini (perhimpunan) tidak akan berlaku dan beliau secara peribadi mohon penyokong Anwar mahupun Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya dapat menerima sebarang keputusan Mahkamah secara rasional, katanya dalam sidang media, semalam, Selasa. Undang-undang perlu di patuhi.
Bagi IBM, kalau penyokong-penyokong si peliwat tu (Anwar) terlalu 'ekstrem' dan sayangkan pemimpin mereka itu, ikut je ke penjara. Duduk kat dalam penjara tu. Jangan buat kecoh dan menyusahkan orang ramai. Entah kenapa, dua-tiga hari ini IBM pulak yang terasa debarannya. Bagaimana dengan si Saiful tu? Lagilah gabra kot ye. Apa pun sabar je lah Saiful. Mohon doa banyak-banyak terhadap yang maha esa. Insyallah, ianya berpihak kepada pihak yang benar. Ingat ye....jangan cuba-cuba buat kecoh. Itu amaran keras dari pihak Polis yang harus kita patuhi. Bagi pihak /penyokong Saiful, ok kot. Cuma penyokong tegar si peliwat tu je yang kan buat kecoh. Tak percaya, tengok nanti. Wassalam ~ IBM
No comments:
Post a Comment