Pages

Tuesday, January 27, 2015

PASMA DAN PAS BERKELAHI?? SIAPA YANG UNTUNG?

SELASA, 27 JANUARI 2015
KALAU orang tanya pendapat IBM apa bezanya PAS dengan PASMA, jawapanya senang sahaja. PAS, 'Parti Ajaran Sesat' dan PASMA 'Parti Anwar Se Malaysia". Lebih kurang begitulah tafsiran IBM. Kerana apa IBM beranggpa sedemekian? Sebab, dua-duanya sama sahaja, tiada bezanya berjuang diatas landasan yang sama cuma masing-masing ingin menunjuk kuasa dan ingin mengatasi diantara satu sama lain. Mereka tidak sehaluan. Maka, ini jelas perjuangan PAS dan PASMA tidak ikhlas. PASMA dilihat lebih condong kepada Ketua Pembangkang, Anwar Al-Jub dan boleh dikatakan Anwar Al-Jub menguasai PASMA sepenuhnya. Maka, seperti yang kita semua tahu, sudah tentu Anwar ada agendanya tersendiri iaitu menakluki Putrajaya untuk jadi Perdana Menteri (PM). Ekoran dari itu, PAS sudah nampak betapa bahayanya sekiranya PASMA duduk di bawah payung PAS atau satu ketika nanti PAS akan duduk dibawah payung PASMA. Tidak mustahil ianya berlakukan? Maka, PAS tiada lain pilihan. Hendak tak hendak PAS terpaksa menyarankan agar Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) ‘dipersilakan’ untuk meninggalkan PAS sekiranya pendirian pertubuhan itu tidak lagi sehaluan dengan parti. 

Apabila ditemui oleh pemberita semalam, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ‘bahtera’ yang dikemudikan setiap parti dalam pakatan pembangkang adalah berbeza. Beliau secara berkias meminta semua pihak di dalam PAS agar jangan membocor dan merosakkan ‘bahtera’ parti sekiranya mereka merasakan ‘bahtera’ itu bergerak perlahan serta mempunyai kekurangan. PASMA ini ibarat mereka yang menebuk kapal. Kalau rasa payah sangat pergilah ke bahtera lain yang kamu suka, yang kamu rasakan lebih cepat sampai ke destinasi. Pergilah ke kapal DAP, kapal Parti Keadilan Rakyat (PKR), kalau nak cepat lagi ke Putrajaya pergilah ke bahtera UMNO, katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook milik beliau hari ini, Selasa. Pada 26 Oktober lalu, Abdul Hadi membidas PASMA kerana mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang melarang ahli-ahli parti menyertai pertubuhan tersebut. Beliau ketika itu turut mempersoalkan status PASMA yang kononnya bergerak selari dengan kepentingan parti dan secara sinis menggambarkan tidak tahu asal usul mereka yang dianggap ‘entah daripada spesies mana’. 

PASMA yang diketuai Presidennya, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi ditubuhkan pada 11 Ogos lalu ketika PAS dilanda konflik dalaman yang serius ekoran perbezaan pendirian dalam kalangan pemimpin-pemimpinnya berhubung krisis Menteri Besar Selangor. PASMA yang didalangi kumpulan Anwarinas dan sering mengkritik pimpinan tertinggi PAS termasuk Abdul Hadi tidak disenangi oleh golongan ulama di dalam parti. Phahrolrazi dalam wawancara dengan portal berita propembangkang, Malaysiakini yang disiarkan pada 21 Januari lalu mendakwa, Abdul Hadi seolah-olah tidak berminat lagi untuk berada dalam pakatan pembangkang. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor itu membuat andaian tersebut berdasarkan sikap Abdul Hadi yang enggan menghadiri mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Sementara itu, Abdul Hadi turut mengingatkan tentang peranan penting yang dimainkan Majlis Syura Ulama PAS dalam memandu parti agar tidak terbabas daripada sempadan syarak. 

Kita menggabungkan para ulama yang menguasai kepelbagaian bidang dalam memutuskan sesuatu ijtihad mengikut kesesuaian zaman, ujarnyaBeliau juga menyarankan ahli-ahli PAS mencontohi pendekatan bekas Timbalan Presiden PAS Allahyarham Datuk Dr. Zulkifli Muhammad yang sanggup menarik balik cadangan membuka keahlian bersekutu kepada orang bukan Islam setelah dibantah oleh golongan majoriti dalam parti.  Kesimpulannya di sini, antara PAS dan PASMA memang berbeza perjuangan mereka. Masing-masing ada agenda tersirat dan tersurat. Ekoran dari itu, berkelahilah mereka-mereka ini (PAS & PASMA). PAS dengan HJ Hadinya, PASMA dengan Phahrolrazi di dokong oleh Anwar Al-Jub. Mudah-mudah perselisihan mereka ini berpanjangan sehingga lingkup kedua-duanya. Ini bukan doa, tapi sekadar mengharap kerana perselisehan di antara PAS & PASMA nampak serius dan akan menguntungkan UMNO/BN. Tapi, jangan terlalu 'over confident', segala-galanya adalah ketentuan dari Allah SWT. Insyallah. Wassalam ~IBM

No comments:

Post a Comment