SATU tindakan yang bijak dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) apabila membuat keputusan untuk mengharam, opss! maaf,....bukan mengharamkan, saja IBM nak tambah biar panas sikit untuk tidak membenarkan malaysiakini membuat liputan majlis yang berkaitan dengannya dan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar bawah, kanan). Pegawai Menteri berkenaan tidak membenarkan wartawan malaysiakini menghadiri satu majlisnya pagi ini, dengan mendakwa ia tidak dijemput kerana laporannya berat sebelah dan memutarbelit laporan. Ini adalah kali kedua dalam tempoh seminggu pihak kerajaan melarang malaysiakini membuat liputan acaranya. IBM masih ingat pada hari Isnin lepas, Pejabat Perdana Menteri juga tidak membenarkan malaysiakini membuat liputan acara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Harap KDN meneruskan untuk tidak membenarkan portal pro pembangkang, malaysiakini membuat liputaan terhadap Menteri di dalam kementerianya.
Ini sedikit sebanyak mengajar pembangkang supaya tidak menggunakan portal sial itu yang menjadi penfitnah no 1 negara dari membuat laporan yang tidak benar dan sentiasa 'spin' bila menulis yang membuat rakyat keliru dan terus percaya apa yang ditulis di dalamnya tanpa membuat kajian terlebih dahulu akan kesohenan akan berita tersebut. Sebelum ini, kerajaaan telah berkali-kali mengeluarkan amaran kepada portal jahanam ini dan pernah di saman oleh kerajaan. Terbaru, malaysiakini disaman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib kerana menfitnah. Cuba kita bayangkan disaat dan ketika ini 'akta hasutan' masih berkuat kuasa, tapi pembangkang melalui portal pro kepada mereka masih berani, menabik dada, terus manabur fitnah dari hari ke hari. Mereka tidak serik, mereka tidak takut, malah semakin berani mencabar kerajaan. Mungkinkah hukuman atau denda yang dikenakan terlalu kecil bagi mereka? Kena saman, bayar denda, lepas itu menfitnah lagi.
Jadi, jika difikirkan, apa akan jadi sekiranya 'akta hasutan' ini di hapuskan? IBM tak boleh bayangkan fitnah menfitnah ini akan menjadi-jadi dan ianya akan jadi resam pembangkang. Oleh itu, akhir kalam, IBM nak peringkatkan kerajaan agar menimbang kembali untuk tidak terjebak dan termasuk perangkap pembangkang untuk meminda atau menghapuskan akta hasutan ini. Jangan buat kesilapan lampau seperti terhapusnya akta "ISA". Negara sudah cukup terhimpit dik perbuatan pembangkang yang tidak bertanggung jawab. Kepada KDN tahniah dan 'keep it up with good work'. Wassalam ~ IBM
No comments:
Post a Comment