Pages

Thursday, January 29, 2015

PERANG PAS & DAPIGS BERTERUSAN. PAKATAN AKAN TERBURAI??

KHAMIS, 29 JANUARI 2015


BUKAN maksud IBM nak menyebuk pasal pakatan haram ni. Tapi, itulah realitinya sekarang. Kita semua tahu perang diantara PAS & DAPigs sudah sampai ke kemuncaknya. Tapi, hairan juga IBM dibuatnya. PAS masih terhegeh-hegeh dan ingin terus bersama pakatan haram. Dah kena 'nasi kangkang' kot. Dari sudut politik, memang kita nampak bahawa percakaran yang berterusan antara PAS dan DAP disifatkan sebagai 'gambaran cukup baik' kepada rakyat untuk menilai tahap kesepakatan politik pakatan pembangkang itu. Itu pandangan dari Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Katanya  masalah dalaman antara komponen Pakatan Rakyat yang berlaku sejak sekian lama itu gagal disembunyikan lagi. Justeru beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO yakin rakyat dapat menilai hala tuju sebenar pakatan pembangkang itu. Ini satu gambaran yang cukup baik untuk rakyat, gambaran untuk pembelajaran (iktibar) bukan untuk diikut. Isu-isu yang dibangkitkan mereka... tak fikir menjadi minat rakyat, katanya. Mereka (PAS & DAP) sejak dulu lagi bersengketa, tapi cuba disorok, namun sampai bila kerana satu ketika nanti perkara ini akan 'terburai', kata TS Muhyidin. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian bangunan baharu Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu di sini, Khamis. Muhyiddin mengulas konflik antara PAS dan DAP berhubung pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pulau Pinang. Yang terbaharu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menggelar Ketua Menteri Pulau Pinang bermulut celupar kerana mendakwa beliau berbohong dalam isu berkenaan. Maka kesimpulannya di sini, jelas pakatan rakyat sedang menuju jalan kehancuran. Cuma, kadang-kadang IBM merasa hairan jugak lah, kenapa adalah rakyat yang masih percaya dan menaruh harapan kepada pakatan haram ini yang kini dilihat tidak lagi sehaluan. PAS malu alah dengan UMNO. Nak tarik balik segala cakap, tomahan, fitnah terhadap orang-orang UMNO, PAS malu. Nak tak hendak terpaksa telan segala 'pahit dan maung' bersama pakatan. Nasib koranglah PAS. Itu kehendak korang kan? Wassalam ~ IBM

No comments:

Post a Comment