Pages

Wednesday, January 14, 2015

PERADUAN 'GORES & MENANG' DIHARAMKAN!

RABU, 14 JANUARI 2015
 BERJUDI ADALAH HARAM DISISI AGAMA ISLAM

TAHNIAH
kepada keperhatinan kerajaan memantau dan mengharamkan sindikit perjudian haram yang mana judi adalah satu permainan kegemaran dan kesukaan bangsa Cina. Kerana merekalah (Cina), berleluasanya perjudian haram dan penipuan masa kini. Berita gembira hari ini apabila pihak berwajib mengambil langkah untuk mengharamkan sebarang bentuk peraduan berkonsepkan ‘gores dan menang’ akan diharamkan dan peniaga tidak lagi dibenar menawarkan kegiatan seumpama itu kepada pengguna. Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Mohd. Roslan Mahayuddin (gambar bawah, kanan) berkata, larangan itu akan dilaksanakan sebaik sahaja kementerian mewujudkan sebuah undang-undang kecil di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 pada tahun ini bagi membanteras habis-habisan kegiatan penipuan menggunakan modus operandi tersebut. Menurut beliau, pada masa ini, sindiket peraduan gores dan menang dikesan terus berleluasa di­sebabkan tiada undang-undang khusus yang membolehkan tangkapan terus dibuat, sebaliknya, langkah penguatkuasaan perlu menggunakan akta berbeza atau berkaitan menyebabkan tindakan pendakwaan sukar dan lambat diambil. 

Sehubungan itu, tegas beliau, di bawah undang-undang kecil baharu itu kelak, mana-mana pihak yang masih mahu menjalankan peraduan gores dan menang itu perlu meminta kebenaran daripada kementerian terlebih dahulu. Sebelum ini, langkah penguatkuasaan sindiket gores dan menang hanya boleh didakwa di bawah Akta Jualan Langsung 1993 iaitu kita anggap mereka menjalankan perniagaan jualan langsung tanpa lesen. Selain itu. kita turut menggunakan Akta Perlindungan Pengguna 1999 di bawah kes penipuan, namun ini sukar dilaksanakan sebab kena ada pembuktian lengkap bagaimana kes penipuan itu berlaku. Oleh itu, kita rasakan perlu untuk mewujudkan undang-undang kecil ini dengan menghapuskan terus semua kegiatan gores dan menang, jadi mudah bagi kita untuk membuat penguatkuasaan, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhid­matan Cemerlang kementerian itu di sini hari ini. Laporan khas Utusan Malaysia semalam membongkar sindiket gores dan menang yang semakin berleluasa biarpun sudah beribu laporan polis dibuat dan ratusan laporan dikemukakan kepada pihak kementerian, namun sindiket yang berselindung di sebalik syarikat-syarikat tidak pernah serik menjalankan kegiatan haram mereka. 

Berikutan itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek memberi jaminan, sindiket berkenaan tidak akan lagi dibiarkan terus bermaharajalela di negara ini menjalankan kegiatan penipuan mereka sehingga boleh mengaut keuntungan jutaan ringgit. Dalam pada itu, Mohd. Roslan berkata, pada masa ini pihak kementerian sedang mengenal pasti beberapa syarikat yang dikesan ‘melindungi’ sindiket gores dan menang itu dengan mendapatkan kerjasama pihak polis, persatuan-persatuan pengguna dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Katanya, ini termasuk bergan­ding bahu dengan semua pasar raya besar untuk memastikan ‘ulat’ itu tidak dibenarkan menjalankan ke­giatan di premis mereka memandangkan sasaran utama kumpulan itu adalah di lokasi tumpuan orang ramai. Iklan-iklan juga (Awas elakkan penipuan Gores dan menang') seperti gambar diatas, kiri telah diletak di tempat-tempat awam bagi menyedari orang ramai/awam supaya tidak terjebat dan tertipu oleh sindikit tersebut. 

Sementara itu En Mohd Roslan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan terhadap pasukan penguat kuasa yang dikatakan ‘melindungi’ sindiket itu termasuk tuduhan menerima rasuah dan sebagainya kerana pihak kami menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan begitu komited demi kepentingan pengguna. Itu tidak benar dan merupakan satu 'fitnah'Pengguna juga diminta tidak mudah terpedaya jika didatangi mana-mana pihak yang menawarkan hadiah tidak munasabah, jangan buka ruang atau beri peluang kepada mereka untuk mereka mudah menjerat kita, katanya. Harap-harap semua berhati-hati supaya tidak tertipu seperti 'Tipah tertipu'. Hehehehe. Waassallam ~ IBM

No comments:

Post a Comment