BILA kena kat batang hidung geng-geng depa, cepat-cepat mereka (PKR) nak 'cover' lubang. Tersalah cakap lah, 'serkap jarang' lah dan berbagai-bagai lagi. Nampaknya, hal-hal yang berkaitan dengan agama Islam mereka persedakan. Mereka (pembangkang) seolah-olah dalang disebalik penghinaan demi penghinaan yang berleluasa sejak akhir-akhir ini terhadap agama Islam. Bagi IBM sudah tidak hairan jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat senada dengan sekutunya, memang IBM sudah duga. PAS hanya berlakun apabila turut mengakui tidak bersetuju dengan tindakan peguam hak asasi manusia, Eric Paulsen mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), tapi, apa tindakan mereka (PAS)? Disebalik kenyataan Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh akan kenyataan Paulsen bahawa Jakim menyebarkan fahaman ekstremisme boleh dianggap sebagai penghinan kepada umat Islam. Beliau kononnya tidak bersetuju dengan kenyataan umum Eric yang boleh ditafsir menghina secara serkap jarang, katanya menerusi kenyataan kepada sebuah akhbar tempatan hari ini, Rabu.
ISLAM TIDAK PERNAH MENGHINA AGAMA LAIN
Bagaimanapun tambah Syed Ibrahim (gambar kanan), beliau juga tidak beberapa bersetuju dengan proses penahanan Paulsen oleh polis pada Isnin lalu. Beliau juga tidak bersetuju Eric Paulsen ditahan begitu rupa, apatah lagi disusuli dengan tweet Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) tentang penangkapan Paulsen seolah-olah penjenayah besar yang cuba melarikan diri, katanya. Seperti yang kita semua tahu, pada Isnin lalu, Paulsen ditahan berikutan tweetnya mendakwa Jakim mempromosi fahaman ekstremisme. Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty itu ditahan di Brickfields pada pukul 9.40 malam. Terdahulu peguam itu membuat laporan polis di sini mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi Twitter dan WhatsApp. Tambah Syed Ibrahim, kontroversi membabitkan kenyataan Paulsen perlu ditangani dengan baik terutama dalam memahami perkara dasar iaitu Malaysia sebagai negara majmuk pelbagai agama, kaum dan budaya.
Namun perkara dasar ini akan hanya tinggal dasar jika kefahaman dan pelaksanaannya bercelaru atas motif politik dan emosi sentimen semata-mata. Beliau dan PKR bersedia memainkan peranan untuk menyuburkan budaya dialog perbincangan dan mengelakkan budaya ancam mengancam serta ugutan, katanya. Maka, IBM ingin membuat rumusan disini bahawa PKR memang mempunyai sikap tidak boleh menerima akan kesalahan yang puak-puak mereka lakukan. Segala tindak-tanduk daripada kerajaan dan pihak yang berwajib, semuanya salah pada mereka. Mereka (PKR) selalu mengunakan perkataan 'tapi'. Memang perkataan 'tapi' akan digunakan setiap kali mereka membuat komen. Haram jadah punya PKR. Maka, berani buat berani tanggung lah. Wassalam - IBM
No comments:
Post a Comment