Pages

Monday, August 10, 2015

DEMOKRASI SUDAH MATI?? - kATA TUN M. TAPI SIAPA YANG MEMATIKANNYA???

ISNIN, 10 OGOS 2015
25 SYAWAL 1436H
SUDAH mati? Apa betul yang diperkatakan oleh mantan PM kita ini?  Demokrasi di Malaysia sudah mati, kata Tun Dr Mahathir Mohamad, mengisytiharkan menerusi blognya, dengan berkata apa yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lakukan terhadap siasatan dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) “tidak pernah berlaku” dan bertujuan hanya untuk “mengekalkan dirinya”. Dalam satu artikel panjang dalam blog popularnya chedet.cc, bekas perdana menteri yang menerajui Malaysia selama 22 tahun itu berkata rakyat kini “rakyat kini tidak tahu apa perlu dibuat” kerana langkah terang-terangan pentadbiran negara pada masa ini terhadap mereka yang terbabit dalam siasatan 1MDB. Beliau menyebut mengenai bekas peguam negara, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), tindakan polis terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pasukan petugas khas yang menyiasat 1MDB.

“Apa yang Najib buat ini tidak pernah dibuat di Malaysia. Rakyat tidak tahu apa perlu dibuat. Prospek yang Najib akan terus memerintah negara ini sangat menyedihkan. “Malaysia di mana pilihan raya dapat menyaksikan parti pembangkang memenangi keseluruhan negeri, akan tiada lagi.“Demokrasi sudah mati. Ia mati kerana pemimpin yang dipilih memilih untuk menggulingkan institusi kerajaan dan membuatkan jadi alat untuk beliau mengekalkan kedudukannya. “Tidak ada lagi demokrasi untuk sesiapa melemahkan. Sudah pasti bercakap mengenai 1MDB tidak akan melemahkan sesuatu yang tidak lagi wujud. Jika ada sesiapa yang perlu disoal siasat oleh polis, orang itu ialah Najib,” kata Dr Mahathir dalam artikelnya hari ini.

Dalam blognya, Dr Mahathir mengingatkan semula beberapa tuduhan salah laku 1MDB, termasuk kerjasamanya dengan PetroSaudi International dan dananya di Pulau Cayman, di mana sebenarnya wang itu kini tidak ada sesiapa yang boleh pastikan, katanya, kerana ia kini tidak jelas jika wang yang dihantar pulang itu dalam bentuk aset atau tunai. Dr Mahathir juga menceritakan semula mengenai susah payah 1MDB untuk bayar faedah terhadap pinjamannya dan bagaimana hartawan T. Ananda Krishnan membantu syarikat itu, selain hutang Putrajaya sebanyak RM900 juta. Dr Mahathir kemudian memperincikan bagaimana Najib secara sistematik melumpuhkan siasatan terhadap tuduhan AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke akaun peribadinya, selepas dakwaan itu dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ). Beliau berkata, Najib menggelarnya derma kerana tidak dapat menafikan laporan WSJ wang itu masuk ke akaunnya.
Dr Mahathir kemudian menyenaraikan langkah diambil Najib – pertama dengan memberitahu orang ramai berhenti bercakap mengenai 1MDB, kemudian menyingkirkan bekas peguam negara yang juga ahli pasukan petugas khas menyiasat dakwaan berkenaan, dan diikuti pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri kerana mengkritik perdana menteri mengenai 1MDB secara terbuka. Beliau berkata, timbalan perdana menteri yang baharu, juga menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Dr Mahathir turut menulis bagaimana rombakan Kabinet oleh Najib “secara berkesan melumpuhkan” PAC dan menghentikan kerja siasatan terhadap 1MDB.
Beliau juga mengulas mengenai gangguan polis terhadap pegawai SPRM yang menjalankan siasatan berkaitan 1MDB. Beliau mendakwa ada khabar angin mengatakan seorang lagi ahli pasukan petugas khas – gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zati Akhtar Aziz – sedang disiasat kerana rasuah. “Dengan PAC dan pasukan petugas khas lumpuh dan peguam negara tersingkir, kerja siasatan terhadap 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib terhenti sepenuhnya. “Najib kini selamat daripada didakwa kerana mengumpul wang secara haram,” tulisnya.

Kesimpulannya, penulisan Tun M seperti diatas yg terdapat di blognya, adalah merupakan seorang yang 'kecewa', tidak puas hati, iri hati dan ingin melingkup dan memorak-perandakan negara. Kenapa Demokrasi sudah mati, dan siapa yang mematikannya? Korang fikir-fikirkan sendiri. Dulu IBM respect dan salute habis Tun M, kini tidak lagi. Beliau IBM lihat sebagai seorang pejuang yang sudah kehilangan modal dan senang di pergunakan oleh pembangkang. Kata-kata Tun M dahulu bahawa 'melayu mudah lupa'....rupa-rupanya Tun sendiri yang mudah lupa. Lupa bahawa beliau bukan lagi seorang Perdana Menteri. Wassalam. Ikhlas dari saya ~ IBM



"TUN MAHATHIR SUDAH MULA LUPA...LUPA BELIAU BUKAN LAGI PERDANA MENTERI MALAYSIA"

10 comments:

  1. Admin boleh lupa semua jasa-jasa TUN tapi aku rakyat singapura takkan sesekali lupa jasa-jasa TUN menaikkan nama melayu dan islam diperingkat global.

    ReplyDelete
  2. biasa la..admin pro-Presiden UMNO la katakan..kalaupun ada ketirisan zaman TDM jadi PM, namun itu tidak sama sekali menghalalkan untuk dijadikan alasan, dah tahu zaman TDM banyak kepincangan (ikut kata admin)..jangan la ikut..tapi rasanya nampak lagi teruk pencapaian..wallahualam..thanks

    ReplyDelete
  3. Tak apa lah kalau sdr tak mau sokongTun pun,tetapi mengapa hanya Tun seorang yang sdr marah,sedangkan rakyat dan pembangkang dok sumpah seranah PM tu saudara tak tau ke !!!???.....

    ReplyDelete
  4. ibm-adib hakeemi,

    Salam. Terima kasih kerana ada juga rakyat S'pore yg sayangkan Tun M & mengenang jasa beliau. Keep it up bro!

    ReplyDelete
  5. ibm- aku,

    Salam. Memang betul ibm adalah pro Umno, apatah lagi pada Presiden Parti. Dulu Tun M pun Presiden Umno dan PM. Pokoknya skrg, Tun M bukan lagi PM M'sia. Boleh beri nasihat, pandangan, tapi..jgn terlalu open. Dan jgn pulak bersokongkol dgn pembangkang menghentam pemimpin skrg?

    ReplyDelete
  6. ibm-suka perhati,

    Salam. Dulu saya pun penyokong kuat Tun M. Respect dan salute habis pd Tun M. Tapi....apabila sudah bersuara dan begitu lantang menghentam.kondem pucuk pimpinan skrg, ibm hilang respect pd Tun. Era Tun sudah berakhir. Boleh kritik, tapi, biarlah jln & cara yg betul. Jgn sampai pembangkang mengambil kesempatan menghentam balik. Itu sahaja.

    ReplyDelete
  7. Aku sebagaimana admin, dah x percaya lagi Tun ni. Dia sudah lupa dengan apa yg dia pernah cakap dahulu. La ni uturn 180% dan jilat balik kata2nya dahulu. Ada pemikirannya yg sudah x boleh dipakai lagi. Adakah ia kifarah? Wallahuaalam.........

    ReplyDelete
  8. Cuba la jadi pemimpin yg ada rasa rendah diri, hidup bersederhana, tak salah nak bergaya tapi agak2 la jangan sampai timbul fitnah..sesetengah manusia cenderung untuk mengaburi mata orang lain dengan pelbagai benda baik yg dilakukan tapi sebenarnya itu hanya la untuk menyembunyikan kejahatan/kemungkaran yg seronok dilakukan..semua politician majoriti mcm tu..utamakan pemimpin yg JUJUR bukan yg cakap belit2. Bagi penyokong PM, mungkin anda semua hidup agak senang/mewah..anda tak pernah rasai apa yg rakyat berpendapatan kecil lalui seharian..situasi sekarang ttg nilai ringgit, ekonomi, GST, harga minyak, rezab bank negara, etc..etc tak bolehkah pro-PM fikirkan secara rasional? Thanks

    ReplyDelete
  9. ibm-mus imah,

    Salam. Terima kasih di atas pandang tersebut. Sudah sampai ketikanya Tun M berehat. Memang btl apa yag IBm cakap. Tun sudah lupa....lupa bahawa beliau bukan lagi PM Malaysia...

    ReplyDelete
  10. ibm-aku,

    Salam. Siapa kata penyokong PM hidup senang/mewah. Kpd yg mewah kerana mereka berusaha, kpd yg susah kerana mereka selalu meminta2 dan menyalahkan kerajaan. INM nk tanya, didlm keadaan ekonomi yg tak menentu ini, dgn masalah GST (bagi ibm sudah pun selesai), harga minyak naik dan bla...blaa....ada tak rakyat M'sia yg mati kebuluran mati kerana tak makan?...sebenarnya PM berfikiran rasional...cuma segelintir sahaja yg tak rasional. Bagi betis nak peha....fikir2kan...Wasallam.

    ReplyDelete