Pages

Tuesday, August 11, 2015

TUN M 'SEMAKIN LALUK'. TUDUH 1MDB 'KITAR SEMULA'. APA SUDAH JADI DENGAN TU NI???

SELASA, 11 OGOS 2015
26 SYAWAL 1436H

MEMANG memalukan tindakan dan tuduhan dari seorang mantan Perdana Menteri apabila terus menyerang dan menyerang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). IBM tak tahu apa yang dicari oleh orang tua seko ni. Namun, IBM salute kepada pengurusan 1MDB yang terus menumpukan kepada pelan rasionalisasinya walaupun menerima tuduhan 'kitar semula' dan tidak dibuktikan daripada bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam catatan terbaharu di blog beliau. Bagi IBM, Tun sudah melampau, sudah laluk. Maklumlah usia pun dan menyangkau tua. Tunggu masa sahaja. Maaf IBM terkasar sikit. Dalam kenyataan medianya semalam, Isnin, 1MDB berkata tuduhan tersebut telah ditangani oleh 1MDB dalam pelbagai kenyataan, termasuk penjelasan terperinci mengenai aliran dana daripada pelaburannya dalam usaha sama dengan PetroSaudi International.  1MDB berkata tuduhan kitar semula itu bukan sahaja menimbulkan fitnah keatas 1MDB, tetapi turut memberi kesan kepada operasi hariannya. 

1MDB juga memberi penjelasan, beberapa kali, mengenai rasionalnya mereka untuk nilai yang mereka (1MDB) bayar dalam mengambil alih aset tenaga tersebut. Seperti yang mereka (1MDB) telah jelaskan dalam kenyataan mereka bertarikh 30 Jun, 2015,1MDB percaya nilai yang mereka bayar untuk aset-aset ini - yang mungkin melibatkan premium dalam keadaan tertentu, sebagai biasa apabila mengambil alih perniagaan lain - sejajar dengan potensi sedia ada dan yang akan datang. 1MDB kini mahu terus menumpukan kepada kejayaan pelaksanaan pelan rasionalisasi kami, yang telah dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei, 2015," menurut 1MDB. Sejak itu, 1MDB berkata ia telah mencatat kemajuan, bermula dengan pembayaran semula pinjaman berjumlah US$975 juta (kira-kira RM3.6 bilion) dan pemeteraian lembaran jangka mengikat dengan International Petroleum InvestmentCompany (IPIC) yang akan membawa kepada pengurangan hutang syarikat kira-kira RM16 bilion. 1MDB turut melantik perunding hartanah bebas untuk menjana wang daripada tanah-tanah Syarikat di Bandar Malaysia, Air Itam dan Pulau Indah," kata 1MDB.  

Mengenai Bandar Malaysia, 1MDB berkata pihaknya menerima minat daripada 40 Syarikat tempatan dan antarabangsa untuk menjadi rakan pembangunan bagi projek membabitkan 194.4 hektar (486 ekar) dan mereka kini dalam proses kajian terperinci. 1MDB juga kini dalam kajian terperinci dengan syarikat tempatan dan antarabangsa yang telah disenarai pendek bagi jualan pelaburannya dalam EdraGlobal Energy Bhd, katanya.  Katanya secara kolektif, tindakan oleh 1MDB ini akan mengurangkan hutang dengan ketara dan memastikan tiga aset terasnya mampan untuk tempoh jangka panjang, iaitu TRX, Bandar Malaysia dan Edra Global Energy. 

Tapi, sayang, apa yang diterangkan diatas oleh pengurusan 1MDB di anggap semua tak betul oleh Tun M. Maka, IBM menyarakan agar jangan dilayan segala tuduhan dan tomahan dari orang satu ketika dahalu memmang sangat-sangat di takuti dna dihormati, kini sudah mula 'meroyan' bak orang gila talak. Bagi IBM cukuplah tu. jangan di layan lagi manusia seperti Tun M ini kini dikelilingi dan dihasuti oleh pembangkang dan merancang untuk mengadakan 'demonstrasi jalanan' untuk menjatuhkan DS Najib. Gila...memang gila si Tun M ni. Apa sudah jadi dengan beliau?? Tun memang lupa. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM

"INGAT 'KITAR SEMUA", INGAT TUN MAHATHIR"

2 comments:

  1. Rasa IBM yg meroyan ni...kalau rasa di pihak yg betul...saman fitnah lah!! berani ke?

    ReplyDelete
  2. ibm-Anak Malaysia,

    Salam. Tuduhlah apa yg Tn nak tuduh. Apa yg pasti, memang Tun sudah hilang pendoman. Memang Tun sedang meroyan. Belum ke tahap itu. Sampai ketika jika tidak dpt dibendung, mungkin....mungkin Tun boleh di saman....tungguuuuuuuuu...!

    ReplyDelete