27 SYAWAL 1436H
PENYEPIAN seketika orang no 1 Bank Negara akan terjawab. Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz akan membuat penampilan pertama selepas menjadi perhatian dalam pelbagai isu selepas siasatan terhadap kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak. Selain beliau, pasukan petugas khas menyiasat perkara itu, bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara terbubar selepas Tan Sri Gani Pail digantikan dengan peguam negara baru Tan Sri Apandi Ali. Zeti dijadual mempengerusikan sidang media pada Khamis ini di ibu pejabat Bank Negara di Kuala Lumpur untuk mengumumkan angka pertumbuhan dalam negeri untuk suku kedua tahun ini. Perkara lain dijangka disentuh termasuk kejatuhan nilai ringgit dan rizab asing Bank Negara. Bank Negara setakat ini masih belum membuka mulut berhubung dakwaan skandal melibatkan Najib ketika SPRM menjelaskan dana besar itu daripada penderma.
Dakwaan itu pertama kali dilaporkan oleh media antarabangsa 'The Wall Street Journal' pada 3 Julai, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kegiatan pengubahan wang haram dan sama ada ia tertakluk kepada cukai. Dalam masa yang sama, Zeti pula menjadi sasaran blog-blog dari pro pembangkang yang tampil mengaitkan dakwaan rasuah dengannya serta konspirasi menjatuhkan kerajaan. Persoalaanya, adakah benar dakwaaan blog-blog tersebut? Kita tunggu sahaja esok, Khamis akan jawapan dari Tan Sri Zeti. Pembangkang melalui Cyber Trooper mereka sentiasa melaga-lagakan dan menyebar fitnah untuk menghuru-harakan negara. Diharap Tan Sri Zeti tidak mengelabah. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"MEMFITNAH ADALAH KEPAKARAN DARI PEMBANGKANG"
No comments:
Post a Comment