Pages

Wednesday, August 12, 2015

SERANGAN TERHADAP PM. TUN M CEMBURU RUPANYA.

RABU, 12 OGOS 2015
27 SYAWAL 1346H
MINTA maaf semuanya kerana beberapa hari ini, IBM asyik posting pasal hal perilaku yang senonoh, tak sedap didengar gara-gara cemburu yang begitu tebal dari mantan PM, Tun M terhadap Perdana Menteri kita, DS Najib Tun Razak. IBM setuju dan menyokong akan kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam, menyindir Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengatakan bekas Perdana Menteri itu 'cemburu' melihat kejayaan yang dicapai Malaysia hari ini. Memang ada faktanya. Tapi, IBM tak nak ulas satu-persatu akan fakta-faktanya. IBM rasa, korang lebih arif dan memahaminya. Kepada korang semua yang pro Tun M, silakan buat kajian. jangan asyik hendak menghentam sahaja. Jangan jadi pengikut 'Yes' man. Ku Nan, tanpa menyebut nama Tun Mahathir, sindiran itu dilihat ditujukan kepada pemimpin veteran Umno berkenaan yang begitu lantang mengkritik pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tapi...itulah hakikatnya.
Kata Ku Nan lagi, Tun M serang PM, dia kata macam-macam sehingga sekarang ekonomi kita terjejas, begitu juga nilai mata wang. Macam-macam dia buat, kononnya tidak yakin. Tak ada keyakinan itu siapa?, segelintir manusia dalam negara kita yang rakus, tak dapat capai matlamat mereka. Ku Nan menambah, ada yang nak jadi Perdana Menteri (PM) tak dapat jadi PM, ada yang dah jadi PM barangkali cemburu di atas kejayaan yang kita capai pada hari ini dan macam-macam lagi, katanya. Menurut Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, negara akan musnah sekiranya sikap angkuh menguasai diri seseorang. Sikap dengki dan busuk hati masih lagi boleh diubati, tapi apabila angkuh dan fikir anda selalu betul, itu yang akan memusnahkan kita," katanya. Pada masa sama, beliau turut mengecam tindakan kumpulan pro pembangkang yang merancang untuk mengadakan 'Perhimpunan Bersih 4' bagi menuntut sebuah kerajaan yang bersih pada 29 Ogos ini. 
Bercerita pasal demonstrasi besar-besaran pada 29 Ogos ini, konon nak berhimpun depan Dataran DBKL, Ku Nan menyoal mengapa mereka (pembangkang) lakukan perkara ini? Apa yang kerajaan lakukan semua salah, padahal cuba mereka renungkan apa yang benar dan yang salah. Lebih banyak kebenaran daripada yang salah seperti mereka sebutkan, katanya. Justeru, beliau meminta rakyat di negara ini supaya berfikir sedalam-dalam sebelum mempercayai tuduhan jahat yang dilemparkan terhadap kerajaan. Tolonglah jangan musnahkan apa yang kita capai pada hari ini. Jangan ikut hati, kalau ikut hati mati, apatah lagi jika hati kita ini angkuh. 
Apabila anda ada sikap angkuh dalam hati, percayalah kita akan musnah," katanya. Kesimpulan, IBM ingin peringatkan Tun M bahawa segala apa yang beliau lakukan sekarang ini, adalah satu perkara yang amat bodoh dan merugikan. Dan....Tun M harus ingat, dia tidak akan dapat jadi Perdana Menteri lagi. Era Tun sudah berlalu. maka, jadilah manusia yang baik, dekatkan diri dengan Allah SWT. Minta ampun segala dosa-dosa yang dilakukan semasa beliau menerajui negara sebagai Perdana Menteri. Maaf Tun sekiranya penulisan IBM ini membuat Tun marah. Tapi, percayalah ramai diluar sana tu yang sedang marah terhadap Tun. Harap maklum. Sekelian. Wasallam. Ikhlas dari saya ~ IBM
"TUN LUPA DIA BUKAN LAGI PERDANA MENTERI MALAYSIA. TUN MUDAH LUPA"

8 comments:

  1. Dah ambik gaji kw bulan ni...g belanja anak bini

    Org bangang je yg percaya 2.6 b tu derma lain la kalau ade bukti penyata krwangan..ooopsss penyata kewangan dr akaun Najib bukan akaun Umno sbb itu derma utk akaun Najib....kalau mintak nyawa dgn Umno, tolong kemukakan penyata krwangan 2013

    Jangan ingat rakyat bebal, ramai mahu Najib undur tapi kw spin kata rakyat nak guling kerajaan
    Kw makan gaji biarlah yg halal dan bersih kecuali kau bukan seorg Islam!!!!!!

    ReplyDelete
  2. ibm-adzzam adzzam,

    Salam. Ko pun cemburu mcm Tu M jugak ka?....ko pun dh ambik gaji ke?..cakap tu biarlah berfakta....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fakta????
      Sahih penjilat Najib mmg blur atau sja2 blur...jwapan mcm si Rahman dgn Ahmad Maslan jugak, masuk kaki bodek si Saleh....jahanam prestasi Najib
      Aku dan ramai lg rakyat marhaen nak Najib bagi bukti, contoh penyata kewangan umno utk tahun 2013, yg mana dia ada kait penggunaan rm2.6 b derma yg diterima utk bantu Umno dan juga utk PRU
      Hari ni ada blogger yg tanya, mana baki duit dlm acc
      Aku kerja sendiri bukan jadi KW yg mkan gaji jadi pengampu bodek

      Delete
  3. ibm-adzzam Adzzam,

    Hehehehe...ko memang pendengki. Bukti apa yg korang nak? Jelas ianya tiada kena-mengana dgn 1MDB...itu hak DS Najib...bukan duit rakyat..jadi...knp korang nk sibuk2....

    ReplyDelete
  4. Apa ke haru ko ni....puak2 maharaja ni tgh mati2an pertahankan , derma tu sebenarnya dana politik.
    Tu sbb rakyat bising nak tahu.....org bangang je yg percaya 2.6b tu derma, boleh buat bancian...dinturtle buat, 97% respoden tak percaya itu duit derma
    Najib mmg kaki kencing....teruskan melopong sampai masuk lalat










    ReplyDelete
  5. ibm-adzzam,

    Ko pun kena 'kencing' oleh Najib ke?..apa impikasinya pd keluarga ko? apa sumbangan ko pada parti & negara? Adakah setakat melalak tak kepuasan hati menyebabkan ko panas hati?..fikir-fikirkan keraana melayu skrg sudah terlajak. Rela berpelukan dgn bangsa lain. Bangsa sendiri di kutuk, dikeji. Adakah ko termasuk golongan tersebut? I hope not....Wasallam....

    ReplyDelete
  6. Bak kata Muhyidin, ko masih berhingus, aku dah ada dlm Umno
    Dah g lap hingus

    ReplyDelete
  7. For the last, mmg betul la pengampu, pembodek, penjilat Najib mmg boleh dduk satu kandang
    Memetik intisari ucapannya di Pasir Gudang, Najib ungkit semua jasa dan sumbangannya kpd rakyat dan negara...semuanya kerana WANG
    So, pls forgive and forget....buat la kerja korang .
    Allah penentu.....wassalam

    ReplyDelete