Salam, Salam 1 Malaysia, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan Dan Salam Sehati Sejiwa
INI satu amaran. Bukan main-main. Jangan salahkan kerajaan jika tindakan tegas diambil. Oleh itu, pengguna media sosial termasuk portal berita dalam talian diingatkan supaya tidak bermain dengan ‘api’ dalam melaporkan isu berkaitan keselamatan negara. Itu amaran dan saranan dari Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, banyak isu berkenaan keselamatan negara telah dipolitikkan oleh pihak tertentu termasuk isu militan, radikalisme dan ekstremisme. Sebagai Menteri Dalam Negeri (KDN), DS Ahmad Zahid menegaskan agar semua pihak perlu mengetepikan perbezaan pegangan politik untuk memastikan negara terus berada dalam keadaan harmoni. Kata DS Zahid, beliau melihat lebih dekat ada usaha-usaha pihak tertentu terutamanya pengguna-pengguna media sosial yang sengaja menyemarakkan isu perkauman.
Oleh itu beliau kata tidak akan beri amaran tetapi siapa yang bermain api, tunggulah ia akan membakar diri sendiri. DS Zahid juga menyeru mereka agar mengikut etika kewartawanan yang ada pada media arus perdana dalam melaporkan isu keselamatan negara. Ini kerana tindakan dilakukan Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah satu tindakan yang akan dapat dirasai oleh semua rakyat bahawa kita serius dalam menangani kegiatan ekstremisme dan keganasan, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penutup Persidangan Institut Pertahanan dan Keselamatan (Midas) 2015 di sini hari ini, Rabu. Sementara itu dalam ucapanya DS Ahmad Zahid berkata, seramai 131 orang yang sedang ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah sekarang adalah mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kegiatan keganasan.
Jika tahanan tersebut tidak diletakkan di tempat asing (tahanan) atas nama mahu mewujudkan kestabilan negara, maka negara akan diporak-perandakan, jelasnya. Kesimpulannya, jika nak melaporkan sesuatu atau menulis, biarlah yang betul, tepat dan berisi. jangan ada fitnah dan mengelirukan rakyat. Jik ini berlaku juga, terimalah akibatnya nanti. Tiada siapa yang 'kebal' dan boleh lari daripada undang-undang negara ini. Wasalam. Dari saya ~ IBM#PJUTETAPDIHATIKU.
"PENFITNAH ADALAH MUSUH NO 1 NEGARA"
No comments:
Post a Comment