Pages

Tuesday, September 22, 2015

ANINA VS NAJIB. APA KESUDAHANYA? DAN....SIAPA YANG UNTUNG??

SELASA, 22 SEPTEMBER 2015
 Salam, Salam 1 Malaysia, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan Dan Salam Sehati Sejiwa
RAMAI yang bertanya, apa untung dan ruginya di dalam kes saman-menyaman diantara Anina yang disingkirkan dari UMNO dengan Datuk Seri Najib juga Setiausaha kerja UMNO Datuk Rauf? Seperti yang kita semua tahu, hari ini, Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak dan Setiausaha Kerja UMNO Datuk Abdul Rauf Yusoh memfailkan permohonan untuk mengetepikan saman bekas anggota Wanita UMNO Langkawi Anina Saadudin. Ketika dihubungi oleh pemberita, peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun mengesahkan bahawa permohonan tersebut telah difailkan tetapi enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya. Difahamkan permohonan tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma Tetuan Hafarizam Wan Aisha and Mubarak semalam. 
Semalam Peguam Najib menyatakan di Mahkamah sewaktu perkara itu dikemukakan untuk pengurusan kes bahawa pelanggan mereka akan mengetepikan saman dan mendapatkan penggantungan prosiding sementara menunggu pendengaran permohonan itu. Satu soalan kepada Anina. Adalah sesiapa dibelakang beliau sehingga sanggup beliau 'meredah onak dan duri' semata-mata ingin menegakkan kebenaran kerana apa yang IBM lihat, ianya boleh di rujuk atau dirunding demi untuk kebaikan semua orang. Kenapa harus di bawa ke Mahkamah? 
Dan...jatuhkan 'marauh' seorang ahli UMNO sekiranya keahliannya di tarik balik? Ini persoalanya yang harus dikaji dan diteliti bersama. Tapi, kini 'nasi sudah menjadi bubur'. Sebelum itu, IBM nak tanya Anina, tak tak beliau bahawa kelucutan sebagai seorang ahli (UMNO) tidak boleh dicabar di Mahkamah? Anina lupa kot. Soalan terakhuir dari IBM, apa sebenar yang dicari dan kehendak  wanita yang bernama 'Anina Saadudin' ini, hanya dia seorang sahaja yang tahu. Kita tunggu dan lihatlah nanti. Wasallam. Dari saya ~ IBM#PJUTETAPDIHATIKU.

No comments:

Post a Comment