Pages

Tuesday, September 22, 2015

RAYUAN KHIR TOYO DITOLAK. TAPI, PEGUAMNYA MEMBUAT RAYUAN TERAKHIR!

SELASA, 22 SEPTEMBER 2015
 Salam, Salam 1 Malaysia, Salam Sejahtera, Salam Perpaduan Dan Salam Sehati Sejiwa
SETIAP yang bermula, akan  berakhir juga. Begitu jugalah 'episod' Khir Toyo bekas Menteri Besar Selangor. Agak lama jjuga kes ini tertangguh. Akhirnya, Mahkamah Persekutuan hari ini membuat keputusan dan menolak rayuan bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo terhadap sabitan diatas kesalahan mendapatkan untuk beliau dan isteri dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai jutaan ringgit, lapan tahun lalu. Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, sebulat suara menolak rayuan akhir Mohamad Khir. Bagaimanapun hukuman ke atasnya ditangguhkan selama 30 minit untuk membolehkan peguam membuat rayuan meringankan hukuman. Pada 23 Disember 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan terhadap Khir dan memerintahkan hartanah yang terlibat dalam kes itu dirampas. 

Khir dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam daripada Ditamas Sdn. Bhd. melalui Shamsuddin Hayroni yang merupakan pengarahnya. Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Mahkamah Rayuan setahun kemudiannya mengekalkan keputusan mahkamah tinggi tersebut. Apa keputusan rayuan oleh Peguam Khir? Masih belum diketahui. Tungguuuuu!. Wasallam. Dari saya ~ IBM#pjutetapdihatiku.

No comments:

Post a Comment