PAU 2015 : Perwakilan Nak Tengok Muhyiddin Dan Najib Berpeluk...........
SETIAP parti di negara ini tidak lari dari masalah. Begitu juga dengan parti UMNO, parti keramat orang Melayu. Agak hangat juga PAU 2015 ini kerana perselisihan dan pergeselan diantara Presiden dan Timbalan Presiden menjadi perbualan dan tumpuan hangat oleh para perwakilan kali ini. Perwakilan yang hadir pada PAU 2015 mahu perselisihan itu dihentikan segera dan cari penyelesian sebeberapa segera yang boleh. Jesteru, perwakilan Umno Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir merayu kepada Tan Sri Muyiddin Yassin dan Datuk Seri Najib Tun Razak supaya saling berpelukan di hadapan ribuan perwakilan semasa ucapan penggulungan presiden sebagai isyarat berdamai.
Gesaan tersebut mendapat sorokan dan tepukan gemuruh perwakilan yang hadir pada sesi perbahasan ucapan dasar Presiden semasa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini Khamis. Mengikut kata Datuk Musa, semasa ucapan penangguhan Presiden, Presiden dan Timbalan Presiden kena berpelukan di hadapan para perwakilan. Tunjukan kepada mereka semua bahawa kemelut dalaman diantara Presiden dan Timbalan Presidsn hanyalah bersifat sementara sahaja. Para perwakilan yang dibawah ini menasihatkan supaya yang diatas (pemimpin) supaya mendengar suara mereka. Ini bukan perkara main-main. Mereka semua sebulat suara mahu yang diatas berbaik-baik xsemula, demi untuk meneruskan perjuangan parti.
Malah, perwakilan dari Pulau Pinang menasihatkan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno supaya tidak lagi mengadakan 'roadshow' mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sebaliknya, Musa meminta Muhyiddin supaya membantu memperkukuhkan Umno dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke -14 (PRU-14). Kenyataan tersebut sekali lagi mengamatkan suasana di dalam dewan perbahasan. Mudahan-mudahan dengan tepukan yang gemuruh dari semua para perwakilan dan yang diluar dewan akan didengar oleh kedua-dua pemimpin tersebut. Insyallah. Amiinn!. Hidup UMNO!! Dari saya - ibm#UMNOPJUTETAPDIHATIKU.
No comments:
Post a Comment