PAU 2015 : Jangan Terperangkap Jerat Sistem Dua Parti - Najib
TAK kala ada sesetengah pihak menyatakan bahawa kerajaan sekarang ini menyalahkan gunakan sistem 'demokrasi', itu adalah satu pembohongan yang terancang dan dirancang. Dan...ada yang mencadangkan untuk menggunakan sistem dua parti. Apa motif mereka-mereka itu? Walau pun negara mengamalkan demokrasi namun kerajaan UMNO/BN tidak sekali-kali akan menerima pelaksanaan sistem dua parti. Itu janji Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. Kerana katanya, sistem dua parti itu hanya akan membahayakan negara. Mana boleh? Mana boleh perkara ini kita terima? Bukan atas dasar kita tidak faham pengertian demokrasi, tetapi dari sudut falsafah dan perjuangan UMNO itu sendiri yang memartabatkan bangsa dan mempertinggikan syiar Islam.
Semasa berucap di hadapan para perwakilan pada PAU 2015 hari ini, beliau bertanya kepada perwakilan dan ahli UMNO semua. Takkan kita tidak faham akan bahayanya, akibat seruan yang tidak bijaksana itu, kata DS Najib kepada perwakilan yang memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini. Dalam pada itu, Perdana Menteri ke enam itu menegaskan beliau tidak akan sekali-kali akan membenarkan mana-mana "individu tertentu" melaksanakan sistem dua parti sekali gus mengingatkan perwakilan agar lebih berwaspada. Ada suara-suara sumbang diluar sana yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Tun Mamak Mahathir yang kian lupa suara dari Tun Mahathir itu menyatakan sistem demokrasi yang baik adalah apabila wujud sistem dua parti dalam sesebuah negara demokrasi.
Walaupun beberapa tahun lalu beliau (Tun Mamak Mahathir) menegaskan belum tiba masa yang sesuai untuk melaksanakan sistem dua parti di Malaysia, hujun November lalu beliau, Tun Mahathir membayangkan pendiriannya cenderung ke arah itu. Cadangan ke arah itu harus ditolak, kata DS Najib. Menurut DS Najib lagi, orang Melayu di negara ini perlu berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Jangan sampai kita tersilap langkah, jangan sampai kita terjun ke dalam perangkap ini. Siapa yang rugi?. IBM percaya anda semua ada jawapanya. Dari saya - IBM#UMNOPJUTETAPDIHATIKU.
No comments:
Post a Comment