Tuesday, January 12, 2016

KEMANA HALA TUJU PAS SELEPAS INI??

SELASA, 12 JANUARI 2016

TINDAKAN Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim yang menegaskan PAS adalah musuh utama DAP disifatkan tidak mengejutkan. Sememangnya, sejak usai Muktamar PAS pada bulan Jun tahun lalu, hubungan PAS dan DAP sememangnya tegang sehingga akhirnya Pakatan Rakyat yang dibina pada tahun 2008 akhirnya menemui kehancuran. Pendirian terbaru DAP ini menyerlahkan bahawa DAP hanya memandang sinis PAS selain mengesahkan, PAS langsung tiada tempat didalam Pakatan Harapan yang diwujudkan sekitar bulan September tahun lalu. Persoalannya kini, kemanakah hala tuju PAS selepas ini? Sebelum ini, terdapat ura-ura yang mengatakan UMNO mungkin akan bekerjasama dengan PAS demi perpaduan ummah dan orang-orang Melayu. Perkara ini diluahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sero Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa merasmikan Perhimpunan Agung UMNO bulan lalu.

Namun, harapan yang diletakkan oleh orang ramai nyata tidak menjadi kenyataan apabila Majlis Syura PAS mengambil ketetapan, tidak akan bersatu bersama-sama UMNO dari segi politik kerana mereka masih mahu menjalinkan kerjasama bersama-sama Parti keadilan Rakyat (PKR). Ini sekaligus menampakkan, mereka masih menyimpan hasrat untuk menyertai Pakatan Harapan. Hari ini, hala tuju PAS dalam arena politik tanah air terus menjadi tanda tanya. Siapakah rakan sekutu PAS dalam usaha memenangi pilihanraya yang akan datang? Setelah menerima cacian terbaru DAP, masihkah PAS mengharapkan ihsan PKR, PAN dan DAP menerima PAS kedalam Pakatan Harapan? Dimana maruah PAS andai terus di hina? Andai PAS masih mengharapkan PKR sebagai rakan sekutu, PKR juga hidup di Selangor hasil ihsan DAP. Umum mengetahui, jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Datuk Seri Azmin Ali itu hanyalah sekadar pemberian DAP kerana yang paling layak membentuk kerajaan di Selangor adalah DAP.

Ini kerana, keputusan Pilihanraya Umum yang ke 13 lalu, DAP mendapat majoriti kerusi tertinggi di Selangor. Jesteru, PKR sebenarnya, langsung tidak layak untuk membentuk kerajaan, tambahan pula PKR sendiri mengharap belas ihsan DAP untuk terus berkuasa di Selangor. Andai DAP sendiri sudah melabelkan PAS sebagai musuh utama, mahu atau tidak PKR terpaksa menurut sama atas rasa setiakawan sesama parti. Jadi apa pilihan PAS sekarang? Semua ini terpulanglah kepada kebijaksanaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Majlis Tertinggi PAS untuk menentukan hala tuju mereka. Harus di ingat, PAS bukan lagi salah satu parti terkuat seperti satu ketika dahulu. Terima kasih kepada DAP yang menghancurkan PAS dari dalam dengan terbentuknya PAN hasil sumbangan dan sokongan penuh DAP.

Diajak oleh UMNO untuk bergabung dan berkerjasama, PAS tolak mentah-mentah. Maka biarkan PAS dengan hal dan hala tujunyanya sendiri. Tapi.....kemana hala tuju PAS selepas ini?.....Biar..biarkan mereka (PAS) hanyut dibawa arus yang mengalir laju, laju seperti DAPigs 'menendang' mereka seperti bola dan akhirnya terpaksa membawa diri. Nasib ko le PAS. Wasallam. Dari saya - IBM #UMNOPJUTETAPDIHATIKU.    

2 comments:

  1. TAK PERLU KEPIMPINAN DAN AHLI2 UMNO TERBURU2 NAK MENGHULUR TANGAN PERSEHABATAN DENGAN PAS (TIDAK DISENANGI OLEH KEBANYAKAN PEMIMPIN DAN AHLI-AHLI PAS SENDIRI) BAGI SAYA, SYARAT UTAMA UNTUK "BERBAIK" DENGAN PAS: HADI MESTI TARIK BALI FATWA YANG BELIAU KELUARKAN TERHADAP UMNO/AHLI/PAS PERLU TARIK BALIK DAKWAAN "ARUAH NIK AJIS) BAHAWA UMNO DAN AHLI-AHLI UMNO KAFIR..... BARULAH KITA HULURKAN TANGAN PERSEHABATAN. KALAU TIDAK JANGAN BERMIMPI DAN BERANGAN-ANGAN DISIANG HARI. PAS TETAP (DULU,KINI DAN SELAMANYA)COP UMNO SEBAGAI KAFIR....MAAF LER....PAS LEBIH RELA PELUK DAP/PKR DARIPADA UMNO!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm-PUTRA CHUBADAK,
      Salam.
      Itulah sepatutnya PAS kena buat. Tapi, demi bangsa, agama & tanah air, kita terpaksa lupa kisah2 lampau. Kesilapan memang ada diantara kedua2 pihak baik Umno mahu pun PAS. Maka, penyatuan tersebut harus disegerakan demi utk survival politik kita org2 melayu supaya tidak di pekuda dan di kotak-katikkan oleh cina DAPigs....

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...