Pages

Saturday, February 6, 2016

PEMBANGKANG IBARAT 'KATA DULANG PAKU SERPIH, KATA ORANG DEPA YANG LEBIH'....PUIIIIIIII!

SABTU, 06 FEBRUARI 2016
TERLAMPAU banyak isu-isu yang remeh-temeh dibawa oleh pembangkang sekarang ini. Ini jelas menunjukkan mereka (Pembangkang) sudah ketandusan idea. Hinggakan isu 'tertidur' di sesuatu majlis rasmi pun mereka perbesarkan dan viralkan ke dalam laman sosial. Memanglah, bagi balacai-balaci dan Cyber trooper mereka memang itulah yang mereka nak tengok. Dalam kes terbaru ini, Menteri Besar Kedah yang baru menjadi mangsa. Gambar yang mana Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah dilihat sedang tidur ketika didalam majlis angkat sumpah Menteri Besar di Kedah. 
Maka beliau. terpalit dan didakwa 'kaki tidur'. Oleh kerana itu, tak salah kalau Cyber Trooper pro kerajaan muncul pula serangan sama terhadap pemimpin pembangkang. Ia antaranya mensasarkan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin dan anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad. Malah, gambar bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Samad turut dikongsi sama. Gambar-gambar ini diedarkan di media sosial selepas serangan terhadap Bashah yang menggantikan Datuk Mukhriz Mahathir yang meletakkan jawatan selepas diasak anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di Kedah.
Malah, Mukhriz sendiri ketika meletakkan jawatan sempat meninggal pesanan sinis kepada Bashah supaya tidak lena ketika angkat sumpah. Kesimpulanya, pembangkang sengaja ingin memburuk-burukkan pemimpin-pemimpin Barisan nasional (BN). Niat mereka untuk menjatuhkan BN tetap ujud. Bagi pandangan IBM, dalam episod tidor ini, pembangkang di ibaratkan seperti 'kata dulang paku serpih, kata orang depa yang lebih'. Dan......juga seperti 'meludah ke langit kena batang hidung sendiri'. Bagi Mukhriz pula, sinis beliau terhadap Ahmad Bashah adalah sinis orang yang kecewa. Dari saya - IBM#UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.

No comments:

Post a Comment