Pages

Thursday, February 4, 2016

RM32.4 JUTA UNTUK GANTI KUBAH?? BIAR BETUL NI!!

KHAMIS, 04 FEBRUARI 2016

Kerajaan Selangor Digesa Beri Penjelasan Projek Ganti Kubah Masjid Negeri RM32.4 Juta

WALAUPUN isu Kubah Masjid negeri Selangor ni dah agak sejuk, tapi, IBM ingin ketengahkan lagi akan sikap borosnya pemimpin Pakatan negeri Selangor yang dipimpin oleh Azmin Ali. IBM setuju dengan pandangan  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Kali, YB Mat Nazari Ismail supaya projek ganti kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4 juta akan mendapat penjelasan lanjut daripada kerajaan negeri khususnya Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Menurut YB Mat Nazari, isu tersebut dengan jumlah peruntukan serta perbelanjaan yang besar sudah tentu akan menjadi pertikaian dan akan menimbulkan pelbagai persepsi di kalangan rakyat yang ingin mengetahui penjelasan lebih lanjut.
Namun apa yang lebih penting sebenarnya perkara terbabit diharap tidak menjadi seperti isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG), dana penstrukturan air Selangor, projek ‘facelift’ (ubah suai ringan) pintu gerbang Kota Darul Ehsan bernila RM9.8 juta yang sehingga kini tidak dihuraikan secara lebih jelas. Perkara-perkara tersebut adalah perkara yang cukup penting kerana ianya bukan sahaja melibatkan integriti malah melibatkan wang yang dibelanjakan. Jadi sudah pasti penjelasan lebih lanjut dan penerangan mengenai apa yang dipersoalkan oleh sesetangah pihak perlu mendapat jawapan yang telus dan konkrit. Kebarangkalian dan kemungkinan akan menjadi sepertimana isu-isu berkenaan nampaknya seakan ada. Apa pun kita amat berharap ianya tidak akan menjadi seumpama itu,” katanya kepada UMNO-Online.
Dilaporkan kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohamed Azmin Ali muncul dengan projek ganti kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4 juta. Ia dicatatkan dalam Belanjawan Selangor dan projek tersebut akan bermula pada Mac atau awal April ini sekaligus Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai Che’GuBard menegaskan ia satu pembaziran dan bukan keperluan terdesak untuk mengeluarkan sejumlah wang yang besar dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil.
Sebelum ini’ (ubah suai ringan) pintu gerbang Kota Darul Ehsan bernila RM9.8 juta, isu Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dan dana penstrukturan air Selangor tidak mendapat penjelasan secara panjang lebar daripada kerajaan negeri. Ada sesuatu yang tak kena projek ubah suai ringan pintu gerbang Kota Darul Ehsan tersebut. Difahmakan satu laporan kepada SPRM telah dibuat, tapi, kononnya SPRM tidak berminat terhadap isu tersebut. Dengan erti kata lain, SPRM tidak akan bertindak atau menyiasat kes tersebut. 'Double standard' le tu. Mat Nazari seterusnya menegaskan bukanlah menjadi hasrat beliau untuk mengungkit perkara berkenaan dengan tujuan politik dan sebagainya tetapi lebih daripada itu kerana ianya melibatkan persepsi umum.
“Kita bukanlah mahu menghalang pembangunan apatah lagi dalam soal mencantikkan institusi masjid…cuma tidak kena pada masanya. Apalah salahnya ditangguhkan buat sementara waktu dalam keadaan ekonomi hari ini. Bukankah mereka sendiri yang canang di sana-sini kerajaan pusat perlu peka kepada senario hari ini. Namun nampaknya di Selangor tidak pula sebegitu dan mereka seolah-olah lepas tangan semata-mata. Kenapa tidak mendahulukan perkara lain yang lebih memberi manfaat kepada rakyat. Bukan tak boleh buat seperti itu namun ianya tidak sesuai buat masa ini. Kenapa tergesa-gesa atau terdesak sangat. 
Rasanya tidak salah jika pihak yang berkaitan tampil dan memberikan penjelasan sewajarnya dan sudah tentu akan memberi kelebihan kepada mereka sendiri dengan adanya penjelasan yang padu. Apa lagi isu selepas ini? Kepada Chegubard, teruskan korek, korek apa juga isu-isu salah laku pemimpin-pemimpin pakatan di Selangor ini agar duit rakyat tidak disalah gunakan dan rakyat sendiri tertipu. Jangan 'tipah tetipu' lagi. Dari saya - IBM#UMNOpjutetapdihatiku#kita1hati#kekalnajib.

2 comments:

  1. Harga kubah je sampai 32 juta?betul gila babi seh harga dia.Bukankah elok kalau wang sebanyak itu diberikan untuk pembangunan rakyat dan untuk fakir miskin.

    ReplyDelete
  2. ibm ~ Mohamed Noor,

    Salam. Itulah pasal....tapi kuncu2 depa bangga. Azmin telus, bersih,amanah. Kononnya dia buat pun demi Duli Tuanku.Tapi....x le sampai RM32 juta? Buat dari emas kot...huhuhu

    ReplyDelete