Friday, June 3, 2011

Parti Pas mengelirukan, Mat Sabu pun keliru

DARI MEJA IBM :


ASSALAMU'ALAIKUM W.B.T SALAM UKHWAH DAN SALAM SEJAHTERA

KELIRU AKAN PERJUANGAN DAN KONSEP ULAMA - PROFESIONAL PAS


Mohamad Sabu yakin perwakilan PAS akan memberikannya peluang dalam percubaan kali kedua beliau bertanding jawatan timbalan presiden.


KUALA LUMPUR, 3 Jun — Mohamad Sabu, yang bertanding jawatan timbalan presiden buat kali kedua menegaskan, konsep kepimpinan ulama sepatutnya ditekankan dalam Majlis Syura, bukannya diterjemahkan ke atas jawatan-jawatan eksekutif parti Islam itu.

Mohamad, 56, atau lebih mesra dengan panggilan “Mat Sabu” berpendapat bahawa konsep kepimpinan ulama telah menjadi kekeliruan di kalangan ahli menyebabkan golongan profesional sukar mendapat tempat dalam jawatan tertinggi parti itu.

Baginya presiden dan ke bawah boleh sesiapa sahaja yang layak untuk memimpin tiada masalah baik ulama atau profesional.

Majlis Ulama ini yang perlu ditekankan bukan jawatan eksekutif, ia perlu dipertingkatkan dalam organisasi ini, katanya lagi.

Di sebabkan itu, kalau kita lihat banyak ahli yang salah erti konsep kepimpinan ulama ini dan ia menimbulkan sedikit kekeliruan, katanya yang terkenal di kalangan akar umbi ahli-ahli PAS dan parti pesaingnya.

Tambah beliau, barisan kepimpinan PAS perlu berubah dengan bersikap lebih agresif dan bukan mengambil pendekatan “sambil lewa” yang akhirnya akan melemahkan parti.

Dia tidak berpuas hati dengan prestasi parti, kepimpinan PAS yang mana ia masih berada di tahap yang rendah dan ia perlu dikembangkan sebagai contoh dalam beberapa siri pilihan raya kecil kita lihat wakil rakyat DAP lebih menonjol tapi wakil rakyat kita tidak.

Menurutnya lagi ada yang datang sambil lewa, ini tidak boleh ... sepatutnya wakil rakyat perlu menyumbang kepada parti dan membantu mendapatkan sokongan ini yang perlu dipertingkatkan, katanya.


IBM : MEMANG DAH LAMA PARTI PAS NI MENGELIRUKAN. BUKAN SAHAJA MENGELIRUKAN AHLI-AHLINYA, TAPI JUGA UMAT ISLAM YANG LAIN. KEPADA MAT SABU SELAMAT BERTANDING DAN SELAMAT BERJUANG. HARAP-HARAP TIDAK KELIRU LAGI. PARTI YANG KAMU AGUNG-AGUNGKAN MEMANG HAMPEH..!!


1 comment:

  1. generasi muda jangan keliru ;-)






    ---------------------------------------------------------
    Transformasi FELDA olok2 - Hukum Karma dan Pengkhianatan. Undi BN Undi HARAM. Risiko berganda yang pasti buat generasi baru jika mengundi BN
    http://blog1malaysia.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...