Pages

Saturday, June 30, 2012

Di Selangor SU Akhbar Lebih Besar Dari SU Kerjaan Negeri



NAMPAKNYA pemikiran mantan MB Selangor lebih jauh kehadapan dalam isu yang melibatkan Geran Selangorku yang diumumkan oleh Khalid Ibrahim beberapa bulan lepas.
Hampir tiga bulan lepas Dr Khir Toyo telah menulis diblognya tentang keanehan dan perbuatan yang luar biasa apabila Geran Selangorku tidak melalui prosedur kewangan negeri, sebaliknya terletak terus dibawah kelolaan MB. Ianya adalah untuk keuntungan politik MB.
Kini apa yang dikatakan Dr Khir menjadi kenyataan. Adun-Adun dan pemimpin-pemimpin PKR mula rasa resah gelisah tentang geran berkenaan yang tidak diuruskan dengan cara yang betul. Langsung tidak ada penglibatan Exco, Adun dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Solid RM 300 juta dikendalikan terus oleh Pejabat MB Selangor.
Arfa'eza Abd Aziz - S/usaha Akhbar MB Selangor
Lebih mengejutkan apabila tiga orang pegawai Khalid Ibrahim diletakkan dalam jawatankuasa berkenaan. Sungguh mengejutkan lagi apabila setiausaha akhbar MB, Arfa’eza Abdul Aziz juga turut diletakkan dalam jawatankuasa berkenaan selain daripada minah yang bermulut jahat,Faekah Husin. Sungguh memelikkan apabila seorang setiausaha akhbar yang tugasnya hanya menjaga media diberikan tugas untuk memutuskan penggunaan peruntukkan RM 300 juta. Setiausaha akhbar dan setiausaha politik lebih penting dari Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri, Exco dan wakil-wakil rakyat.
Penglibatan kakitangan kerajaan dalam jawatankuasa Selangorku juga bukan melibatkan pegawai-pegawai tinggi. Manakala jurutera JKR yang dipilih dalam jawatankuasa berkenaan bukannya Jurutera JKR negeri, sebaliknya Jurutera JKR Daerah Kuala Selangor. Pendek kata pegawai-pegawai kerajaan yang berada dalam jawatankuasa berkenaan semuanya jenis pegawai-pegawai yang boleh disergah serta mematuhi arahan Faekah. Penglibatan kakitangan kerajaan hanya untuk mengabui mata orang ramai.
Kini Faekah, Arfa dan Rohani dari MBI berkuasa penuh terhadap Geran Selangorku RM 300 juta. Mereka yang terlibat dari segenap sudut termasuklah melantik kontraktor dari pihak kroni-kroni mereka serta kontraktor yang menjadi proksi mereka. Perkara-perkara inilah yang menimbulkan rasa tidak puas hati pemimpin-pemimpin PKR kerana kuasa yang dimiliki Faekah.
Bagi IBM, selagi Pakatan Rakyat memerintah negeri Selangor, selagi itulah penyelewangan akan berlaku dan ramai dikalangan pengikut-pengikut yang rapat dengan Menteri Besar akan menikmati segala kekayaan yang ada di negeri Selangor ini. Tak mungkin negeri Selangor akan jadi 'muflis' sekiranya rakyat tidak bangkit dan humban Pakatan Rakyat ini dari negeri Selangor. Mereka lebih mengamalkan 'korapsi', bukan Umno/BN seperti yang mereka heboh-hebohkan sehingga rakyat Selangor termakan hasutan mereka.
Oleh itu, IBM mengajak rakyat Selangor supaya berfikir sejenak, kerana sejenak itu boleh mengubah segala-galanya. Sekian dari saya ~ IBM
Terima kasih juga kepada Selangor Daily Dot Com di atas sumber berita ini.
DAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA.

Marah Bebeno PAS Bila Kata Undi UMNO Dapat 'Pahala'

Tu, Tu Yang Diatas Tu Saja Yang Boleh, Umno Tak Boleh~ Nik Aziz

MARAH bebeno Pas bila mendengar suara-suara lantang mengataakan undi Umno 'dapat pahala'. Melenting habis depa dan mencabar akan kesohihan kenyataan itu. Dalam erti kata lain, Pas tidak boleh menerima kenyataan undi Umno dapat pahala. Bagi mereka undi Pas saja yang menjamin dapat pahala dan masuk syurga. Kelakar, kelakar, memang kelakar betui Pas ni.

Disebabkan itu, Pas Mencabar Umno membuat kenyataan bahawa mengundi parti itu atau Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan dikira sebagai amal soleh dan mendapat pahala sama seperti yang dinyatakan Pas kepada penyokongnya. Bermakna, segala amal soleh orang-orang Umno tidak mendapat pahala, hanya orang-orang Pas sahaja yang dapat. Fatwa mana yang Pas pakai ni?...lagi satu kenyataan yang bodoh, benggong dan amat menyesatkan dari Pas.

Semalam, salah seorang kuat Pas membuat kenyataan jika Umno percaya perjuangannya selari dengan apa yang dikehendaki Islam, maka tidak ada salahnya untuk parti itu membuat dakwaan seperti apa yang Pas dakwa. Nampaknya Pas nak mengajak Umno jadi sesat seperti mereka. Oh tidak...Umno tidak akan berbuat demekian. Umno tidak akan membohongi ahli-ahlinya. Itu hukum Allah. Jangan di permainkan hukum Allah, buruk padahnya. Patutlah dah ramai beno orang bercakap-cakap dan berkata-kata bahawa Pas adalah Parti Ajaran Sesat. Jangan marah. Ini kenyataan, bukan rekaan. Umno tidak pandai buat rekaan.
 Pas Tidak Boleh Menerima Kenyataan Seperti (gambar) Di Bawah Ini : 


Tapi......UMNO Tidak akan Berbuat Demekian.
Menurut kata orang kuat Pas tu lagi, orang Umno ni kurang dalam ilmu agama, suka membuat tomahan kononnya kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sebelum ini menyebut 'undi Pas dapat pahala' sebagai ajaran songsang. Secara lojiknya memang betui dan songsang pun. Maka katanya, Umno tidak akan berbuat seperti apa yang Pas lakukan bahawa undi parti itu akan dapat pahala. Oh tidak ! Itu kerja orang gila, bodoh, cetek ilmu agamanya, samalah seperti Pas ni. Dan...IBM yakin rakyat tidak akan termakan hasutan dan dakyah songsang seperti yang Pas lakukan.


Perjuangan kami orang-orang Umno adalah telus dan tulus, semata-mata untuk rakyat jelata dan memperjuangankan  agama, bangsa dan negara. Fikir-fikirkanlah sejenak, kerana sejenak itu boleh mengubah segala-galanya. Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

Friday, June 29, 2012

Sinar Harian Di Beri Amaran Oleh Nizar??

Si Nizar ni atau lebih dikenali sebagai Mat lambai memang dah tak ada kerja lain. Sana-sini merapu, meroyan bagikan ibu ayam kehilangan anak. Dan apa yang dirapukannya tu memang kadang-kadang bolehlah dikatogerikan bagai 'barang lama' yang dah lapuk, dah tak ada nilainya.


Semalam, si Nizar ni membuat kunjungan ke akhbar Sinar Harian di Green Park, Perak, atas tujuan apa dan jemputan siapa, tak siapa yang tahu. Semasa kunjungan beliau di sana, sempat menasihati akhbar tersebut (Sinar Harian) agar mengekalkan pemberitaan secara adil dan telus semasa menjelangnya pilihan raya umum ke-13 (PRU) 13 dan juga pada hari-hari yang lain.

Bagi IBM, itu adalah satu amaran yang dikeluarkan oleh mantan Menteri Besar Perak itu, kerana selama ini, Nizar memang tidak yakin dan kurang percaya pada akhbar yang dikatakan mirip pada kerajaan. Bagi IBM, akhbar Sinar Harian adalah sebuah akhbar yang tidak berpihak kepada mana-mana parti politik, walaupun kadan-kala ada juga cerita atau bahan yang mereka paparkan mirip atau berpihak pada parti pembangkang.



Bagi Nizar, kalau boleh beliau mahu agar Sinar Harian memberi ruang seluas-luasnya kepada Pas dan Pakatan Rakyat agar mereka boleh membuat laporan yang berpihak kepada mereka. Ini merupakan satu stretagi Pas dan PR menggunakan akhbar bagi tujuan mereka untuk menghadfapi PRU ke-13 nanti. Mereka akan kontrol dan biayaai akhbar tersebut. Adakah Sinar Harian akan terjebak di dalam perangkap Pas? Walaupun di dalam kunjungan ke pejabat akhbar tersebut, dan didalam ucapannya, beliau mengharapkan agar akhbar Sinar Harian terus memberikan berita yang telus dan tulus kepada rakyat dan berharap menjadi akhbar rujukan utama orang Malaysia khususnya orang Melayu bagi menggantikan akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian yang semaki tidak relevan.

Cantik, cantik sungguh ucapan si Nizar ni. Tapi, apa kata sekiranya Sinar Harian memaparkan segala keburukan tentang Pas, memang buruk pun perangai mereka, agak-agak korang, apakah reaksi atau tindak balas dari Nizar dan kuncu-kuncunya terhadap Sinar Harian? IBM yakin, Sinar Harian juga akan menerima nasib sebagaimana yang di terima oleh akhbar-akhbar yang pro kerajaan. 

Oleh itu, kepada akhbar Sinar Harian, berhati-hati bila berhadapan dengan manusia yang bernama Nizar Jamaluddin ini, kerana, hari ini dia puji korang bagi nak gila, besok-lusa dia akan gigit korang balik. Ini bukan hasutan, bukan fitnah, tapi ianya realiti. Mungkin korang tak percaya dan ingin IBM buktikan apa yang IBM cuba katakan, tapi....secara rasionalnya, korang carilah sendiri jawapan, kerana lambat-laun korang tahu juga siapa si Nizar dan Pas, serta Pakatan Rakyat sebenarnya.

Jangan dek kerana nak cari publisiti dan untuk melariskan jualan akhbar korang, korang tersepit dicelah-celah kepembohongan Pas dan rakan-rakan sepejuangannya. Sebarkan berita yang terkini tanpa rasa tertekan atau di tekan oleh pihak yang tertentu kerana kebenaran akan terpanacul akhirnya. Berfikirlah sejenak, kerana sejenak itu boleh merubah segala-galanya, insyallah. Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Dalam PKR Pemimpin Terlibat Skandal Seks Dijamin Selamat....



SEJAK isu membabitkan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin berkenaan penghantaran surat sokongan bagi membantu saudaranya mendapatkan projek dalam sebuah  syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC), ramai pihak di dalam pakatan pembangkang sendiri yang mendesak agar tindakan segera diambil termasuklah memecat Faekah.
Namun apa yang menyedihkan, penyokong pakatan pembangkang memperbesarkan isu Faekah tetapi tidak pula melakukan desakan agar tindakan tegas diambil terhadap BadrulAmin dan Azmin Ali berikutan isu kelakuan seks mereka.
Menurut Mursyidul Am Kumpulan Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) Zahid Md Arip (gambar bawah), kegagalan PKR mengambil tindakan terhadap kedua-dua individu ini sebenarnya adalah satu isyarat yang amat jelas kepada rakyat bahawa mereka sememangnya menyokong perlakuan seks bebas.
“Rakyat perlu faham isyarat yang dihantar oleh PKR. Setiap individu di dalam pakatan pembangkang yang terlibat dalam skandal seks termasuklah Badrulamin, Azmin Ali, Mat Sabu dan Anwar Ibrahim sendiri sedikitpun tidak dikenakan siasatan apatahlagi tindakan.
“Bagaimana mereka ingin mengambil tindakan sedangkan ‘kepala’ mereka sendiri dikaitkan dengan skandal seks. Anwar tidak mungkin sama sekali mengambil tindakan terhadap mereka di dalam PKR yang terbabit masalah seks kerana sudah pasti ianya akan terpalit ke mukanya sendiri. Sebab itu itu dia tidak ada keberanian dan kekuatan untuk buka mulut,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Zahid, PKR yang bermaksud Parti Keadilan Rakyat sebenarnya juga sudah tidak relevan untuk menggunakan perkataan ‘keadilan’ kerana mereka tidak sama sekali pernah berlaku adil dalam sebarang tindakan mereka terutamanya terhadap mereka yang ‘sekapal’ dengan Anwar.
“Oleh itu rakyat perlu faham dan teliti mengenai sikap pakatan pembangkang. Mereka hanya mengambil tindakan terhadap orang yang tidak menyokong mereka seperti contoh Datuk Hassan Ali. Tetapi sekiranya orang itu adalah penyokong tegar Anwar ataupun terlibat dengan skandal seks, tidak mungkin akan ada sebarang tindakan tegas diambil.
“Ini berlainan sama sekali dengan Barisan Nasional (BN) yang tidak pernah memilih bulu. Sesiapa sahaja yang salah akan diambil tindakan tegas. Di antara mereka yang pernah dikenakan tindakan adalah Chua Soi Lek, Datuk Seri Khir Toyo, Datuk Abu Hassan Omar dan Datuk Harus Idris.
“Adakah rakyat masih mahu terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada pakatan pembangkang dengan sikap mereka yang sebegini… Oleh itu saya amat berharap agar rakyat buka mata dan fahami siapakah pakatan pembangkan sebenarnya. Fikirlah semasak-masakanya…” tambahnya lagi. 
IBM sokong sangat apa yang dikatakan oleh Mursyidul Am TIBAI tu. Sudah tiba masanya rakyat buka mata dan telinga dan dapat mendalami apa yang pembangkang boleh beri pada rakyat dan siapa mereka sebenarnya. Adakah pembangkang ini boleh menambah baik ekonomi negara dan memelihara hak-hak rakyat? Sekali lagi IBM setuju dengan kata-kata Zahid agar sama-sama kita memikirkan dengan semasak-masaknya sebelum menyokong pembangkang. Sekian dari saya ~ IBM
Sumber berita dipetik dari : UMNOLINE.COM ~ Terima kasih
DAN...TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI MEMBACA

Thursday, June 28, 2012

Akhirnya Kak Pah Jadi Pemilih, Alhamdulilah....



SEMALAM, ramai yang tercengang-cengang, hairan dan tertanya-tanya akan kemunculan  penyanyi terkenal, Datuk Sharifah Aini di Pejabat Pos Besar Shah Alam. Salah seorsng pengunjung di situ berkata, apa kak Pah buat di sini? Persoalan itu terjawb. Rupa-rupa nya kehadiran kak Pah di situ untuk mendaftarkan dirinya sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Alhamdulillah. Sedar juga akhirnya kak Pah ni. Maklumlah sibuk dengan dunia hiburan.

Menurut kak Pah, langkahnya mendaftarkan diri sebagai pemilih kerana menyedari ini adalah masa paling tepat untuk menggunakan hak sivil sebagai warganegara bagi memilih kerajaan yang memperjuangkan hak anak seni sepertinya. Selama ini beliau lalai dan tidak memperdulikan langsung tentang hak seorang rakyat untuk mendaftar dan jadi pemilih yang sah. Beliau berasa malu dan bersalah kerana baru sekarang mendaftar sebagai pengundi. Tapi..katanya, masih belum terlambat. Insyallah, beliau akan dapat mengundi di PRU k3-13 nanti.

Nak tahu siapa yang menyedarkan kak Pah ni untuk mendaftar sebagai pengundi dan betapa pentingnya jadi seorang pengundi? Mengikut kata kak Pah, kesedaran tersebut timbul setelah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menasihati dan menyedarkan beliau. Maka, mendaftarlah kak Pah semalam sebagai pengundi yang sah, dan tidak timbul pula isu dari pembangkang yang kak Pah telah dibeli oleh Barisan Nasional (BN).

Apa yang diharapkan dari kak Pah ialah supaya mengenang kembali akan jasa-jasa kerajaan kepada rakyatnya dan juga selebriti-selebriti tanah air. Kerajaan BN tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai pemerintah. Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan. Harap kak Pah faham dan jangan terpengaruh dengan dakwah pembangkang yang sentiasa cuba menghasut rakyat untuk membenci kerajaan yang ada. Kak Pah tak begitukan? Sekian. Dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Wednesday, June 27, 2012

Kaum Cina Ada Sebab Kenapa Mesti Tolak Anwar....


KAUM Cina, dikatakan kaum yang praktikal dan bukan emosional dalam menentukan matlamat hidup mereka.  Praktikaliti bagi mereka, dinilai dari sudut keuntungan ekonomi dalam jangka masa panjang.  Mereka sabar, tekun dan kekal fokus untuk mencapai apa yang diidamkan.
Dalam menentukan kerajaan yang memerintah juga, kaum Cina mengambil sikap yang sama dan bergerak sebagai satu kumpulan bagi memastikan keuntungan maksima kepada kaum mereka.
Barisan Nasional telah menjadi pilihan kaum Cina sejak sekian lama kerana mereka yakin bahawa parti ini mampu menyediakan persekitaran dan lanskap yang sesuai untuk mereka ‘berkembang’.
Walaupun terdapat puak-puak ekstremis Cina yang cuba menafikan keupayaan BN serta menghasut kaum Cina agar berprasangka, malah membenci BN dengan membangkitkan soal Hak-hak Istimewa Bumiputera tetapi tiada seorang pun manusia di dunia ini yang mampu menolak hakikat bahawa kaum Cina di Malaysia adalah antara yang paling makmur sekali di dunia di bawah pemerintahan BN.
Sekolah-sekolah Cina, dahulunya dibuka sebagai persediaan untuk kaum Cina kembali ke tanahair mereka selepas puas mencari kekayaan di negara ini.  Namun, majoriti  kaum Cina terus kekal di sini, menjadi warganegara yang setia kerana mereka tahu kerajaan Perikatan ketika itu, dan BN hari ini, akan tetap membela mereka.
Namun begitu, sokongan kaum Cina terhadap BN hari ini dikatakan merosot secara drastik dan apa saja yang dilakukan oleh BN tidak akan mampu lagi untuk memulihkan keadaan ini.
Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna yang mereka menyokong Pakatan Rakyat.  Mungkin mereka tersasar sekejap pada tahun 2008 akibat terpedaya dengan janji-janji manis Anwar Ibrahim dan faktor-faktor lain, tetapi seperti yang dikatakan tadi, kaum Cina bukan bertindak berdasarkan emosi, tetapi praktikaliti.
Akhir-akhir ini, Anwar mula dipandang serong oleh kaum Cina apabila beliau membangkitkan idea untuk menghapuskan PTPTN yang mana akan merugikan para pelajar, termasuk anak-anak bangsa Cina yang majoritinya memilih pusat pengajian tinggi swasta yang jauh lebih mahal harganya.
Kemudian, Anwar sekali lagi menggusarkan kaum Cina apabila bertindak ‘mengambil alih’ perhimpunan BERSIH 3.0 dan menonjolkan warna sebenarnya sebagai seorang pemberontak yang ingin membuat huru-hara.   Sudah tentu kaum Cina tidak inginkan huru-hara kerana ia akan bermakna kerugian bagi perniagaan mereka.
Maka, dua insiden ini menjadi titik penting untuk kaum Cina kembali mengimbas sejarah lama dalam menjustifikasi undi mereka dalam pilihanraya kali ini.
Inilah wajah Anwar sebenarnya. Menjaling hubungan dengan isteri kawan. Kak Wan memendam rasa. Makan hati berulam jantung.  Kesian.
Ternyata sejarah tidak pernah berbohong dan sejarah telah memaparkan siapa Anwar yang sebenarnya.
Setelah membaca sejarah Anwar ramai anak-anak muda Cina kembali berpijak di bumi nyata dari terus bermimpi diperintah oleh Pakatan Rakyat yang kononnya bakal memberi mereka kesamarataan total bagi membolehkan mereka berkembang ke tahap maksima dan menelan kaum-kaum lain di Malaysia.
Anwar Ibrahim adalah manusia dengan begitu banyak personaliti jika tidak, takkanlah beliau digelar ‘sesumpah’ oleh wartawan barat.
Anwar Ibrahim adalah manusia dengan begitu banyak personaliti jika tidak, takkanlah beliau digelar ‘sesumpah’ oleh wartawan barat.
Mengikut pendedahan buku The ‘I’ Files, pada satu masa, Anwar adalah seorang Muslim fanatik yang mengimpikan negara Islam ‘sempurna’ ala Iran, berkiblatkan Saudi, berfahaman Wahhabi dan tiada tolak ansur dalam menangani kemungkaran.
Bagi Anwar, kaum Cina dan barat semuanya adalah ancaman kepada Islam.  Sehinggakan, kata penulis buku tersebut, Hasan Ali juga tidak dapat menyaingi ‘mimpi’ Anwar pada waktu itu!
Pendedahan ini boleh dibuktikan dengan sikap dan tindakan yang diambil oleh Anwar ketika menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986-1990.  Beliau mula melantik Guru Besar yang tiada latarbelakang pendidikan Cina di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina.
Anwar juga tidak pernah membela sekolah Cina malah beliaulah yang begitu giat membawa semangat nasionalis sepertimana Indonesia di mana identiti kaum-kaum lain dihapuskan sama sekali bagi membentuk sebuah bangsa yang bersatu padu.
Hanya pada tahun 1996, kerajaan BN telah meminda Akta Pendidikan 1961 seksyen 21 (2) untuk menarik balik kuasa Menteri Pendidikan menukar kedudukan sekolah Cina kepada sekolah kebangsaan selepas bantahan DAP dan Dong Jiao Zong.
Selain pendirian Anwar mengenai kedudukan kaum Cina di Malaysia yang sukar dijangka kerana asyik berubah-ubah mengikut keadaan politik semasa dan kepentingan peribadinya, Anwar juga dikhuatiri oleh kaum Cina sebagai tidak mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk mentadbir ekonomi.
Ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan, dan kebetulannya pada tahun-tahun akhir sebelum dipecat iaitu 1997/98, negara telah mengalami serangan ekonomi yang buruk.   Kebolehan Anwar sebagai Menteri Kewangan telah teruji dan ternyata Anwar gagal sama sekali.
Dalam kebuntuan, Anwar telah mengambil keputusan yang mudah tetapi salah, iaitu menurut sahaja telunjuk IMF.   Kadar faedah pinjaman dinaikkan secara drastik menyebabkan perniagaan tidak mampu membayar pinjaman dan bank-bank pula terbeban dengan ‘Non-Performing-Loan’ (NPL).
Akibatnya, ekonomi Malaysia hampir lumpuh sepenuhnya apabila perniagaan ditutup, bank-bank pula mengalami kerugian dan pengangguran meningkat sehingga menyekat kadar dayabeli rakyat.
Malaysia bertuah kerana diselamatkan oleh kebijaksanaan Perdana Menteri ketika itu, iaitu Y.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berani mengambil langkah tidak popular dan menelan segala kritikan demi menyelamatkan negara yang hampir bankrap.
Tindakan ini menyebabkan BN berjaya memenangi PRU 1999 apabila kaum Cina menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional sekali gus menjauhkan mereka dari pembangkang pada ketika itu, Barisan Alternatif yang diterajui oleh Anwar Ibrahim.
Justeru, kita percaya kaum Cina cukup bijak untuk belajar dari sejarah dan tidak mudah terpengaruh oleh emosi yang kurang tenteram akibat dihasut oleh puak ekstremis, chauvinis, rasis dan pentingkan diri sendiri.
Selama ini, negara ini berdiri teguh atas kerjasama semua kaum.  Dan kerjasama ini menjadi teguh kerana wujudnya perlembagaan yang mengambil kira keadilan mengikut struktur ekonomi dan sosial kaum-kaum di Malaysia dan bukannya kesamarataan secara buta tuli.
Formula di dalam perlembagaan inilah yang menjadi kunci keamanan, keteguhan dan kemakmuran negara ini.  Maka semua kaum wajar terus menjulang perlembagaan negara bagi memastikan apa yang dikecapi hari ini akan terus bercambah dan kukuh selama-lamanya.
Di masa yanga sama, kita melihat apa yang dimomokkan oleh Anwar hanyalah ilusi, mimpi dan fantasi seorang manusia yang gila kuasa.
Kemungkinan besar Anwar sendiri tidak tahu apa yang diperkatakan dan dijanjikannya kerana kemungkinan besar Anwar sendiri tidak kenal lagi siapa dirinya iaitu sama ada beliau seorang fanatik, ektremis, liberal ataupun plural.
Oleh itu, jalan terbaik bagi rakyat ialah memilih kepimpinan BN yang ‘moderate’ dan kekal konsisten dengan prinsip dan pendirian ini. BN untuk semua ~ IBM
Tulisan oleh : Imran Heng Abdullah. Terima kasih.
DAN TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI MEMBACA

Malaysia Memang Selamat, Hanya Anwar Dan Penyangak PR Saja Yang Dengki...


SELAMAT...Malaysia memang negara selamat. Cuma manusia yang bernama Anwar dan kuncu-kuncunya sahaja yang mengatakan Malaysia negara tak selamat. Demi kerana mengamalkan 'politik kotor' mereka, Anwar dan kuncu-kuncunya cuba memburuk-burukkan nama Malaysia di kaca mata dunia. Maklumlah nak jadi Perdana Menteri dan nak tawan Putrajaya. Tapi....ianya sia-sia. Tak berhasil pun.

Akhirnya terbukti kerana Malaysia diiktiraf oleh badan antarabangsa World Justice Project sebagai negara paling selamat dalam kalangan 19 negara berpendapatan sederhana tinggi dan ke-12 paling selamat di dunia mengatasi Amerika Syarikat dan Britain. Bayangkan negara yang termaju dan kaya seperti Amerika dan Britain pun kalah di tangan Malaysia. Anwar tentu benggang habis ni.

Berita yang mengembirakan dan membanggakan  ini adalah keraana kejayaan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) mengurangkan Jenayah. Begitulah mengikut laporan dari Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi (gambar), semalam. Katanya lagi, Global Peace Indek pula menempatkan negara Malaysia di tempat pertama selamat dan aman di Asia Tenggara serta keempat di kawasan Asia Pasifik. Syabas Malaysia.

Bagi pendapat IBM, kesannya amat besar kepada negara. IBM yakin para pelabur asing yang ingin melabur di Malaysia, sudah tentu berasa yakin dan drafnya melonjak ke tempat ke-10 dari tahun lalu berbanding ke-21 pada tahun 2010 kepada 21 peratus tahun lalu. Dan seterusnya ia mengambarkan bahawa perancangan KDN untuk mengurangkan jenayah menampakkan hasil dan akan meneruskan usaha mencari kaedah yang beru bagi menurunkan kadar jenayah indeks dan jenayah jalanan.

Nampaknya, pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim akan terus mencemburi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang di terajui oleh DS Najib Tun Razak, bapak 'Transformasi' yang sudah menampakkan hasilnya untuk rakyat dan negara. Sudah pasti, pembangkang akan mencari jalan lain bagi mengaburi mata dunia bahawa Malaysia bukanlah negara yang selamat untuk di kunjungi atau melabur.

Bagi IBM, korang pembangkang boleh belah dan gulung tikar di PR ke-13 nanti. Ini, bukan IBM yang kata, tapi, rakyat jelata yang kata ketika IBM buat kajian secara rambang bertemu mata ke mata dengan rakyat/pengundi baru-baru ini. IBM yakin BN akan kekal memerintah. Sekian. Ikhlas dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA 

Tuesday, June 26, 2012

Hishamuddin Ada Kuasa Isytihar 'Bersih' Pertubuhan Haram ~ Pembangkang Benggang!!

MAHKAMAH Tinggi di sini, mengesahkan bahawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin yang juga terkenal dengan nama jolokan 'Menteri Amaran' mempunyai kuasa untuk mengisytihar 'Bersih' sebagai sebuah pertubuhan haram dan tindakkan beliau itu tidak bercanggah dengan undang-undang. Ini yang buat pembangkang jadi benggang. Dan, sudah tentu mereka cop Mahkamah sebagai tidak adil, berat sebelah.

Jelas Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md Arshad, Hishamuddin membuat keputusan itu bagi memelihara keselamatan negara serta kententeraman awam dan keputusan DS Hishamuddin itu sah di sisi undang-undang. Apa lagi yang pembangang mahu pertikaikan? Apa, mereka ingat mereka je yang betul.

Hujan tersebut di buat oleh Azizan pada prosiding semakan semula penghakiman yang difailkan oleh 14 anggota jawatankuasa pemandu 'Bersih', termasuk perempuan sundal, Datuk S. Ambiga, terhadap Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia. Menurut Azizan lagi, Ambiga dan 13 yang lain yang di wakili oleh Ambiga dalam permohonan itu, tidak mempunyai LOCAL STANDI, manakala keputusan Menteri Dalam Negeri mengisytihar 'Bersih" sebagai pertubuhan haram pula adalah sesuatu yang wajar serta rasional.

Bagaimana pun, pembangkang ni mana mahu kalah. Dalam hujan melalui peguamnya, Tommy Thomas yang mewakali kesemua pemohon, mempertikaikan tindakan Hismuddin yang mana kata peguam mereka, bercanggah dengan Seksyen 5, Akta Pertubuhan 1966. Kata Tommy Thomas, DS Hisamuddin terkhilaf dalam melaksanakan kuasanya dan oleh itu, keputusan DS Hishamuddin patut dibatalkan. 

Mahkamah, melalui Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan 24 Julai untuk mengumumkan keputusannya. Kita tunggu, dan lihat siapa yang kena. Apapun, bukan Menteri Amaran sahaja yang mengatakan Bersih adalah pertubuhan haram, malah penganalisa dan pemerhati politik pun berkata demikian. Mereka harap Mahkamah dapat membuat satu keputusan yang bijak dan mengisytiharkan bahawa Bersih adalah sebuah pertubuhan HARAM yang patut diharamkan buat selama-lamanya. Sekian dari saya ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Kenapa Orang Melayu Perlu Sokong UMNO?

BUNYI macam soalan 'cupu emas'. Tapi, ianya satu soalan yang harus di beri perhatian oleh orang-orang melayu kususnya, kerana jasa-jasanya terhadap rakyat dan negara begitu terbukti sekali. Itulah Umno parti 'keramat' orang melayu diibaratkan juga seperti kata-kata Laksamana Hang Tuah, "tak melayu hilang didunia". Maka, Umno juga tidak akan hilang di dunia dan dari ingatan orang-orang melayu.

Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, mereka perlu sedar bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tidak boleh diharapkan untuk menjaga kepentingan tiga komponen penting itu kerana jelas perjuangan dua parti berkenaan semakin terpesong. Oleh itu, orang melayu tidak mempunyai pilihan selain dari memberi sokongan sepenuhnya kepada Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang bagi memastikan kelangsungan Islam, Melayu serta institusi Raja-Raja terus terpelihara.

IBM setuju dengan apa yang dikatakan Datuk Zulkifli tentang PKR yang kini diterjui oleh pengkhianat no 1 negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kini didapati tidak mampu memikul tanggunjawab itu dan begitu juga dengan Pas kerana kedua-duanya adalah berangan-angan untuk ke Putrajaya sahaja. "Adakah kita boleh bergantung harap kepada PKR yang kini diketuai oleh si dajal Anwar ini untuk membela Islam, Melayu dan Raja-Raja? Begitu juga dengan Pas, adakah parti 'Parti Ajaran Sesat' ini yang menyokong perkataan Allah digunakan oleh Kristian ini kita boleh bergantung harap untuk membela Islam, Melayu dan Raja-Raja?

Jawapannya ada di tangan anda, tepuk dada tanya selera. Sekian dari saya ~ IBM


TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

Monday, June 25, 2012

Amukan Rakyat Malaysia Dikedutaan Singapura, Tapi...Tak Seganas Indon..

Orang ramai mulai berkumpul bermula kira-kira jam 12 tengahari Rakyat patriotik mula berarak ke Kedutaan Singapura sambil bertakbir. Beza jauh dengan Takebeer ala PAS


Kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hari ini menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura di keduataan mereka ekoran isu tiga diplomat Singapura dari negara ini yang didakwa menyertai perhimpunan duduk bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April lalu.
Kumpulan berkenaan yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, hari ini telah menyerahkan memorandum bantahan terhadap Pesuruhjaya Tinggi Singapura di Jalan Tun Razak di sini, bersama-sama sekitar 300 penyokong badan bukan kerajaan Melayu itu.
Mereka turut dilihat melaungkan slogan menentang Singapura dan tiga diplomat mereka, sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik.
Zul Kulim turut serta bagi menyokong perjuangan mempertahankan kedaulatan negara
Protes yang berlangsung sekitar jam 1.20 petang itu turut melihatkan kehadiran Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin.
Sebelum ini, satu demonstrasi yang dirancang di hadapan bangunan pesuruhjaya negara republik tersebut gagal setelah tiada seorang daripada peserta demonstrasi tersebut hadir.
Protes yang tidak mendapat sambutan, yang dipercayai anjuran blogger Umno itu juga sepatutnya bermula sekitar jam 2.30 petang sejurus selesai Solat Jumaat dengan berarak daripada Masjid KLCC berhampiran Menara Berkembar Petronas, dan berakhir di Kedutaan Singapura pada 22 Jun lalu.
Blogger pro Umno “mymassa” telah menuduh tiga diplomat Singapura mengadakan ceramah yang menggesa supaya rakyat Singapura menyertai pilihan raya umum ke-13, berdasarkan pendedahan gambar pertemuan berkenaan yang didakwa diambil di Bandaraya Singa tersebut baru-baru ini.
Walaubagaimanapun, Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali yang dihubungi The Malaysian Insider telah menafikan penglibatannya pihaknya dalam protes yang dirancang pada Jumaat lalu, sebaliknya menegaskan, “Perkasa tidak merancang untuk melakukan protes. Kami tidak terlibat.”
Sementara itu, Kementerian Luar Singapura (MFA) dalam kenyataan sebelum ini menegaskan, republik itu tidak pernah terlibat dalam penyertaan perhimpunan Bersih 3.0 hujung April lalu sebaliknya menjelaskan, tiga diplomat mereka berada di lokasi perhimpunan duduk bantah itu adalah sekadar menjadi pemerhati dan tidak menyokong mana-mana pihak.
Dipetik laman Berita Harian Singapura versi online, Cyberita, ketiga-tiga diplomat yang dikatakan oleh blogger Malaysia, “mymassa” menyertai perhimpunan duduk bantah dengan memakai baju-T kuning juga adalah tidak benar.
“Ini sebahagian daripada tugas profesional diplomatik biasa. Mereka secara khusus tidak mengenakan pakaian berwarna kuning bagi mengelak disalah anggap sebagai penyokong perhimpunan itu.
“Mereka pemerhati. Mereka juga menjauhi Dataran Merdeka, yang diisytihar pihak berkuasa Malaysia sebagai kawasan larangan,” kata MFA dipetik laman tersebut.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan MFA itu lagi,  ada keperluan untuk meletakkan diplomatnya di Kuala Lumpur ketika perhimpunan tersebut belangsung kerana ramai rakyat negara republik berkenaan di Kuala Lumpur ingin mendapatkan nasihat.
“Malah, pegawai yang berada di kawasan itu dapat membantu Pesuruhjaya Tinggi dalam menyalurkan nasihat dan bantuan konsular dengan lebih berkesan,” ujar MFA.
Nyanyian Lagu "Inilah Barisan Kita" di hadapan Kedutaan Singapura 


 Memorandum yang diserahkan kepada Kedutaan Singapura. 

Namun, inilah bezanya perhimpunan yang berteraskan perjuangan yang hak dengan yang batil. Tiada siapa yang cedera dan tiada harta benda yang rosak. Semuanya berjalan dengan aman sekali tanpa sebarang cemuhan dan provokasi terhadap anggota keselamatan walaupun mereka mengawal keselamatan pihak musuh.


Tiada juga kelihatan satu tin gas pemedih mata yang dilepaskan dan mana-mana anggota Polis yang membelasah peserta demo. Tidak kelihatan juga kereta polis yang diterbalikan. mungkin demo ini tidakmendapat latihan yang mencukupi daripada CIA dan bantuan kewangan daripada Singapura. Jelas, ianya berbeza dengan perhimpunan haram BERSIH 3.0 yang dianjurkan oleh Pakatan Haram. Harap para pembaca yang budiman dapat membezakan demonstrasi yang dianjurkan oleh pro kerajaan dan pembangkang. Ada perbezaankan?

Sekian dari saya dan terima kasih kepada yang berkenaan kerana IBM cedok sikit-sikit cerita dari korang. ~ IBM

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA

UNDI ROSAK : Bersediakah Rakyat Malaysia Menentukan Hala Tuju Negara Pada PRU 13?



DARI Perlis hingga ke Sabah, topik yang paling hangat diperbincangkan di setiap penjuru kawasan ialah bilakah tarikh pilihanraya umum ke 13.  Artikel ini bukanlah ingin menceritakan bila tarikh PRU 13, sebaliknya kesediaan rakyat untuk menentukan siapa yang bakal memerintah negara.
Apa yang membimbangkan penulis, seperti yang telah disentuh sedikit pada artikel sebelumnya, ialah sikap Pakatan Pembangkang yang telah mula berkempen sejak 2008 lagi.  Sungguhpun telah memerintah beberapa negeri selepas PRU 2008, namun gaya pembangkang masih wujud biarpun berstatus kerajaan negeri.  Itu menceritakan bagaimana mereka tidak bersedia mentadbir, sehinggakan wujud pelbagai skandal dan isu, seperti yang dipamerkan di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
Gaya berkempen yang tidak kunjung sudah ini sebenarnya telah membuatkan segelintir rakyat merasakan muak dengan politik.  Siang malam berpolitik, 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun cukup membuatkan bilangan itu semakin bertambah.  Itu belum diambil kira dari golongan yang tidak sanggup lagi melihat perpecahan ummah akibat dari politik kafir-mengkafir yang akhirnya mekar sebagai permusuhan sejati diantara 2 parti utama orang Melayu, iaitu UMNO dan PAS.
Kekeliruan yang terhasil dari tatacara matlamat menghalalkan cara cukup menghibakan.  PAS pula dilihat menggunakan Islam untuk tujuan politik, walaupun ia seharusnya kontra dengan kenyataan ini, iaitu menggunakan politik untuk memartabatkan Islam.  Cukuplah agenda kafir mengkafir sejak Amanat Hadi Awang.  Orang Melayu dan Islam khususnya, terpalit noda politik yang akhirnya membuatkan ramai yang jauh dari politik.
Buktinya, ramai anak muda, terutamanya Melayu menjauhkan diri dari dunia politik.  Bukan sekadar persepsi, hakikat jumlah orang Melayu yang masih belum mendaftar sebagai pemilih adalah bukti yang nyata bahawa sikap tidak ambil tahu, muak, dan benci kepada politik wujud di kalangan mereka.
Contoh Undi Rosak
Tidak cukup dengan itu, kebimbangan ini disokong pula dengan fakta bahawa, terdapat 20,669 undi rosak di Selangor, sesuatu yang penulis anggap sebagai protes, walaupun ia bersifat untuk tidak memihak kepada mana-mana pihak.  Sungguhpun angka ini tidak mewakili semua, tetapi penulis yakin, sebahagian besarnya adalah lahir dari kebencian terhadap politik, yang kuat sentimennya sejurus sebelum memangkah kertas undi.
Itu di Selangor.  Angka yang membimbangkan juga wujud pada 2008 di negeri-negeri seperti Johor (26,216 undi rosak), Perak (20,302 undi rosak) dan Kedah (15,000 undi rosak).
Seringkali terdengar kata-kata “menyerah” apabila memilih untuk memangkah kedua-dua parti yang bertanding, sebagai langkah penyelesaian terhadap “beban” yang dipikul, hanya untuk memilih siapa yang harus memerintah – menentukan hala tuju negara.
Tentunya survival Islam dan Melayu menjadi tandatanya selepas PRU 13 nanti, kerana terdapat 600 ribu mereka yang layak mengundi di Selangor tetapi masih belum mendaftar sebagai pemilih.  Dan orang Melayu tergolong dalam senarai teratas di kalangan 600 ribu tersebut.
Apakah sikap muak kepada politik menjadi punca butanya kuasa memilih yang ada di tangan mereka?. Jom sama-sama kita fikirkan demi untuk masa depan kita, anak-anak dan negara yang kita cintai. ~ IBM
Terima kasih Selangor Daily.com
DAN TERIMA KASIH JUGA KERANA SUDI MEMBACA