Pages

Friday, February 28, 2014

ANWAR BRAHIM AKAN PENGSAN BILA BACA BERITA INI.......

JUMAAT, 28 FEBRUARI 2014
BERITA yang sudah tentu Anwar Brahim tak mahu dengar. Bila IBM kaji dan kaji memang ada lojiknya dan ianya boleh berlaku. Peratusan undi kepada calon BN di Dun Kajang, Datin Paduka Chew Mei Fun dijangka bertambah berbanding PRU13 lalu. Itu yang diramalkan oleh pakar Geostrategi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan (gambar bawah kanan). Katanya, Chew Mei Fun diramalkan mampu mendapat sokongan terbesar daripada penduduk Melayu yang meliputi 48 peratus pengundi berdaftar di Kajang.Ini kerana pengundi Melayu telah belajar dari kealpaan PRU13 di mana sokongan pengundi Cina secara menyeluruh kepada PR hampir menumbangkan kerajaan BN.  Berdasarkan statistik PRU13, hampir 60 peratus daripada keseluruhan pengundi Melayu Kajang memberi sokongan kepada BN iaitu calon dari MCA.

Tetapi bagi pandangan IBM, PRK Kajang adalah berbeza semasa PRU13. Pengajaran dari PRU13, pengundi Melayu akan mengalih sokongan kepada BN. Malah, tidak mustahil peratus sokongan pengundi Melayu kepada BN mampu melonjak sehingga 80 peratus, begitu juga pandangan Dr Azmi  Mengikut kajian pengundi, Kajang mempunyai 38,965 pengundi berdaftar dan daripada jumlah ini 48 peratus ialah pengundi Melayu, 41 peratus Cina, 10 peratus India dan lain-lain 1 peratus. Mengimbas kembali keputusan PRU-13 lalu, calon PKR Lee Chin Cheh menang setelah memperoleh 19,571 undi dengan majoriti 6,824 undi.

Manakala, calon MCA, Lee Ban Seng kecundang dengan mendapat hanya 12,747 undi. Bagi PRK 23 Mac ini, Chew Mei Fun bukan sahaja berdepan dengan calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  malah beliau akan ditentang oleh dua calon bebas iaitu Datuk Zaid Ibrahim dan S Nallakaruppan. Kata Dr Azmi lagi, undi protes daripada pengundi Cina dijangka menjejaskan sokongan kepada PKR dan memberi kelebihan kepada BN. Semasa PRU13 lalu, sokongan pengundi Cina kepada PKR adalah 80 peratus dan besar kemungkinan akan menurun sebagai tanda protes. 

Protes pengundi Cina dijangka berlaku kerana PRK Kajang tidak akan mengubah status quo kerajaan PR di Selangor. Manakala, Chew Mei Fun mampu meraih pengundi Cina yang sebelum ini mengundi PKR berlandaskan tiga faktor iaitu kepimpinan baharu MCA, undi protes terhadap PKR kerana seakan-akan mempermainkan pengundi dan undi simpati daripada pengundi wanita. Gabungan tiga faktor ini mampu memperbaiki sokongan 20 peratus pengundi Cina kepada BN semasa PRU13 kepada hampir 40 peratus dalam PRK Kajang, katanya.

Maka, bolehlah kita mengambil kesimpulan disini bahawa laluan Anwar Brahim pada PRK DUN Kajang bulan 23 March ini bukanlah jalan yang mudah buatnya untuk memenanginya kerana calon kita, Cik Chew Mei Fun yang  dianggap sebagai 'underdog' akan terus berusaha sehingga mencapai kejayaan. Anwar Brahim sudah tentu tidak dapat tidur lena. Diberitakan Anwar Brahim kini sedang berada di Jepun. Sama-sama kita berkerja kuat dan berdoa agar BN memperolehi kejayaan. Ayuh semua, kita londehkan seluar Anwar Brahim di kajang. Wasallam.
 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

KES PASANGAN SUNDAL ALVIVI DISEBUT SEMULA 14 APRIL INI

JUMAAT, 28 FEBRUARI 2014
MAHKAMAH  Sesyen hari ini menetapkan 14 April untuk sebutan semula kes pasangan penulis blog kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang menghadapi tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan. Hakim Murtazadi Amran menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharudin Wan Ladin memberitahu Mahkamah, keputusan terhadap rayuan pasangan terbabit telah ditetapkan pada 10 April ini di Mahkamah Rayuan.


"Pasangan itu telah memfailkan rayuan untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi mereka di bawah Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan mereka dan rayuan berhubung kes itu akan diputuskan Mahkamah Rayuan pada 10 April," katanya. Terdahulu, mahkamah turut membenarkan permohonan peguam Adilah Kamarzaman untuk mengecualikan kehadiran kedua-dua anak guamnya pada tarikh sebutan 14 April.

Pada 21 November lepas, Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, untuk membatalkan pertuduhan dihadapi mereka mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan dengan alasan pertuduhan yang dibuat terhadap mereka adalah sah, teratur dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
    
Mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, Tan dan Lee didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen bertajuk ''Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang mengandungi logo halal, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan, di CAF-Syed Restaurant Jalan Dan
    
Mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, Tan dan Lee didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!)' yang mengandungi logo halal, berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan, di CAF-Syed Restaurant Jalan Dang Wangi di sini antara 11 dan 12 Julai lepas.

Mereka juga didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang sama pada tarikh sama di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini mengikut Akta Hasutan 1948. Mereka turut berdepan pertuduhan mempamer gambar lucah di https://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama antara 6 dan 7 Julai lepas mengikut Akta Penapisan Filem 2002. - BERNAMAg Wangi di sini antara 11 dan 12 Julai lepas.

Mereka juga didakwa memuat naik satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian-Alvivi' di pautan https://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang sama pada tarikh sama di Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini mengikut Akta Hasutan 1948. Mereka turut berdepan pertuduhan mempamer gambar lucah di https://alviviswingers.tumblr.com/ di tempat sama antara 6 dan 7 Julai lepas mengikut Akta Penapisan Filem 2002. - BERNAMA

P/S ~ Mula-mula IBM ingat kes ini dah tutup. Sundal dua ekor tu dibebaskan. Tiba-tiba terbaca di akhbar hari ini kes barua Cinbeng dua eko tu akan disebut kembali pada bulan April akan datang. Harap pihak Mahkamah dapat memainkan peranan penting, jangan kasi muka pada dua eko pasangan biadap ni yang telah menghina kesucian agama Islam. Apa yang mereka marah sangat kat Islam tu? Dan apa Islam dah buat pada mereka? Kalau saja nak syok-syok, lupakanlah. Kami orang-orang Islam bukannya tunggul. Cuit kami, kami akan cuit balik. Kalau lebih-lebih sangat terimalah padahnya. Selamat berbuka di Sg Buloh dan Kajang pada kedua-dua eko Cinabeng sial ni. ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

KES SAMAN PAPAGOMO : NUAR BERAHIM BERANGAN MENANG RM100 JUTA, TAPI DAPAT RM800 RIBU SAHAJA..KAH..KAH..KAH!!

JUMAAT, 28 FEBRUARI 2014
SEBELUM ini, Anwar Berahim berangan-angan akan menang dalam kes samannya terhadap pengandali blog 'Papa Gomo'  sebanyak RM100 juta kerana menfitnah dan mengaitkannya dalam video seks dengan seorang lelaki. Betul, hari ini Anwar Brahim menang dalam kes tersebut, tapi, angan-angan untuk membawa pulang RM100 juta tidak kesampaian apabila Mahkamah memerintah Wan Muhammad Azri hanya membayar ganti rugi sebanyak RM800 ribu kepada Ketua Pembangkang, Anwar Brahim. 

Seperti yang kita tahu, pada 21 Mac tahun lalu, Anwar memfailkan saman menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013. Selain ganti rugi am, teruk, teladan, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah, beliau memohon satu perintah injunksi bagi menghalang defendan terus menerbitkan perkataan fitnah dan imej berkenaan.
Prosiding perbicaraan yang bermula semalam memanggil dua saksi plaintif termasuk Anwar dan seorang saksi defendan iaitu Wan Muhammad Azri memberi keterangan. Walaupun Wan Muhammad Azri kalah di dalam kes tersebut, tapi, beliau masih tidak mengaku bahawa beliau adalah 'Papagomo'. IBM rasa Wan Muhammad Azri balik dengan senyuman, tapi, Anwar Brahim mungkin tengah marah gila kerana tak dapat guna duit tu untuk kempen PRK DUN Kajang. Hahaha.

Mungkin sekarang ni kepala Nuar Brahim tengah berserabut, tertekan di segi sudut. Ini, sedikit sebanyak akan menjejaskan pristasi beliau bagi menghadapi PRK DUN Kajang. Orang harapannya, Khalid gagap pun sudah mula rengang dengan beliau, jarang-jarang kelihatan di Kajang untuk membantu Anwar berkempen. Itu pertanda Anwar akan lingkup. Insyallah. Wasallam
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

ANWAR BERAHIM TERDESAK. BUAT RAYUAN LAGI DAN LAGI.....

JUMAAT, 28 FEBRUARI 2014
'SESUMPAH' ni bukanya tahu malu. Dia akan cuba dan cuba lagi. Tebalkan muka, rayuan demi rayuan dibuat walaupun telah di tolak oleh Mahkamah. Dia merayu lagi. Semalam, Ketua Pembangkang, Anwar Berahim membuat rayuan buat kali ketiga memfailkan permohonan untuk menggugurkan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan dirinya dan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Kenapa nak dengar rayuan si peliwat ni. Teruskan je, jangan tangguh lagi. Masa sudah sampai, sumbatkan si Nuar Berahim ni ke dalam penjara. Baru aman negara ni.

Mengikut sumber dari Mahkamah, permohonan yang akan didengar di Mahkamah Rayuan pada 3 Mac ini dibuat atas alasan peguam terbabit pernah didapati bersalah melanggar peruntukan di bawah Akta Profesion Undang-Undang 1976 dan dikenakan hukuman denda RM5,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib Majlis Peguam pada 5 Oktober 2012. Permohonan tersebut difailkan pada Selasa lalu. Baru-baru ini Anwar gagal lagi dalam cubaan keduanya untuk menggugurkan peguam, Tan Sri Dr. Muhammad  Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwatnya. Ada je alasan si peliwat ni nak melenggahkan kes nya. Puiii! Takut ke apa?

Sementara itu, pasukan panel hakim yang diketuai Hakim Besar Malaya, Zulkefli Ahmad Makinudin (gambar atas kanan) memutuskan, permohonan Anwar Berahim tidak berjaya ekoran terdapat kenyataan luar yang hanya dibawa ke Mahkamah tetapi tidak ditampilkan bersama bukti kukuh. Maka, keputusan Mahkamah selepas melihat keputusan itu, untuk mengesahkan kelayakan Tan Sri Shafee menjadi pendakwaraya ekoran kenyataan Mat Zain yang hanya dibuat diluar dan beliau tidak hadir. Jadi Mahkamah tidak boleh menerimanya, kata Hakim Besar Malaya itu. Jesteru, elok benarlah Mahkamah menolak  rayuan ke tiga Anwar Berahim tu. Apa kata kita iringi dengan pukulan kompang bila Nuar Berahim di hantar ke Sg Buloh nanti. Hehehehe. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

SINDIKIT KUTIP DERMA HARAM DITAHAN POLIS!!

JUMAAT, 28 FEBRUARI 2014
IPOH: Polis menahan dua daripada 19 anggota sindiket yang menggunakan dokumen palsu untuk mengutip derma sejak dua tahun lepas dengan jumlah kutipan dianggarkan lebih RM500,000. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak Supt Maszely Minhad berkata kedua-dua wanita masing-masing berumur 36 tahun dan 37 tahun itu ditahan ketika sedang mengutip derma di sebuah sekolah di sini pada pukul 9.40 pagi Selasa lepas. "Mereka mendakwa mengutip derma untuk tabung pembinaan tambahan asrama dan surau sebuah pertubuhan anak yatim di Simpang Pulai," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Beliau berkata tangkapan itu susulan aduan daripada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPK) pada 20 Februari lepas dan hasil siasatan pasukan khas yang ditubuhkan untuk menyiasat kes itu. Katanya berdasarkan buku resit yang dirampas daripada suspek, kedua-dua wanita itu berjaya mengutip kira-kira RM5,700 sejak Januari lepas daripada beberapa buah sekolah dan orang persendirian. Maszely berkata mereka aktif membuat kutipan di sekitar Ipoh, Taiping, Selama, Kuala Kangsar dan Kulim.
"Kedua-dua suspek pernah bekerja memungut derma untuk pertubuhan itu dan mereka memperoleh permit yang sah pada tahun 2011. Tetapi permit itu hanya sah digunakan dalam tempoh tiga bulan sahaja," katanya. Beliau berkata kedua-dua suspek direman tiga hari mulai Khamis. Polis juga menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan mana-mana pengutip derma individu atau pertubuhan bagi memastikan mereka tidak ditipu. - BERNAMA 
P/S ~ Sebenarnya kita yang beri muka kat diorang. Tak kira sapa yang datang minta derma, mesti bagi tanpa selidik dulu betul ke tidak. Pemurah sangat. Maka, naik mua le mereka. Tapi, buat kerja menipu ni tak tahan lama. Lambat laun akan dikesan jugak. Tuhan tu kaya. dia tak izinkan manusia seperti itu bermaharajalela. Tak kaya mana pun. Tertangkap jua akhirnya. Wasallam ~ IBM
 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Thursday, February 27, 2014

HAHAHA...ANWAR BERAHIM TERLAMBAT DAH KENA 'CHECKMATE', KATA ZAHID

KHAMIS, 27 FEBRUARI 2014
MALU besar Nuar Berahim. Mana tidaknya. Bakal Menteri Besar Selangor tidak di panggil sama semasa menandatangi MoU di antara Kerjaan Selangor dan Kerajaan Pusat memuktamadkan penstrukturan air, semalam, Rabu. Ini sekali gus membantutkan hasrat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk campur tangan dalam isu tersebut sekiranya menjadi Menteri Besar Selangor. Anwar dah terlambat, dah kena 'Checkmate'. Menurut bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, sudah terlambat bagi Anwar untuk mempengaruhi rundingan yang sudah dimeterai itu seandainya dia memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang dan diangkat sebagai Menteri Besar. Segala-galanya dah terlambat. Hasrat Anwar sudah terbantut, katanya tersenyum seperti nak ketawa.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah pada sidang media di kediamannya hari ini, Khamis. Semalam, hari Rabu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menandatangani MoU berkenaan dengan Kementerian Tenaga Teknologi Hijau dan Air (KETTHA) bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat Syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion oleh kerajaan pusat bagi pengambilalihan saham syarikat konsesi. Antara isi kandungan perjanjian tersebut termasuklah kerajaan negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat akan membenarkan Putrajaya meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.
Selain itu, kerajaan negeri juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat Syarikat konsesi air di Selangor. Ekoran pengambilalihan tersebut, satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor yang akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB). Kerajaan Selangor menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan. Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai dakwaan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli bahawa pimpinan Pakatan Rakyat tidak dimaklumkan mengenai perkara itu, Zaid berkata tidak menjadi satu kesalahan jika Abdul Khalid tidak berbuat demikian.
Tindakan Abdul Khalid itu tepat kerana ia dilakukan atas kapasiti beliau sebagai Menteri Besar. Siapalah Anwar untuk diberitahu. Setakat jadi 'Punahsihat' apa ada. Justeru beliau tidak perlu memaklumkan mengenainya kepada parti atau ketua Pembangkang, Anwar Berahim. Malah, katanya,   sebagai orang yang lama menetap di Selangor pun rasa lega dan gembira. Sekurang-kurangnya krisis air di negeri ini dapat diselesaikan katanya. Jelas Zaid, beliau yakin pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor sudah sedia maklum mengenai perkara itu cuma mereka tidak bersetuju perjanjian itu ditandatangani. Mereka tahu mengenainya kerana rundingan sudah lama dibuat. Tapi Anwar sebenarnya ingin air di Selangor diswastakan untuk mengaut keuntungan. Al-maklumlah, jika Menteri Besar baharu dilantik, dia tak boleh buat apa-apa kerana perjanjian sudah ditandatangani, katanya.
Maka, naik angin seluruh badan Nuar Berahim. Segala plannya tak menjadi. Cita-citanya untuk menjadi Menteri Besar pun agak terbantut kerana informasi terkini atau kerja risikan  yang beliau buat, rakyat Kajang tidak mahu Nuar jadi Menteri Besar Selangor sekali gus menolak beliau menjadi wakil rakyat di DUN kajang. Aduhai.....kalau betuilah apa yang IBM dengar, malang sungguh nasib Nuar Berahim. Ingat nak kenakan Khalid Berahim. Rupanya Khalid Berahim ni lagi cekap, bukan bodoh rupanya. Hehehehe.....kesian Nuar Berahim.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

KESIAN HJ HADI......HUHUHU...TAK ADA ORANG NAK TOLONG KE?

KHAMIS, 27 FEBRUARI 2014
DULU sewaktu menjelangnya PRK DUN Kuala Besut, Terengganu bila mana timbul ura-ura tindakan saman terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang berhubung tuduhannya konon ada calon PKR yang mengedar pil kuda, ramai penyokong PAS yang hanya pandang sebelah mata sahaja. Pada mereka hasrat yang disuarakan oleh Ketua AMK PKR Cabang Dungun yang juga adalah bekas calon PKR Dun Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin (gambar kanan) itu tak lebih sekadar gertakan kecil untuk menarik perhatian umum tatkala tumpuan seluruh negara sedang mengikuti kerancakan kempen PRK Kuala Besut. Tak kurang juga ada suara sumbang dikalangan penyokong PAS yang beranggapan kemunculan Shamsul bersama bekas Pengarah Pilihanraya PKR Terengganu, Yahya Zakaria di Kuala Besut didalangi dan diupah oleh UMNO konon bertujuan menggagalkan kempen PAS untuk menawan DUN Kuala Besut dalam PRK tersebut.

Barangkali terpengaruh dengan pandangan-pandangan sedemikianlah agaknya para penasihat dan peguam PAS sengaja buat tidak endah dengan isu saman tersebut meskipun beberapa bulan kemudian bekas calon PKR itu benar-benar membawa isu saman pil kuda ke mahkamah demi maruah diri dan keluarganya. Sekelumit kemaafan atau pun tindakan bersemuka meminta penjelasan langsung tak diusahakan. Walhal yang menyaman rakan sepakatan yang sama-sama berkubang sama sendiri demi nak mengejar kuasa duniawi. Sekarang apa jadi? Ternyata ia bukan lagi ura-ura sebaliknya Hadi Awang kini berdepan realiti bebanan besar yang memalukan diri sendiri setelah Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkannya membayar saman berjumlah RM2,000,000.00 dalam penghakiman ingkar kepada Ketua AMK PKR Cabang Dungun. 

Terkejut berut dibuatnya penyokong PAS yang dulu memandang enteng kesungguhan bekas calon PKR DUN Bukit Besi untuk merealisasikan hasratnya menyaman Presiden PAS. Dulu beriya menuduh Shamsul mendapat upah dari UMNO untuk kacau kempen PAS di PRK Kuala Besut, sekarang selepas 7 bulan berlalu mimpi ngeri pula yang datang. Mungkin RM 2 juta bagi PAS terlalu kecil seperti kata YDP PAS Kawasan Gombak, Salehuddin Nasir bahawa cukup dengan hanya sekali seruan jihad dipalu pasti melimpah ruah wang datang berkoyan-koyan. Yakin benar pimpinan PAS pada kesanggupan penyokongnya untuk menghambakan diri demi pucuk pimpinan. Hakikatnya isu saman ini bukan sekadar soal wang ringgit kerana hal yang lebih besar adalah maruah PAS dan pucuk pimpinannya yang kini agak tercalar teruk di mata khalayak. Mana mungkin rakyat nak hormat PAS kalau dah pemimpinnya sendiri terpalit dengan isu fitnah rakan sepakatan.

Penangan isu pil kuda dan saman RM 2 juta bukan setakat itu sahaja kerana lebih memburukkan keadaan maruah Hadi Awang selaku Presiden PAS semakin dipandang sebelah mata oleh sesetengah penyokong PAS. Mereka seperti malu dan menyalahkan Hadi seratus peratus atas isu yang timbul. Lebih malang lagi ada penyokong PAS dari golongan liberal yang secara ‘lembut’ mengambil kesempatan mendesak Hadi meletakkan jawatan dengan alasan untuk menjaga maruah PAS disamping untuk mengelakkan kemerosotan sokongan pengundi PR terhadap Anwar Ibrahim menjelang PRK DUN Kajang.

Begitulah rendah sekali darjat Presiden PAS kini. Apalah sial benar nasib Hadi selepas bertahun-tahun menghambakan diri demi PR dengan mengikut segala kemahuan PKR dan DAP, tapi balasan yang diterima perlu menanggung malu disaman berjuta dan di masa yang sama terpaksa pula terkontang konting dicemuh sesetengah penyokong PAS. Dah macam nasib si lebai malang pula gayanya. Ada yang terasa kasihankah? Tak perlu kasihan pun. Hadi sendiri yang jemput bala disebabkan egonya yang tinggi maka kenalah dia terima hakikatnya. [Sumber : Dari rakan blogger].

P/S ~ Padan muka ko Hadi. Mulut tu terlalu celupar. Ego tinggi. Dan jangan dik kerana bibir ko  yang tebal macam bibir orang asli, apa ko ingat boleh cakap sesuka hati ko, fitnah orang. IBM bukan nak menyebelahi budak PKR ni, tapi, memang patut ko kena saman. Lain kali jangan cakap sebarang cakap. Apa, Ko ingat ko tu Presiden PAS boleh cakap apa saja yang ko nak cakap. Sekarang, terimalah akibatnya. Kesian....kesian Hj Hadi Awang ni ye...huhuhuhu. Wasallam ~ IBM

 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

SAH! SPR TERIMA NOTIS PENGOSONGAN DUN BALINGAN. EHMMM..PRK LAGI LE NAMPAKYA...

KHAMIS, 27 FEBRUARI 2014
KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Mac bagi membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Balingian, Sarawak yang akan dikosongkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, esok. Mesyuarat yang dijadual bermula 10 pagi itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR, Putrajaya. Ia akan diikuti dengan sidang akhbar selepas itu, kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh (gambar kanan) dalam kenyataan, di sini hari ini.
    
Beliau juga memaklumkan bahawa SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam berkenaan pengosongan kerusi Dun Balingian oleh penyandangnya Taib, yang berkuatkuasa esok, 28 Februari. Taib yang berkhidmat sebagai ketua menteri Sarawak sejak 1981 akan melepaskan jawatan secara rasmi esok.

Di KUCHING, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar (gambar kiri) berkata, beliau menerima sepucuk surat daripada Abdul Taib semalam yang memaklumkan bahawa beliau akan mengosongkan kerusi berkenaan, esok. Kata Mohamad Asfia, beliau memaklumkan perkara itu kepada SPR secara bertulis hari ini. "Kami serahkan kepada SPR untuk mengambil tindakan seterusnya apabila kerusi itu dikosongkan (esok), yang secara automatik membolehkan satu pilihan raya kecil diadakan," katanya pada satu sidang akhbar.

Mohamad Asfia berkata oleh kerana kerusi berkenaan dikosongkan lebih dua tahun sebelum berakhirnya tempoh penggal dewan undangan negeri pada 20 Jun 2016, maka satu pilihan raya kecil perlu diadakan mengikut Seksyen 21 (5) perlembagaan negeri. Katanya terserah kepada ketua menteri akan datang, Tan Sri Adenan Satem, untuk menentukan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil itu. Adenan, yang kini Menteri Tuags-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri, dijadual mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sarawak kelima, esok. Abdul Taib pula dijadual mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak baharu pada Sabtu ini.

P/S ~ PRK lagi. Belum pun selesai PRK DUN Kajang, bahangnya telah pun terasa, tiba-tiba lepas ni nak menghala ke Sarawak pula. Aduhai.....letih..letih di buatnya. Tapi, apa boleh buat dah tugas kita sebagai penyokong setia BN, harus kita tempuhi segala dugaan seperti ini. Tuhan menguji kita. Bersedia semua, kita ke Sarawak. bila ye?....hehehehe..tak tahu lagi. Wasallam ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

DAH PUN MENCECAH 30 JUTA ORANG RAKYAT MALAYSIA. MALAYSIA BOLEH!

KHAMIS, 27 FEBRUARI 2014
PETALING JAYA : Menjelang subuh di Malaysia pada Khamis, jumlah populasi di negara ini akan mencecah jumlah 30 juta orang. Menurut jam populasi di laman web Jabatan Perangkaan Malaysia, negara ini mempunyai seramai 29,999,530 rakyat sehingga pukul 6.43 petang Rabu. Berdasarkan pemantauan The Star Online terhadap jam populasi ini, kira-kira satu kadar kelahiran berlaku setiap minit, yang bermakna angka 30 juta angka itu akan dicapai pada kira-kira pukul 2 pagi Khamis.

Menurut unjuran populasi jabatan tersebut, angka 38.5 juta orang penduduk akan dicapai pada tahun 2040, yang terdiri daripada 19.6 juta lelaki dan 19 juta perempuan. Jabatan ini juga menyatakan bahawa pada tahun 2010, Bumiputera membentuk 67.4% daripada populasi, Cina (24.6%), India (7.3%), dengan bangsa-bangsa lain.

P/S ~ Diharap dengan pertumbuhan populasi negara ini akan bertambah maju dan makmur. Rakyatnya sentiasa hidup aman, dan dan penuh dengan ke harmonian. Wasallam. ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

ANWAR BERAHIM UMPAMA MELUDAH KE LANGIT KENA MUKA SENDIRI

KHAMIS, 27 FEBRUARI 2014
SETIAP kali bila keputusan Pilihanraya diumumkan, samada Pilihanraya Umum (PRU) atau Pilihanraya Kecil (PRK) di umumkan, Anwar Berahim dengan lantang mengkritik dan menuduh bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan penipu apabila keputusan tidak memihak kepada partinya. Bermacam-macam tomahan yang beliau lontarkan kepada SPR. Tapi, senario itu kini berbeza. Ini jelas apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini sekali gus membuktikan fitnah dan tohmahan yang dilemparkan Ketua Pembangkang itu terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selama ini tidak benar. Anwar di ibaratkan umpama 'meludah ke langit terkena muka sendiri'.

Semalam IBM terbaca dalam sebuah artikel akan kenyataan dan komen dari seorang veteran UMNO, Tan Sri Hussein Ahmad (gambar kanan) yang menegaskan, tindakan Anwar itu sekali gus mengiktiraf dan meyakini peranan SPR sebagai sebuah badan bebas dan adil. Malah katanya, kalau kita imbas dan ingat kembali tuduhan yang tidak berasas daripada Anwar dan jika beliau berpegang pada prinsip dan penegasan bahawa SPR tidak bebas dan adil termasuk dakwaan wujudnya lebih 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi Barisan Nasional (BN), Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sudah pasti tidak akan bertanding dalam pilihan raya tersebut.

IBM setuju dengan pendapat Tan Sri itu apabila Anwar bertanding, ini membetulkan fitnah terhadap SPR yang dikatakan sebagai tidak betul, tak telus. Ini juga membuktikan bahawa Anwar Berahim yakin dan mengesahkan SPR itu adil serta demokratik. Jadi, segala tuduhan selama ini tidak betul. Kalau kata SPR tak adil, sudah pasti Anwar tidak akan bertanding, betul tak?  Sebagai bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Hussein berkata, sekiranya Anwar memenangi PRK itu, 'kemasukan' Anwar ke dalam DUN Selangor bakal mengancam kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Maka, dari pandangan beliau, jika ini berlaku apa yang diperjuangkan oleh Tan Sri Abdul Khalid selama ini untuk negeri dan parti akan menjadi sia-sia, ibarat 'habis madu, sepah dibuang', jelasnya. Atas dasar itu katanya, pengundi di Kajang perlu 'mengajar' Anwar dengan memberikan kemenangan kepada calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang memiliki pengalaman serta memahami nasib masyarakat. BN untuk semua. Itulah yang kita perjuangankan selama ini, dulu, kini dan selama-lamanya.

Dalam perkembangan yang sama katanya, PRK itu juga memberi peluang kepada masyarakat Cina yang selama ini dikatakan memboikot BN untuk kembali ke pangkal jalan. Beliau dengan penuh yakin perubahan akan berlaku iaitu BN kembali mendapat kepercayaan masyarakat Cina, katanya. Insyallah. Sementara itu, beliau memberikan nasihat berikut kepada Anwar: "Kalau kalah, jangan hendak kata macam-macam, tuduh itu ini. Kalau kalah, terima kekalahan itu dan jangan salahkan SPR lagi." Setuju dengan nasihat dan saranan dari Tan Sri Hussein itu. Hidup BN...tersungkur Anwar. Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

KU NAN YAKIN CHEW MEI FUN BOLEH TUMBANGKAN ANWAR BERAHIM PRK KAJANG

KHAMIS, 27 FEBRUARI 2014
PUTRAJAYA: Calon Barisan Nasional (BN) Datin Paduka Chew Mei Fun mempunyai kemampuan dan berpeluang cerah untuk menang pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini. Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Chew yang juga naib presiden MCA mempunyai pengalaman menjadi wakil rakyat kerana pernah menjadi anggota Parlimen Petaling Jaya Utara selama dua penggal mulai 1999 hingga 2008. "Chew merupakan calon terbaik BN dalam memastikan kemenangan BN dalam PRK Kajang kerana DUN Kajang merupakan kawasan yang pernah dimenangi BN beberapa kali menerusi calon MCA pada pilihan raya yang lepas sebelum pembangkang memerintah negeri Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada epemberita selepas melakukan cabutan undi untuk Kejohanan Liga Bola Sepak Piala Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor peringkat Sekolah-Sekolah di Putrajaya 2014 di sini Rabu. Tengku Adnan berkata demikian ketika ditanya sama ada Chew berpeluang menang pada PRK Kajang dan mampu menarik pengundi atas pagar yang merupakan antara faktor penting dalam memastikan kemenangan BN kelak. Kerusi DUN Kajang kosong selepas wakil rakyatnya Lee Chin Cheh dari PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas untuk memberi laluan kepada Ketua Umum parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.
Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata pembangkang secara sengaja menggunakan pihak berkuasa tempatan untuk menurunkan poster-poster berkaitan BN di sekitar Kajang. "BN tidak melakukan perkara itu (menurunkan poster parti lawan) apabila memerintah sesebuah negeri..tak mengapa itu cara pembangkang, apa yang penting semua parti komponen BN harus bekerja keras dalam PRK DUN Kajang dalam memastikan kemenangan BN kelak," katanya. Tengku Adnan juga berkata persiapan jentera BN untuk PRK DUN Kajang berjalan lancar dan hari ini beliau menghadiri mesyuarat pengurusan BN yang dipengerusikan Timbalan Pengerusi BN yang juga Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Mesyuarat itu membincangkan mengenai persiapan dan perancangan parti komponen BN menghadapi PRK DUN Kajang, katanya. Mengenai kejohanan liga bola sepak itu, Tengku Adnan berkata ia akan dimulakan dengan kategori di bawah 18 tahun mulai 8 Mac hingga Jun depan dan bagi kategori 15 tahun dan 12 tahun pula akhir tahun ini untuk mencungkil bakat-bakat baharu di kalangan pelajar. Sebanyak 10 sekolah menengah dan 11 sekolah rendah di Putrajaya menyertai kejohanan itu dengan hadiah RM10,000 untuk setiap kategori, katanya. Sumber - BERNAMA
P/S ~ Bukan setakat Ku Nan sahaja yang yakin, kita orang pun yakin yang Datik Paduka Chew boleh tumbangkan Anwar Berahim di Kajang nanti. Sayangi Selangor, Yakini BN. BN boleh!. Insyallah. ~ IBM
 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Wednesday, February 26, 2014

HAHAHA!! MACAM MANA ANWAR BERAHIM TAK TAHU MENAHU MOU SELANGOR - PUTRAJAYA??

RABU, 26 FEBRUARI 2014

PELIK juga bila Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kata beliau dan partinya tidak tahu menahu berhubung Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimaterai antara kerajaan Selangor dan kerajaan pusat hari ini. Katanya, beliau dimaklumkan dari masa ke semasa tetapi tidak mengetahui perkembangan terkini berhubung perkara itu. Ini mesti kerja Khalid yang sengaja sembunyikan dari Anwar. Takut Anwar sabotaj kot. Hehehehe.

Maka, itu sebabnya beliau keberatan untuk mengulasnya, kata Anwar selepas sesi minum petang di Kajang hari ini. Katanya, walaupun secara prinsipnya bersetuju dengan rundingan itu, beliau masih mengkaji maklumat yang diperolehnya daripada kerajaan negeri dan tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini. Beliau juga berkata akan menjadi penyelesaian segera terhadap isu air di negeri itu. Isss...isss..betui ke nuar oiii. Kot cakap mulut je, tapi hati tu bengkak habis. Maklumlah ianya seolah-olah Khalid mempermainkan ko yang akan mengambil alih sebagai Menteri Besar selepas PRK Kajang nanti. Khalid bukan bodoh Nuar oiii.

Akhirnya, hari ini Selangor dan kerajaan persekutuan telah mencapai persetujuan yang membolehkan kerajaan negeri mengambil alih Pengurusan Syarikat-Syarikat bekalan air dan menerima pampasan RM9.65 bilion. Kerajaan persekutuan juga akan menyuntik dana berjumlah RM2 bilion bagi membantu Selangor menguruskan Syarikat-Syarikat berkenaan. Sebagai balasan, Selangor akan membenarkan kerajaan persekutuan untuk meneruskan pembinaan loji rawatan air Langat 2. Samada Anwar Berahim setuju atau tidak, itu tidak menjadi soal. Siapa Anwar Berahim? Belum pun jadi Menteri Besar lagi. Tapi....itu hanya mimpin Anwar. Beliau tidak layak jadi Menteri Besar Selangor, kata orang.

Alhamdulillah, akhirnya Kerajaan Selangor akur dan Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditanda-tangani oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Berahim di saksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yasin di Putrajaya hari ini. Wasallam.

 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

PKR DILANDA DEMAM SAMAN MENYAMAN PETANDA PARTI NAK ROBOH!!

RABU, 26 FEBRUARI 2014


PAKATAN RAKYAT DIAMBANG PERPECAHAN
AZMIN SAMAN 'SUARA KEADILAN'

BELUM lagi reda pasal seorang bekas wakil rakyat PKR menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Haji Awang, kini timbul pula lagi satu mala pertaka yang mana diberitakan Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkemungkinan akan menyaman portal rasmi PKR iaitu, 'Suara Keadilan'. Ramai dikalangan orang-orang kuat dan ahli-ahli PKR terkejut dengan tindakan Azmin itu. Untuk meredakan keadaan, ahli majlis tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menyiasat desas-desus yang mendakwa Timbalan Presidennya itu, Mohamed Azmin Ali menyaman lidah rasmi parti itu sendiri - Suara Keadilan kerana menyiarkan laporan berunsur fitnah. 
Kerataan akhbar Hj Hadi kena saman :
HJ HADI KENA SAMAN RM2JUTA..HJ HADI KENA SAMAN RM2JUTA..
Sehubungan itu PKR menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty bagi mendapatkan fakta lengkap mengenai perkara itu. Bagaimanapun hingga kini Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar bawah kiri) masih belum dapat mengesahkan kesahihan maklumat berkenaan. Mengikut sumber, perkara itu dibangkit dalam mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang diadakan di Kajang baru-baru ini mengenai tulisan saudara Hishamuddin Rais (gambar bawah kanan) di dalam Suara Keadilan yang dikaitkan menyentuh atau bernada serangan terhadap beberapa pemimpin. Keputusan dari MPP ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan kumpulan Suara Keadilan bagi mengumpulkan maklumat, latar belakang dan mendengar pandangan mereka, katanya  hari ini, Rabu.
Jelas Saiduddin, PKR hanya akan bertindak selepas mendapatkan fakta lengkap terhadap siasatan yang sedang dijalankan itu. Kalau nanti mereka menemui maklumat seperti surat guaman dan sebagainya ke atas Suara Keadilan, jawatan kuasa itu akan bawa saranan kepada pimpinan pusat. Buat masa ini beliau belum terima apa-apa lagi. Tentang saman yang disuarakan oleh Azmin Ali  tidak begitu jelas (saman Suara Keadilan)...hanya diberitahu melalui SMS. Tapi, beliau sendiri belum tengok lagi surat peguam itu, katanya. Sebelum ini timbul laporan di media bahawa Suara Keadilan diarahkan PKR memberi penjelasan berhubung penyiaran artikel Hishamuddin sebagai kolumnis lidah parti itu yang bertajuk “Khalid dan Azmin” kerana dikatakan memfitnah Azmin.
Artikel itu disiarkan Suara Keadilan bilangan 160 pada 11 Februari lalu. Artikel tersebut menganalisis dan menerangkan kemelut yang melanda antara Azmin dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Dalam artikel itu, Hishamuddin menyifatkan Azmin masih mempunyai unsur dan ideologi Umno dan kurang disenangi parti komponen Pakatan Rakyat (PR) lain seperti PAS dan DAP. Tapi, maklumat terkini yang IBM dapat dari rakan PKR yang boleh dipercayai, bahawa tujuan Azmin berbuat demekian kerana Azmin merasakan bahawa beliau akan disingkirkan dari PKR. Sebelum beliau disingkir atau tersingkir semasa pemilihan parti PKR tak lama  lagi, baik beliau meneruskan saman fitnah terhadap beliau.
Ini jelas menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin dalam PKR sudah tidak sehaluan lagi. Bak kata perpatah, 'retak menanti belah'. Akan berkecaikah PKR? Kalau umur panjang, kita semua boleh saksikan yang juga berkemungkinan PKR akan dibubarkan. Tunggu!! Wasallam.
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

TERKINI : KEADAAN A RAHMAN HASSAN STABIL DI HKL..ALHAMDULILLAH

RABU, 26 FEBRUARI 2014

DUNIA HIBURAN
KUALA LUMPUR: [Lanjutan berita semalam]. Penyanyi era 60-an Datuk A. Rahman Hassan berada dalam keadaan stabil selepas ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat pengsan semasa menghadiri majlis pelancaran DVD Asas Gerak Melayu yang diadakan di Istana Budaya di sini petang Selasa. Menurut menantunya Siti Jasmina Ibrahim, keadaan bapa mertuanya itu stabil dan beliau akan menjalani pemeriksaan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kejadian rebah itu.
"Doktor akan buat ujian sinar x pada bahagian kepala bapa saya untuk mengetahui punca dia rebah. "Bagaimanapun keadaan jantung dan tekanan darahnya dalam keadaan normal," katanya ketika ditemui di HKL di sini pada Selasa. Siti Jasmina juga isteri kepada pelakon Khir Rahman. Dalam kejadian pada pukul 3.30 petang itu, A. Rahman rebah ketika sedang duduk di kerusi di dalam dewan sebelum sempat disambut oleh tetamu yang berada di sebelahnya.
Ketika kejadian, mantan Timbalan Ketua Pengarah Artistik Istana Budaya, Datuk Mohd Bisharuddin Mohd Nor Bhasa, sedang menyampaikan ucapan perasmian acara tersebut. Penyanyi itu dikejarkan ke HKL apabila sebuah ambulan tiba di tempat kejadian 15 minit kemudian. A. Rahman sepatutnya bertindak sebagai moderator program berkenaan bersama-sama Datuk Zulkifli Zain, Datuk Ramli Ibrahim dan Norzizi Zulkifli.
P/S ~ Alhamdulillah. Sama-sama kita mendoa agar penyanyi sensasi di era 60-an ini cepat sembuh. Semalam ada juga rakan-rakan IBM bertanya, betul ke A Rahman Hassan masuk Hospital? IBM kata yele...betui le tu. Berihatlah bang Rahman. Dunia seni tak akan lari. Sembuh nanti, sambung balik. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"