Pages

Monday, March 31, 2014

PM ARAHKAN CARI MH370 SAMPAI DAPAT

ISNIN, 31 MARCH 2014
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia komited sepenuhnya terhadap operasi menjejaki Penerbangan MH370 Malaysia Airlines (MAS) dan tidak akan menghentikan pencarian sehingga pesawat itu ditemui. Ketika operasi mencari memasuki minggu ketiga, Perdana Menteri berkata ingatan dan doa beliau sentiasa bersama keluarga penumpang dan anak kapal pesawat jenis Boeing 777-200ER itu, yang hilang pada 8 Mac. "Ketika masuk minggu ketiga pencarian MH370, kami memberi jaminan bahawa kerajaan Malaysia komited sepenuhnya terhadap operasi pencarian dan tidak akan menghentikan operasi sehingga pesawat dijumpai," katanya dalam catatan terbaharu beliau di Facebook.

JANGAN POLITIKKAN KENYATAAN PM "PENERBANGAN MH370 BERAKHIR DI SELATAN LAUTAN HINDI"


Najib turut melahirkan penghargaan kepada kerajaan Australia dan negara lain yang menyertai misi pencarian MH370. "Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk melahirkan penghargaan saya kepada kerajaan Australia dan negara lain atas usaha mengesan pesawat kami yang hilang," katanya. Pesawat itu, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dan membawa 239 penumpang serta anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam. Pada 24 Mac lepas, Najib mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

P/S ~ IBM setuju dengan kenyataan oleh YAB DS Najib bahawa operasi menjejaki MH370 akan diteruskan sehingga ianya di jumpai. Sementara itu, kita rakyat Malaysia yang simpati dengan insiden ini, marilah sama-sama kita berdoa agar pesawat MH370 di jumpai dan misteri kehilangan MH370 ini akan terungkai dengan segera. Wasallam ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

TIADA BUKTI KEHILANGAN MH370 DENGAN KEGANASAN

ISNIN, 31 MARCH 2014
Penggubal undang-undang kanan Amerika Syarikat (AS) berkata penyiasat tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan keganasan sebagai faktor kehilangan pesawat MH370 tiga minggu lalu dan adalah penting untuk menemui pesawat itu bagi mengetahui apa yang berlaku. Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Dewan, Mike Rogers dan Pengerusi Jawatankuasa Perisikan Senate, Dianne Feinstein, dalam rancangan temubual, berkata mereka tidak menemui bukti perbuatan khianat. 

Saya belum melihat satu apa pun daripada siasatan itu yang akan menjurus saya merumuskan bahawa ini adalah kerana sesuatu selain penerbangan biasa dan sesuatu yang tidak kena berlaku, Rogers memberitahu Fox News Sunday. Minggu lalu, pegawai AS yang hampir dengan siasatan itu berkata FBI sudah memeriksa data dari simulator dan peralatan komputer yang digunakan juru terbang MH370 tetapi tidak menemui sebarang perkara yang mencurigakan. - Reuters

P/S ~ Teruskan misi mencari dan sama-sama kita berdoa agar dipermudahkan lagi pencarian penumpang2 dan anak2 kapal MH370. Amin! Wasallam ~ IBM

"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Sunday, March 30, 2014

APA HAL LE PULAK NAMA PAK LAH TERSENARAI DALAM PENGAWASAN NSA, APA SALAH PAK LAH?

AHAD, 30 MARCH 2014
BERLIN : Dokumen sulit yang didedahkan oleh akhbar Jerman, Der Spiegel, semalam menunjukkan nama bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi tersenarai di kalangan pemimpin yang dilaporkan menjadi sasaran Agensi Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat (NSA) untuk pengawasan. Laporan itu bagaimanapun, tidak memberi apa-apa maklumat lanjut mengenai pengawasan terhadap bekas perdana menteri Malaysia itu. Lebih 100 nama pemimpin-pemimpin asing tercatat dalam senarai tersebut. Satu siri fail dari arkib yang diberikan kepada pemberita oleh pemberi maklumat NSA, Edward Snowden, yang turut dilihat oleh Intercept, mendedahkan bahawa antara nama dalam senarai NSA itu termasuklah Canselor Jerman, Angela Merkel.

Dokumen-dokumen itu juga buat kali pertama mengesahkan bahawa pada bulan Mac 2013, NSA mendapat perintah mahkamah rahsia terhadap Jerman sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan AS untuk memantau komunikasi yang berkaitan dengan negara itu. Der Spiegel, pada Oktober lalu menerbitkan cerita bahawa panggilan telefon bimbit Merkel telah dipantau oleh NSA, mencetuskan tindak balas diplomatik yang tegang terhadap hubungan AS-Jerman. Merkel dilihat telah diletakkan di bawah NSA itu yang dipanggil 'Target Knowledge Base' yang Der Spiegel gambarkan sebagai pangkalan data agensi pusat terhadap individu sasaran. Keterangan dalaman NSA menyatakan bahawa pekerja boleh menggunakannya untuk menganalisis 'profil lengkap' orang yang disasarkan.

Sistem carian NSA yang dinamakan Nymrod menunjukkan Merkel disenaraikan bersama Bashar al -Assad dari Syria. Hanya 11 nama yang ditunjukkan pada dokumen itu, dengan Abdullah Badawi mendahului senarai. Senarai ini mengikut susunan abjad, tetapi senarai penuh mengandungi 122 nama, kata Der Spiegel. Nama-nama lain dalam senarai itu termasuk Alexander Lukashenko (Belarus) dan Alvaro Uribe (Columbia). NSA menggunakan sistem Nymrod untuk 'mencari maklumat berkaitan sasaran yang sukar dikesan' menurut dokumen dalaman NSA.

Nymrod mendapat laporan rahsia berdasarkan komunikasi yang dipintas serta transkrip penuh yang difaks, panggilan telefon dan komunikasi yang dikumpul dari sistem komputer. Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Caitlin Hayden memberitahu The Intercept bahawa pentadbiran Obama "tidak memantau dan tidak akan memantau komunikasi Canselor Merkel." Bagaimanapun, beliau tidak menafikan bahawa pengawasan yang telah berlaku pada masa lalu dan enggan mengulas menganai intipan terhadap para pegawai kanan Jerman masih diteruskan. 

Persoalan yang timbul kini dan menjadi tanda-tanya. Apa salah Pak Lah dan kenapa pengawasan terhadap beliau baru sekarang di timbulkan oleh NSA? Sama-sama kita nantikan akan perkembangan selanjutnya. Pak Lah harus tampil dan menyiasat sejauh mana kebenarnya akan laporan dari Jerman itu. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

RUMAH KATA PERGI, KUBUR KATA MARI, BARU TOK GURU POK NIK INSAF DAN MINTA MAAF? ISSSSSSS...

AHAD, 30 MARCH 2014
Bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bergenang air mata hari ini memohon maaf di atas segala kesilapannya sepanjang 23 tahun mentadbir negeri ini. Malah beliau yang juga Mursyidul Am Pas menganggap sakit yang dialaminya sekarang adalah 'kifarat' atas dosa yang dilakukan selama memimpin negeri ini. Permohonan maaf itu dibuat ketika beliau menyampaikan kuliah subuh di Masjid Pulau Melaka di sebelah rumahnya di sini pagi ini. "Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan. "Ini sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," katanya yang dipetik daripada akaun laman sosial, Facebooknya di sini hari ini. Turut hadir di kuliah itu ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nik Abdul Aziz, 83, merupakan Menteri Besar paling lama dalam sejarah memerintah negeri ini. Tokoh yang dikenali dengan pelbagai kenyataan kontroversi itu menerajui pemerintahan negeri ini selama lima penggal bermula pada tahun 1990 sehingga 2013. Beliau melepaskan teraju pemerintahan kepada Timbalannya, Datuk Ahmad Yakob selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu kerana masalah kesihatan. Dalam wawancara eksklusif bersama Mingguan Malaysia pada 12 Januari lalu, beliau buat pertama kalinya mendedahkan mengenai keadaan kesihatannya seperti masalah prostat sehingga terpaksa membawa beg plastik untuk menyalurkan air kencing dan bateri bagi menguatkan jantungnya.

Difahamkan pada masa kini, Nik Abdul Aziz yang lebih dikenali dengan panggilan 'Tok Guru' terpaksa lebih kerap berulang alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk menerima rawatan. Beliau juga tidak hadir pada himpunan Reformasi 2.0 di Kota Bharu yang disertai Anwar kerana tidak sihat. Bagaimanapun sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan tersebut, keadaan dalaman Pas negeri ini agak berkecamuk dengan pergeseran di antara pemimpin. Malah ada di antara pemimpin Pas mula mengkritik kepemimpinan Ahmad dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan atas pentas ceramah secara terbuka. Ehmm, bagus le kalau dah insaf. Nasib baik belum padam lagi. Cepat-cepatlah bertaubat Pok Nik ooi moga diampuni oleh Allah SWT. Amin! Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

PRK BALINGAN : PKR KENA LANYAK TERUK-TERUK. BUNGKUS HABIS!

AHAD, 30 MARCH 2014
MEMANG sudah di duga. PKR akan bungkus. Kalah besar pulak tu. Tahniah kepada Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian pada pilihan raya kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu, dengan majoriti 6,911 undi. Calonnya Yussibnosh Balo, 48, memperoleh 8,194 undi, berbanding calon PKR Abdul Jalil Bujang, 55, yang mendapat 1,283 undi.
Pada 2011, bekas Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud memperoleh 6,210 undi untuk memenangi kerusi DUN Balingian dengan majoriti 5,154 undi, dalam pertandingan tiga penjuru, menewaskan Suriati Abdullah daripada PKR yang memperoleh 871 undi, dan calon Bebas Datuk Salleh Jafaruddin 1,056 undi.
Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK Balingian Shafrie Saili di pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah Mukah, di sini. Katanya 146 kertas undi diisytihar rosak. Undi yang diperoleh Yussibnosh bertambah sebanyak 701 berbanding jumlah undi yang diperoleh Abdul Taib. Pilihan raya kecil (PRK) DUN Balingian diadakan ekoran perletakan jawatan Abdul Taib sebagai Anggota Dewan Undangan negeri Balingian, dan beliau kemudiannya dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Sekali lagi tahniah kepada BN dan terima kasih kepada semua pengundi2 di Balingan yang masih setia dan tetap menyokong BN kerana hanya BN lah parti yang benar-benar membela nasib rakyat. Insyallah, BN akan mengotakan janji-janjinya kepda rakyat-pengundi di Balingan. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Saturday, March 29, 2014

WALAUPUN DIHUKUM PENJARA, NAMUN PASANGAN MALAYSIA INI TIDAK AKAN BUAT RAYUAN

SABTU, 29 MARCH 2014
TAK mengapa mereka ke penjara. Itu sudah ketentuan dari Allah SWT. Itulah agaknya apa yang tersirat dan tersimpan di dalam hati pasangan dari Malaysia ini. Pasangan Malaysia ini, Shalwati Norshal dan Azizul Raheem Awalludin, yang dihukum penjara oleh Mahkamah Daerah Solna di Stockholm, Sweden hari ini, reda dengan keputusan itu serta tidak merancang untuk mengemukakan rayuan. Mengikut kata Kakak Shalwati, Noor Azila Makhzan walaupun sedih, mereka membuat keputusan tidak akan mengemukakan rayuan kerana khuatir hukuman lebih berat dikenakan ke atas pasangan itu.

Keputusan untuk tidak membuat rayuan dibuat selepas mendapat pandangan dan berbincang dengan anggota keluarga. Andai kata rayuan dibuat dan ditolak, takut pula hukuman bertambah berat sedangkan peguam  mereka sememangnya peguam hebat tetapi keputusan masih tidak menyebelahi kita, katanya  Kakak Shalwati ketika dihubungi oleh Bernama. Mahkamah Daerah Solna semalam menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan terhadap Shalwati dan 10 bulan terhadap Azizul Raheem bagi kesalahan mengasari serta mencabuli integriti anak-anak mereka.

Noor Azila berkata Shalwati dan Azizul Raheem sebelum ini turut menyatakan bahawa mereka bersedia dengan apa jua hukuman, meskipun pada hakikatnya mengharapkan yang terbaik. Ini undang-undang Sweden, kita tak boleh kata apa, dia lain daripada yang lain, kita nak komen lebih pun tak boleh, katanya. Noor Azila juga berkata anggota keluarganya di Kota Baharu, Kelantan akan terus menjaga keempat-empat anak pasangan itu. Kita juga dah maklum pada anak-anak mereka apa yang berlaku. Mereka akan terus kami jaga, katanya.


Sementara itu, di KOTA BAHARU, adik Shalwati, Shaleena Norshal, 43, seorang guru yang mempunyai empat anak berusia antara dua dan 17 tahun, turut reda dengan keputusan mahkamah.  Mereka redha dengan keputusan yang dibuat oleh pihak Mahkamah, dan kalau ikut pendakwa raya, mereka ingin jatuhkan hukuman selama dua tahun, kata beliau kepada pemberita di rumahnya di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor hari ini. Shaleena berkata beliau tahu keputusan itu menerusi aplikasi Whatsapp yang diterima daripada seorang anggota keluarga mereka yang berada di Sweden.

Sebelum ini, mereka dah dapat jangka keputusan ini, kami redha dan bersyukur sebab ini hukuman paling minimun yang diberikan kepada mereka dan kami akan berdoa dan lakukan solat hajat agar dipermudahkan urusan mereka. Hukuman ke atas mereka akan dikurangkan jika berkelakuan baik, apa yang saya tahu, mereka juga kena bayar pampasan kepada anak-anak mereka tetapi jumlahnya masih belum diketahui, katanya.

Azizul Raheem, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, ditahan reman sejak 18 Disember tahun lepas kerana didakwa memukul tangan seorang anak lelaki mereka kerana tidak solat. Di fahamkan Wartawan tidak dibenarkan oleh keluarga untuk menemu bual anak-anak pasangan itu iaitu Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Ariff, 7. Sama-sama kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini dan diharap anak-anak mereka teruskan kehidupan di Kelantan. 14 bulan bukanlah lama sangat. Moga ketemu kembali keluarga ini. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

TERSUNGKUR JUGA AKHIRNYA KAPRAL SINK. LETAK JAWATAN SEBAGAI PENGERUSI DAP

SABTU, 29 MARCH 2014
GARA-GARA mulut terlalu celupar, bongkak, sombong dan tinggi diri, akhirnya memakan diri sendiri. Jesteru, Karpal Singh tiadak mempunyai banyak pilihan, terpaksa mengundurkan diri sebagai Pengerusi Kebangsaan DAP, sementara menunggu rayuannya terhadap sabitan kes di bawah Akta Hasutan baru-baru ini. Maka, Timbalan pengerusi parti itu Tan Kok Wai, yang juga Ahli Parlimen Cheras, akan menjadi pemangku pengerusi. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu, Karpal  memberitahu beliau tidak dapat memegang jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP, sehingga sabitan itu diketepikan atau dikurangkan denda di bawah RM2, 000.
Dalam keadaan ini, Karpal secara terbuka mengumumkan bahawa sementara menunggu rayuan beliau kepada Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang telah difailkan, maka beliau mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sebagai pengerusi DAP. Sementara itu, Timbalan Pengerusi, Tan Kok Wai, akan bertindak Pengerusi. Itulah mengikut kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor dalam kenyataanya semalam. Bagaimanapun Karpal tetap dengan pendirian beliau dan tidak akan merendahkan dirinya dengan memohon kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk dari permohonan kelayakan sementara menunggu rayuannya kepada Mahkamah Rayuan.
Tengoklah betapa ego dan sombongnya pemimpin DAP seko ni yang telah banyak memutar-belitkan politik dan juga telah banyak membuat hura-hara didalam mengendalikan kes liwat Anwar Brahim. Dan akhirnya beliau juga terjerat dan dihukum dik kerana kelantangan mulut dan keegoannya. Padan muka. Didalam kes beliau ini, beliau akan serahkan kepada Mahkamah untuk membuat keputusan mengenai perkara itu, katanya. Pemimpin DAP itu didenda RM4, 000 oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Mac , di bawah Seksyen 4 (1 ) (b ) Akta Hasutan 1948, kerana mempersoalkan pengguguran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak oleh Sultan Perak pada 6 Februari 2009.
Persoalanya yang timbul di kalangan pemerhati dan penanalisis politik. Adakah berakhirnya krier politik bangali seko ini yang selama ini begitu lantang dan berani mengkritik kerajaan dan termasuk jugalah kes sekarang ini. Kita tunggu selepas rayuan Karpal Sink ke Mahkamah rayuan samada diterima atau sebaliknya. IBM mengharapkan rayuan Karpal ditolak dan berkuburlah krier politik beliau sekali gus melemahkan semangat si Anwar Brahim yang terlalu bergantung harapan daripada si benggali tua seko ni. Sama-sama kita tunggu. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Thursday, March 27, 2014

DEMI UNTUK ANWAR KAK WAN JIJAH RELA DAN MAHU JADI MB SELANGOR. MUKA TAK MALU!!

KHAMIS, 27 MARCH 2014
MEMANG semua tahu apa motif sebenarnya Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah bertanding di PRK DUN Kajang baru-baru ini. Pertama nak menebus dan menyelamatkan maruah dan politik suaminya, Anwar Brahim. Kini semuanya sudah terhasil, Kak Wan Jijah dah pun menang dan kini bergelar YB ADUN Kajang. Untuk memuaskan nafsu politik kotor suaminya dan agenda yang telah lama dirancangkan oleh sang suaminya jahat, maka Kak Wan Jijah tidak menolak mengenai peluang dan ingin menjadi Menteri Besar Selangor. Walau bagaimanapun beliau terpaksa berkhidmat kepada rakyat Kajang terlebih dahulu. Kononya beliau telah berjanji dan berkata beberapa kali bahawa beliau lebih suka untuk berkhidmat (kepada rakyat Kajang).


Katanya beliau tidak berfikir sangat tentang kedudukan itu. Pagi ini  (Khamis) beliau datang sebagai ADUN Kajang dan apa sahaja yang telah diperkatakan tentang jawatan MB itu pada masa ini....beliau tidak mahu membuat spekulasi, katanya dalam keadaan teragak-agak dan nampak seolah-olah menyembunyikan sesuatu pada sidang akhbar selepas perjumpaan dengan ahli-ahli majlis Kajang, hari ini. Wan Azizah memenangi pilihan raya kecil Kajang pada hari Ahad, meraih 16,741 undi berbanding 11,362 undi untuk calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun. Apabila ditanya sama ada beliau akan menimbang jawatan itu jika Pakatan Rakyat menamakan beliau, Wan Azizah berkata beliau akan berfikir mengenai perkara itu. Disamping itu, Kak Wan Jijah turut ditanya sama ada akan bertanding jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti akan datang. 

Kata Kak Wan, pada masa sekarang beliau akan menumpukan perhatian kepada kawasannya. Yo lah tu. Bagaimanapun, beliau berkata akan bertanding jawatan itu jika Pendaftar Pertubuhan (ROS) tidak membenarkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding jawatan itu. Mahkamah Rayuan baru-baru ini mendapati Anwar bersalah dalam kes liwat dan dijatuhi hukuman penjara lima tahun. Katanya, beliau juga akan meminta nasihat PKR mengenai isu jawatan Presiden. Beliau berkata antara isu-isu di Kajang yang akan diberi perhatian berhubung belia, jenayah dan pengangkutan. Buatlah Kak Wan ooii. Dah diberi mandat, buat je le. Jangan nak cari seribu alasan dan disamping tu senanglah Kak Wan Jijah berulang-alik ke Kajang melawat suaminya, Nuar Brahim yang disumbat ke dalam Penjara Kajang. Hehehehe. Selamat bertugas Kak Wan Jijah. Wasallam ~ IBM
 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

BACAAN TAHLIL DI MASJID NEGARA MALAM INI.

KHAMIS, 27 MARCH 2014

Sebagai simpati kepada semua keluarga mangsa tragedi MH370 yang beragama Islam, jom kita ramai-ramai ke Masjid Negara yang akan menganjurkan bacaan tahlil selepas waktu solat Maghrib bagi memohon untuk mempermudahkan misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia (MAS). Menurut kenyataan Masjid Negara, rakyat beragama Islam dijemput untuk turut serta dalam majlis yang akan turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Seperti yang kita semua ketahui Pesawat MH370 membawa 227 penumpang serta 12 krew berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi 8 Mac dan hilang dari radar kira-kira sejam kemudian di perairan Laut China Selatan.

Penerbangan ke Beijing itu seharusnya mendarat di Beijing pada 6:30 pada hari  yang sama. 
Usaha mencari pesawat tersebut disertai pelbagai negara menggunakan pelbagai aset ketenteraan meliputi kawasan radius penerbangan sekitar Kazakhstan dan Turkeminestan sehingga ke bahagian utara Thailand ke Selatan Lautan Hindi. Operasi kini tertumpu di Selatan Lautan Hindi , barat Perth, Australia selepas Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengesahkan objek yang terapung di Lautan Hindi dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat MH370.
Moga dengan bacaan tahlil yang kita semua lakukan sampai kepada mereka-mereka yang sudah tiada lagi dan menenangkan lagi mereka di dunia fana bertemu dengan penciptanya, Allah SWT. Kepada mangsa lain yang bukan beragama Islam, harap keluarga mereka dapat mengerjakan upacara sembahyang mengikut kepercayaan agama masing-masing. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Wednesday, March 26, 2014

BESAR KEMUNGKINAN BOEING DAN MAS BERDEPAN TINDAKAN MAHKAMAH

RABU, 26 MARCH 2014


TRAJEDI KEHILANGAN MH370


BERKEMUNGKINAN Syarikat Boeing dan Malaysia Airlines berdepan tuntutan Mahkamah yang difailkan oleh ahli keluarga Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang dipercayai terhempas di Lautan Hindi. Difahamkan, dokumen Mahkamah telah difailkan di Mahkamah di Chicago. Wakil-wakil dari Syarikat yang berpangkalan di Chicago, Ribbeck Law Chartered telah berada di sini beberapa hari lalu dan telah bertemu ahli keluarga untuk membincangkan butir-butiran tuntutan Mahkamah.


Ribbeck adalah salah sebuah firma undang-undang penerbangan yang terkemuka di dunia. Sumber berkata, tidak semua ahli keluarga 239 mangsa terlibat dalam proses litigasi. Boeing, pengeluar pesawat 777-200, telah berdepan tindakan undang-undang pada masa lalu. Tuntutan terbaharu telah difailkan di Mahkamah Illinois pada Januari tahun ini oleh sekumpulan penumpang penerbangan Asiana Airlines yang mendarat cemas di San Francisco pada 6 Julai tahun lepas. Tiga orang terbunuh dan lebih 180 yang lain cedera. Malang sungguhlah nasib MAS kerana telah mencuba membuat yang terbaik, kini, Mahkamah pula yang menunggu.

Tuntutan insurance sudah pasti akan diberi kepada semua pewaris-pewaris mangsa nahas MH370. Kemuskilannya di sini, apakah bentuk tuntutan Mahkamah yang difailkan oleh keluarga mangsa? Sukar untuk dijawab. Apapun kita tunggu perkembangan selanjutnya. Wasallam ~ IBM

 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

DENDA 4 RIBU : KARPAL SINK RAYU MACAM NAK GILA

RABU, 26 MARCH 2014
KATA terer sangat. Kebal konon. Itulah, dulu sebelum buat tak fikir dan guna otak. Sekarang apa sudah jadi? Dengar cerita  Pengerusi DAP Karpal Singh memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhi hukuman denda RM4,000 bagi pertuduhan menghasut kerana mempersoal tindakan Sultan Perak menggugurkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar pada 2009. Mengikut kata Peguam Zaleha Al-Hayat, yang mewakili Karpal Singh, ketika dihubungi, notis itu difail di Pejabat Pendaftar Jenayah Mahkamah Tinggi semalam,  Selasa.

Salinan sudah diserah kepada Peguam Negara dan Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan, katanya. Beliau memaklumkan sepucuk surat berkaitan dakwaan salah laku Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin pada 11 Mac lepas turut diserah kepada Tan Sri Abdul Gani Patail. Katanya lagi, salinan surat itu turut diserah kepada Noorin pada kira-kira 5 petang. Karpal Singh, 73, didenda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah melakukan perbuatan itu di firma guamannya di Jalan Pudu Lama pada 6 Februari 2009.

Dia didakwa mengeluarkan perkataan berbaur hasutan bahawa pengguguran Mohammad Nizar dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang baharu boleh dipersoal di Mahkamah. Tahu pulak nak buat rayuan ye. Karpal Singh kan banyak duit, bayar je le atau suruh Nuar Brahim yang bayar. Bila dah bayar nanti, IBM harap Karpal Singh bertaubat kerana usia pun dah lanjut. Tak lama lagi jalan.....hehehehe. Apapun, mungkinkah akan ada satu lagi PRK sekiranya rayuan Karpal Singh di tolak? Sama-sama kita tunggu. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Tuesday, March 25, 2014

HORMATI MH370 : KONSERT TWIN TOWERS@LIVE 2014 DIBATALKAN. TERIMA KASIH PETRONAS!

SELASA, 25 MARCH 2014
Konsert Twin Towers@Live 2014 yang dijadual diadakan di sini pada 28 dan 29 Mac, dibatalkan. Menurut kenyataan Petronas hari ini, keputusan itu dicapai sebulat suara bersama penaja lain dan penganjur konsert, Live @ Work Sdn Bhd, sebagai tanda hormat kepada keluarga, sahabat handai dan orang tersayang kepada penumpang serta anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370. Kami sesungguhnya sedih dengan tragedi ini dan merakamkan ucapan takziah kepada mereka, dan selaku penaja, kami akan melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan semua pihak berkaitan yang menerima kesan daripada pembatalan ini akan mendapat layanan sewajarnya, jelas kenyataan itu.

Pesawat MH370 yang hilang daripada radar sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth, Australia. Pengesahan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar khas itu menamatkan segala teka-teki mengenai ke mana hilangnya pesawat MH370 sejak 17 hari lalu. Menurut Perdana Menteri, rumusan mengenai nasib pesawat MH370 dibuat berdasarkan kajian serta siasatan rapi oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).

P/S ~ Terima kasih Petronas kerana menghormati kepada keluarga mangsa tragedi MH370. Mungkin di hari lain konsert ini boleh diadakan semula. Kepada peminat-peminat konsert tersebut, harap memahami akan situasi tersebut. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

KESIAN DUA EKO 'PANGLIMA BADUT' PKR DI LARANG MEMASUKI SARAWAK, TAPI KETUANYA LEPAS....

SELASA, 25 MARCH 2014
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli dilarang masuk Sarawak pada Selasa. Kedua-dua Ahli Parlimen pembangkang itu benggang dan merapu di Twitter bahawa mereka tidak dibenarkan memasuki negeri itu dan diminta untuk pulang ke Kuala Lumpur. Heheheh....padan muka korang berdua. Penerbangan bersama @AnwarIbrahim @rafiziramli ke Sibu : Rafizi & beliau diberitahu tidak dibenarkan masuk ke Sarawak, kata Tian Chua di Twitternya.
Manakala Ahli Parlimen Pandan, Rafizi menulis di Twitternya bahawa beliau dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua ditahan di pejabat Imigresen Sibu, bagi menunggu pengusiran. Mereka berdua tidak dibenarkan memasuki Sarawak, kata beliau di Twitter. Walau bagaimanapun Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan memasuki negeri itu.
Terdahulu dari itu semalam, Isnin, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail tidak dibenarkan memasuki negeri itu. Ahli Parlimen pembangkang berada di Sarawak untuk berkempen sempena pilihan raya kecil (PRK) Balingian yang akan diadakan pada Sabtu. IBM rasa langkah tersebut yang dibuat oleh pihak berkuasa Sarawak untuk tidak membenarkan kedua-kedua 'Panglima Badut' PKR masuk ke Sarawak adalah keputusan yang tepat sekali.
IBM dapat rasakan, sekiranya kedua-duanya dibenarkan masuk akan menjadikan suasana di PRK Balingian akan menjadi kecoh. Dah ramai rakan-rakan mereka dari Pakatan Rakyat Semenanjung berkumpul di sana. Harapan kita agar Barisan National (BN) akan menang besar sekali gus membelas dendam kekalahan BN di PRK DUN Kajang. IBM rasa rakyat/pengundi di DUN Balingian tidaklah se bodoh penduduk di Kajang. Mereka tahu siapa yang mereka nak pilih. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

MH370 KEHABISAN MINYAK, KATA INMARSAT

SELASA, 25 MARCH
Firma Satelit Britain, INMARSAT yang berjaya merungkai kedudukan terakhir pesawat MH370 di Lautan Hindi, turut membuat pendedahan yang menyatakan pesawat tersebut kehabisan minyak. Naib Presiden Kanan INMARSAT, Chris McLaughlin dalam satu temubual di Sky News berkata, pesawat yang terbang ke arah selatan itu menghadapi situasi tersebut. Beliau berkata, pendedahan bahawa MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia adalah berdasarkan analisis baru oleh penyiasat-penyiasat di United Kingdom dan INMARSAT. Menurut laporan BBC, INMARSAT mengemukakan data baru itu kepada bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) supaya ia boleh diperiksa sebelum disebarkan kepada orang awam.

INMARSAT berkata, pengiraan terbarunya melibatkan sejumlah besar data analisis yang memberi tumpuan kepada beberapa faktor termasuk pergerakkan pesawat lain. Firma itu menambah, bahawa ini adalah teknik terbaru dan oleh kerana itu, analisis tersebut memakan masa. Katanya, firma itu mengkaji “ping” elektronik yang pesawat itu hantar kepada salah satu satelitnya. Kami telah berurusan dengan sesuatu yang baru. Kami telah cuba untuk membantu siasatan berdasarkan hanya satu isyarat yang diterima sekali setiap jam dari sebuah pesawat yang tidak ada sebarang data GPS, masa dan jarak maklumat.

Mereka berjaya mencari jalan untuk mengatakan hanya satu “ping”  sahaja boleh digunakan untuk mengatakan pesawat itu membuat perjalanan. Kemudian, melalui proses penyingkiran dengan membandingkannya dengan pesawat-pesawat yang lain, diketahui ia terbang ke arah Selatan, kata MacLaughlin. Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pesawat MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu, disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Najib berkata, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit INMARSAT dan AAIB yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke koridor selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu. Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah. Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, kata Najib.

P/S ~ Persoalan yang timbul. Kenapa MH370 menukar haluan sedangkan distinasi sebenarnya ialah ke Beijing? MH370 juga dikata berpatah balik menghala ke Penang, dan kenapa tiba-tiba boleh menuju ke Lautan Hindi. Atas sebab apa dan arahan siapa? Harap jawapan ini dapat dirungkai dengan segera kerana kerajaan dan MAS di kecam hebat oleh keluarga mangsa terutamanya dari kaum keluarga warga Cina dan juga pembangkang haram jadah. Sedih dan geram dengan sikap pembangkang yang tak habis-habis menyalahkan kerajaan. Wasallam ~ IBM


 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

MALAYSIA RAKAM TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA PENUMPANG DAN KRU MH370

SELASA, 25 MARCH
Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga penumpang dan kru pesawat MH370 yang disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak menghormati privasi setiap ahli keluarga mangsa. Katanya, Malaysia telah memaklumkan berita menyedihkan itu kepada mereka. – UTUSAN ONLINE
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

MH370 : ISTERI KAPTEN ZAHARIE AKAN DISIASAT OLEH FBI....

SELASA, 25 MARCH 2014
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan menyoal isteri juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah, menurut laporan tabloid British, Daily MirrorLaporan tersebut hari ini menyatakan bahawa isteri dan ibu kepada tiga orang anak, Faizah Khan akan disoal dalam penyiasatan yang disokong oleh FBI dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang yang telah memasuki minggu ketiga. Ejen perisikan Amerika dikatakan akan menerajui siasatan menjurus kepada latarbelakang Zaharie, 53, dan pembantu juruterbang beliau, Fariq Abdul Hamid, 27. Walau bagaimanapun tabloid itu memetik sumber yang rapat dengan siasatan sebagai berkata bahawa, semakan terhadap Fariq hampir selesai dan setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda yang dapat membantu siasatan, dan ini bermaksud Zaharie kini menjadi tumpuan.

Ia memetik sumber sebagai berkata: Nampaknya tidak apa-apa dalam kehidupan Fariq Hamid yang dapat mencadangkan motif rampasan. Kehidupan peribadi Zaharie, bagaimanapun, adalah jauh lebih rumit dan sedang dalam proses untuk membongkarkannya. Laporan itu menambah siasatan FBI akan cenderung kepada kehidupan peribadi Zaharie termasuk hubungannya dengan keluarga dan kecenderungan politik beliau. Mereka juga dikatakan berminat untuk memeriksa laporan bahawa Zaharie menerima panggilan telefon dua minit sebelum berlepas daripada seorang wanita misteri menggunakan nombor telefon bimbit yang diperolehi menggunakan identiti palsu.

Polis Bukit Aman bagaimanapun pada hari Ahad menafikan laporan tabloid British Daily Mail mengenai panggilan misteri dengan menyatakan ia spekulasi semata-mata. The Daily Mirror juga melaporkan bahawa FBI berharap untuk mencari petunjuk dari tiga skrin simulator penerbangan rumah Zaharie di mana beliau bermain tiga permainan : Flight Simulator X, Flight Simulator 9 dan X-Plane 10. Ejen FBI di Amerika Syarikat terus memeriksa cakera keras simulator dalam usaha untuk mendapatkan apa-apa petunjuk tentang apa yang mungkin telah berlaku atau mengenai fail yang telah dipadam, menurut laporan. Pihak berkuasa juga dikatakan telah menamatkan pusingan kedua tapisan bagi setiap penumpang, termasuk dua warga Iran yang membuat kunjungan menggunakan pasport palsu.


P/S ~ Ramai yang tertanya-tanya kenapa mesti FBI masuk campur dan menyiasat kes kehilangan pesawat MH370 ini?....kenapa tidak gunakan kepakaran pihak Polis kita sendiri? Banyak jawapannya dan ungkainnya. Bagi IBM elok juga FBI masuk campur kerana saban hari kehilangan MH370 ini tiada petujuk yang jelas samada ianya di culik atau terhempas. Kita tunggu dan lihat sahajalah. Jangan suka buat andaian yang negatif. Apapun teruskan berdoa agar anak-anak kapal dan penumpang-penumpang MH370 dapat ditemui. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

Monday, March 24, 2014

SAH! PESAWAT MH370 BERAKHIR DISELATAN LAUTAN HINDI ~ NAJIB

ISNIN, 24 MARCH 2014
PETALING JAYA : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu 'berakhir' di selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia. Beliau yang bercakap dalam sidang media pada malam Isnin berkata, berdasarkan analisis baru, Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) telah menyimpulkan bahawa pesawat MH370 telah terbang di sepanjang Koridor Selatan, di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia. Najib menambah, Immarsat yang merupakan syarikat United Kingdom menyediakan data satelit yang menunjukkan koridor utara dan selatan. Menggunakan sejenis analisis tidak pernah digunakan sebelum ini, mereka telah dapat mengesan laluan penerbangan terakhir MH370. Kedudukan itu jauh dari mana-mana lokasi pendaratan.


Dengan duka cita saya perlu memberitahu anda bahawa menerusi perkembangan terbaharu ini, pesawat MH370 ‘berakhir’ di selatan Lautan Hindi, katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur. Najib berkata, satu sidang media akan diadakan pada Selasa berhubung perkembangan lanjut mengenai pesawat MH370. Beliau menambah, ia merupakan peluang terawal untuk menunjukkan komitmen dan menghormati keluarga penumpang dan anak kapal, yang merupakanprinsip dalam penyiasatan berhubung kehilangan pesawat MH370.
MAS (Penerbangan Malaysia) telah memaklumkan mengenai perkembangan ini kepada semua keluarga penumpang dan anak kapal. Saya tahu berita yang paling baharu ini merupakan sesuatu yang begitu sukar bagi kita semua, katanya. Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777, hilang dari radar Malaysia pada pukul 1.30 pagi 8 Mac selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke Beijing. Pesawat yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu sepatutnya tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
P/S ~ Al-Fatihah untuk aanak-anak pesawat MH370 dan juga penumpang-penumpang yang beragama Islam. Kepada semua keluarga mangsa, takziah, terimalah adanya kerana itu semua adalah ketentuan dari Allah SWT. Wasallam ~ IBM
"TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"

KINI MH006 PULA BERMASALAH. TERPAKSA MENDARAT CEMAS KE HONG KONG. APA SUDAH JADI DENGAN MAS?

ISNIN, 24 MARCH 2014
Belum lagi terungkai kehilangan MH370, kini satu lagi pesawat milik MAS MH006 menghadapi masalah. Malaysia Airlines (MAS) Isnin mengesahkan pesawat MH006 syarikat penerbangan itu dari Kuala Lumpur ke Incheon, Seoul, malam tadi, dilencongkan ke Hong Kong ekoran generator kapal terbang yang tidak berfungsi. Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Pengurus Perhubungan Awam Media MAS Kharunnisak Dzun Nurin berkata pesawat Airbus A330-300 itu selamat mendarat di Hong Kong.

Bekalan tenaga biasa terus dibekalkan menggunakan unit Kuasa Bantu dan kapal terbang itu kemudian dilencongkan ke Hong Kong untuk pembaikan dan mendarat dengan selamat, katanya. MH066 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 11.37 malam dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 6.50 pagi waktu tempatan (5.50 pagi waktu Malaysia). 

Beliau berkata kesemua 271 penumpang dari MH066 dipindahkan ke penerbangan lain. Penerbangan balik MH067 dari Incheon ke Kuala Lumpur dibatalkan dan penumpang dipindahkan ke pesawat lain di samping penerbangan berikutnya oleh Malaysia Airlines ke Kuala Lumpur, katanya. Selepas kehilangan MH370, dilaporkan semalam pesawat MH114 dari kuala Lumpur ke Kathmandu  dilanggar oleh sekumpulan itek yang menyebabkan cermin hadapan pesawat tersebut pecah berkecai. 

Nampaknya nasib begitu malang bagi Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS). Satu bala ke satu bala. Apapun, itu adalah ketentuan dari Allah swt. Kita tidak dapat melayan takdir. Maka, marilah kita sama-sama berdoa agar MAS terus beroperasi dengan cemerlang dan janganlah pulak takut untuk menaiki pesawat MAS. IBM yakin para pegawai MAS dapat menghadapi segala apa jua dugaan. Insyallah. Wasallam ~ IBM
 "TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA"