Pages

Tuesday, June 3, 2014

DYANA AKAN TINGGALKAN DAP? BESAR KEMUNGKINAN. TUNGGUUUUUU!

SELASA, 03 JUNE 2014
PEACE! TAPI PEACE YANG TAK AKAN BERTAHAN LAMA

SEORANG  bekas naib Presiden DAP membuat ramalan dan membayangkan Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP yang kalah dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan Sabtu lepas, akan meninggalkan parti pembangkang itu. Tunku Abdul Aziz Ibrahim  (gambar kiri) membuat ramalan itu berdasarkan pengalaman sendiri ketika bersama DAP. Beliau menyertai parti itu pada Ogos 2008 dan meletak jawatan pada Mei 2012. Tunku Abdul Aziz berkata beliau percaya Dyana Sofya, 27, menganggotai DAP kerana yakin ia sebuah parti pelbagai kaum. Jika kelak beliau mendapati ia bukan parti pelbagai kaum, terserahlah kepadanya (untuk meninggalkan parti itu). Beliau menyertai DAP kerana mempunyai kepercayaan penuh terhadap parti itu, kata Tunku Abdul Aziz. Dyana Sofya tewas tipis dengan 238 undi kepada Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, 53, daripada Barisan Nasional (BN) dalam pertandingaan satu lawan satu bagi merebut kerusi Parlimen Teluk Intan.

Ditanya sama ada perjalanan Dyana Sofya dalam DAP sama seperti laluan yang telah ditempuhinya, Tunku Abdul Aziz berkata beliau dijemput menyertai parti itu bukan untuk diberi kedudukan atau platform tetapi untuk memerangi rasuah. Beliau tertarik dengan idea memerangi rasuah, bukan untuk menentang kerajaan seperti yang mereka lakukan. Beliau menyertainya untuk kebaikan negara dan masyarakat, katanya. Setelah menyertai parti itu, Tunku Abdul Aziz dilantik sebagai naib presiden dan pada 31 Mei 2009, beliau lantik sebagai senator untuk mewakili Pulau Pinang. 

Pada Mei 2012, beliau mengumumkan meletak jawatan daripada parti itu dengan alasan tidak bersetuju dengan pendirian DAP mengenai perhimpunan Bersih 3.0, yang antara lain, menuntut pilihan raya diadakan secara bebas dan adil. Jadi, kita tunggu dan lihat samada Dyana boleh bertahan lama dengan DAP atau meninggalkan DAP apabila tembelang DAP terbongkar setelah mengetahui bahawa DAP bukanlah parti pelbagai kaum. DAP adalah parti anak beranak dan 'rasis'. Tunggu!. Wasallam ~ IBM

2 comments:

  1. dia keluar dari dap dan masuk umno dgn bagi alasan bla ..bla...bla..., dan umno belai dia dgn macamx jawatan untuk dia dan emak dia ..... inilah cara orang politik cari makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibm~snor4057,

      Kalau dia keluar DAP, belum tentu Umno terima dia....kita tggu dn lihat sahaja dulu...

      Delete