SELASA, 24 FEB 20
SEMBANG-SEMBANG POLITIK :
WALAUPUN ianya bukan dari mulut Anwar, tapi secara lojiknya Anwar secara tak sengaja sudah mengaku bahawa beliau bersalah dan beliau adalah seorang peliwat tegar. Kalau tidak mendapat arahan dari Anwar, Kak Wan Jijah tidak akan membuat dan menfailkan rayuan 'pengampunan' dari Duli Yang Di Pertuan Agung di atas kesalahan liwat beliau. IBM mendapat maklumat yang soheh bahawa Keluarga Anwar Ibrahim telah memfailkan rayuan pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, pada saat-saat akhir terhadap hukuman penjara lima tahun yang dihadapinya atas kesalahan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Notis tersebut difailkan bagi mengelakkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh. Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat, Fahmi Fadzil berkata rayuan tersebut telah difailkan oleh anak kedua Anwar, Nurul Nuha pada hari ini, Selasa. Rayuan pengampunan tersebut telah dihantar oleh Nuha bersama dengan ibunya ke Istana Negara petang Selasa. Rayuan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan juga akan berjalan seperti yang dirancang,
Menurut Fahmi keluarga Ketua Pembangkang itu akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai rayuan pengampunan tersebut dalam tempoh satu jam lagi. Sementara itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata pihaknya masih perlu surat rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk mengesahkan tarikh penerimaan notis berkenaan. Pengesahan daripada Speaker akan membolehkan SPR mendapatkan pandangan daripada Penasihat Undang-Undang SPR untuk tindakan selanjutnya, katanya. Sebelum ini, iaitu semalam, Isnin, Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli pondan telah membuat satu kenyataan bahawa Anwar tidak akan memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong terhadap hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadapnya. Rafizi memberitahu bahawa mereka tidak menerima sebarang arahan daripada Anwar berhubung permohonan pengampunan berkenaan. Kalau pemohonan pengampunan itu dibuat, bermakna Anwar menyerah dan mengistihar bahawa beliau bersalah dan beliau benar-benar telah meliwat Saiful Bukhari.
Diberitakan juga Anwar akan mengeluarkan satu kenyataan penuh pada malam ini, tapi, belum lagi ada berita terkini akan hal tersebut. Apapun kita tunggulah sahaja. Yang penting bagi IBM, Anwar dilihat telah 'menjerat leher' beliau sendiri. Pembohongan demi pembohongan yang Anwar telah buat selama ini, akhirnya terpancus dari mulut beliau sendiri apabila mengemukan rayuan pengampunan bagi kesalahan liwatnya. Tuhan maha adil, Langkah Kajang yang diilhamkan oleh Anwar dan Rafizi pondan tidak menjadi, malah Anwar tersalah langkah yang mana akhirnya langkah beliau menuju ke penjara Sungai Buloh. Adakah rayuan pengampunan Anwar diterima? Sama-sama kita tunggu. Wassalam ~ IBM