Wednesday, February 4, 2015

KENAPA SABAH BENCI SANGAT ORANG PAKATAN?

RABU, 04 FEBRUARI 2015
BERTIMPA-TIMPA nasib malang yang menimpa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ni. Nama-nama seperti Tian Chua, Mat Sabu dan beberpa orang lagi pernah dihalau dan tidak dibenarkan memasuki negeri Sabah oleh kerajaan Sabah. Terkini, apa yang IBM tahu, pemimpin DAPigs, iaitu nonya Teresa Kok pula di halang daripada memasuki Sabah. Teresa Kok di tahan sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Sandakan, kira-kira pukul 3:00 petang tadi. Pada pukul 3:05 petang,Teresa di bawa ke Pejabat Imigresen yang terletak di Lapangan Terbang dan di beritahu oleh Pegawai Imigresen yang bertugas, beliau tidak dibenarkan memasuki Sabah. Berita penahanan Teresa Kok di pejabat Imigresen IBM perolehi dari aplikasi WhatsApp yang dihantar oleh rakan blogger IBM. Diberitakan juga, Ahli Parlimen Bukit Bendera (DAP) Zairil Khir Johari, juga mendapat WhatsApp dari Nonya Teresa Kok. Tidak pula di beritahu atas dasar atau kesalahan apa yang Teresa Kok lakukan sehingga tidak dibenarkan memasuki Sabah. Lepas itu, Nonya Teresa dihantar pulang ke Kuala Lumpur dengan pesawat yang sama setengah jam kemudian. 


Dalam laporan Roketkini, heboh pasal si Nonya Teresa Kok kena halau. Tapi, dalam edisi bahasa Cina. IBM tak faham sepatah haram pun. Sumber yang IBM dapat tidak pasti samada larangan tersebut ada kaitan dengan kes yang sedang di hadapi oleh Nonya Teresa Kok yang didakwa dibawah 'Akta Hasutan' kerana menerbitkan sebuah video sempena perayaan Tahun Baru Cina tahun 2014. Video tersebut dibuat khas bagi menyindir pemimpin-pemimpin UMNO/BN, walaupun tidak dinyatakan secara jelas. Namun, ianya dilihat sebagai bahan hasutan. Namun, pada tahun ini Nonya Teresa Kok tampil lagi dengan video klipnya dengan menampilkan lebih ramai pelakon yang terdiri daripada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat seperti Nurul Izzah, Pak Samad hippis, Khalid gereja dan beberapa orang lagi. (seperti gambar diatas ). Apa mesejnya? Harap tidak berbau hasutan. Buat masa ini, Nonya Teresa Kok tengah pening kepala. Walaupun Tahun Baru Cina lama lagi, IBM nak ucapkan 'Gong Xii Faa Chai' kepada semua para pelakun video klip terbaru terbitan Nonya Teresa Kok. - IBM
Comments
0 Comments
Facebook Comments by Blogger Widgets

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...