WALAUPUN ada ura-ura mengatakan ahli-ahli akar umbi Umno di Johor akan membuat protes akan kehadiran Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak ke mesyuarat Umno Bahagian Pasir Gudang pada hari Ahad ini, namun cepat-cepat di pintas oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan berita yang tak tepat itu. Malah, kata beliau, Umno Bahagia Pasir Gudang berhasrat untuk memberikan sambutan terbaik apabila Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak datang ke Pasir Gudang untuk merasmikan mesyuarat Umno di bahagian itu pada Ahad. Beliau memberi jaminan itu selepas ucapannya dalam sebuah majlis Umno dilihat lantang mengkritik kepimpinan parti itu. Malah beliau amat gembira dan berbangga Presiden parti akan hadir ke mesyuarat bahagian beliau (Pasir Gudang). Ia bukan mudah untuk mendapatkan kunjungan Datuk Seri Najib dan ia satu penghormatan kepada kami.
Bahagian Umno Pasir Gudang akan menjadi hos terbaik," kata Khaled ketika ditanya sekiranya beliau merancang untuk menyampaikan ucapan 'panas' sempena kehadiran Najib nanti. Pada majlis pembukaan Wanita Umno bahagian itu Ahad lalu, Khaled berkata Umno tidak boleh berdiam diri jika rasuah menjadi budaya atau sekiranya amanah dikhianati. Beliau mengingatkan para perwakilan bahawa perjuangan Umno adalah untuk rakyat dan bukan membela golongan tertentu. Menurut Khaled apa yang beliau katakan dalam ucapan beliau tempoh hari hanyalah sebagai peringatan untuk melindungi parti dan mempertahankan perjuangan parti. Ia bukan sesuatu yang tidak pernah dikatakan sebelum ini," katanya. Khaled juga berkata, beliau tetap membangkitkan isu di peringkat akar umbi parti yang perlu disedari pucuk tertinggi pimpinan parti itu. Bagi IBM, itu adalah hak Khaled sebagai ketua Perhubungan Umno negeri Johor. tidak ada salah dan cacat-celanya. Hanya ada beberapa pihak yang cuba mengeruhkan keadaan kerana tidak kepuasan hati apabila isu penyikiran TS Mahyiddin Yasin dari kabinet sekali gus tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri.
IBM berpendapat, isu seperti ini perlu dihentikan supaya ianya tidak melarat dan memecah-belahkan parti. Disaat kita semua akan menghadapti PRU ke-14, kita ahli-ahli Umno semua kena bersatu padu, bukan berpuak-puak dan berpecah belah. Ingat, siapa yang akan rugi nanti? Kepada rakyat Johor (ahli-ahli Umno/akar umbi) haruslah bersikap positif, tenang dan berfikiran terbuka bagi menghadapi semua dugaan ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. IBM yakin, rakyat Johor tahu yang mana buruk dan yang mana baik. Jangan kerana sekor 'nyamuk' kelambu dibakar. fikir-fikirkan. Wassalam. Ikhlas dari saya ~ IBM